Thursday, January 6, 2011

~~BURASAK~~

salam semua...hari ni saya nak bercerita tentang makanan...asyik2 makan aje kan..bak kata prof saya, cuba bezakan antara " LIVE TO EAT" atau "EAT TO LIVE"...huhuhu~~ada sape2 yang tau pasal perkataan tersebut...tetiba lak malam ni nak bercerita tengtang makanan..apa kes ek????

jadi tak salah bukan, jika saya ingin berkongsi tentang makanan tradisional masyarakat Bugis...apakah itu BURASAK???????jeng3...




~~inilah rupa BURASAK..cantik dan unik kan~~
(ihsan:google)

Semua makanan yang dinyatakan di atas sememangnya dikenali umum, namun mesti ramai yang terpinga-pinga jika ditanya tentang makanan yang panggil burasak.

Kedua-dua makanan tersebut sebenarnya adalah makanan tradisional masyarakat Bugis yang dihidangkan kepada tetamu terutama pada Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha dan majlis-majlis rasmi.

Bagi masyarakat di negeri ini mungkin sudah biasa mendengar nama makanan itu terutama mereka yang tinggal di kawasan Benut, Pontian.

Menurut seorang pengusaha makanan tradisional, Bachok Kandong, 60, burasak seakan-akan ketupat nasi tetapi dicampur dengan sedikit santan. Katanya, ia berbentuk leper seakan lepat pisang namun saiznya sedikit besar dan lebar.

“Pembuatan makanan itu tidaklah rumit namun menuntut masa yang agak lama kerana ia memerlukan masa selama lapan jam untuk masak.

“Proses membuatnya bermula daripada menggaul beras dengan santan, membentuk menjadi segi empat tepat, mengikat dan seterusnya memasak".

Tambah Bachok, burasak enak dimakan panas-panas dengan pelbagai jenis hidangan baik berkuah ataupun tidak. Ia enak dimakan dengan asam pedas ikan parang, daging masak kicap, serunding daging atau ayam dan ayam masak merah.

(sumber:di sini )

bila tengok dari segi pembuatannya sangat senang bukan..tetapi, tepuk dada tanya selera masing2...huhuhu~~walaupun makanan tersebut masih belum dicuba oleh saya, tetapi saya ingin juga dan berusaha untuk mencarinya...

p/s: suka mencuba makanan yang baru dan unik~~tetapi, kekadang tu ada juga "LIVE TO EAT"...kih3...

No comments:

Post a Comment