Saturday, January 30, 2010

~~lamaaa~~

salam entry....buat rakan-rakan bloggers...dah lama sangat-sangat aku x mengupdate BLOG ni...dah berkurun lama nya....masa aku memang cukup-cukup aku guna kan dalam tempoh 24 jam...termasuk tidur+makan+proposal(yang memeningkan kepla dan memerah otak).....aku dapat rasa kan bulan JANUARI ni bulan yang paling sibuk buat aku...nak kuar hang out pun susah...badan aku hanya di bilik untuk mengetuk keyboard laptop sambil melayan lagu-lagu...tension juga kadang-kadang...nak kuar jmpa MR T pun dah tak sempat.....

semalam dapat gak aku melepaskan diri setelah menyiapkan PROPOSAL.....aku telah menuju ke sunway pyramid..untuk melayan ape2 yang patut....yang penting semalam aku, CIK S, CIK F dan CIK SRH (geng2 gediks) telah memecah panggung untuk menonton ADNAN SEMPIT....sampai tersempit2 kitaorang gelak...terutamanya aku ngn CIK S....memang dahsyat oooo "wa cakap sama lu"(antara bait2 kata wawa)....serius cite 2 memang kelakar dengan aksi-aksi pemuda sekarang....takut pun ade...tapi realiti kehidupan sekarang tak kira di mana-mana...sama ada di bandar dan di kampung...kisah REMPIT sentiasa menjadi bualan hangat...



tak rugi anda membayar harga tiket untuk menonton cite ni~~

aku ingat di hujung minggu ni nak ke ULU YAM untuk mendamaikan jiwa aku...dah lama aku tak main air sungai dan mandi (walaupun tak berapa pandai nak berenang)....tapi aku suka ke tempat-tempat camtu untuk bercanda...wahhhh gitu....huhuhu~~tapi yang penting dapat membuang segala kekusutan dalam sanubari aku....yang penting enjoy...walaupun ari selasa ade TEST sebelum cuti ni....

p/s: ^______________^...majulah diri anda dengan ANJAKAN PARADIGMA.....

Saturday, January 16, 2010

~~hhmmmmm~~

salam entry kwn2 bloggers (even x rmai pun pengikut tegar)...muahahaha~~dah lama aku tak mengemaskini blog aku ni...sejak kebelkangan ni, sibuk aje....smpai kan x smpat nk update blog ku ini....

ape aku nk update ek?????berfikir sejenak....baik lah, aku nak cakap pasal jemputan kenduri kahwin untuk CUTI TAHUN BARU CINA ni....aku cti seminggu dan aku akan pulang ke kampung ari JUMAAT bersamaan 12 februari jam 1pm....x sabar aku nak balik...KERANA aku ingin ke majlis perkahwinan kawan2 aku...banyak gak lah untuk cuti ni aje...baju pun x sedia pun lagi...masing2 berlainan TEMA...kadang2 TEMA ni akan menyusahkan aku menyesusaikan diri...kan best kalu g majlis kenduri pkai JEANS dan KEMEJA je...huhuhu =)

kebanyakan kawan2 ku memilih tahun 2010 sebagai hari BERSEJARAH mereka..tahniah ye kepada bakal2 pengantin dan raja sehari..Insya-Allah aku akan datang ke kenduri mu.....walaupun perancangan aku untuk bercuti ke CAMERON HIGHLAND terpaksa dibatalkan...disebabkan ada yang lagi penting untuk meraikan mereka.....tapi tak pe, masa kenduri aku semua WAJIB....WAJIB...WAJIB datang tau....tahun tatau lagi....yang pntng tunggu aje jemputan dari ku....

semalam sempat gak aku membeli 2 pasang kain untuk dibuat baju untuk ke majlis kahwin kawan2 ku yang lain...tapi bukan cuti raya cina ni lah....untuk persediaan awal....nnti xyah sibuk2 duk mencri lagi kain2....lambatnya TAHUN 2011....SABAR MENUNGGU~~

p/s: aku bila lagi ek?????FIKIR SEJENAK::

Tuesday, January 12, 2010

~~bebel aje~~

salam entry...dh beberapa aku x mengupdate blog aku....sejak kebelakangan ni sibuk aje...nak memikirkan segala2 nya....tambahan lak ngn keje2 yang makin menimbun.....warrrgghhhh tension ku makin memuncak...rehat pun x cukup....kalu cti pnjng bestkan~~**wikn2**...tp sibuk boleh menyebabkan kita akan lupa segala2 nya...btul x????ni bagi aku lah...tapi makan xleh lupa...kalu lapar xleh wat keje...sekarang ni pun tengah sibuk mencari material yang diperlukan untuk program akan datang...aku pun xde idea lagi untuk mengarang buat masa ni...jadi, ni aje kot...BE SIMPLE~~


~~elakkan dari berlaku camni....~~

Sunday, January 10, 2010

::F.R.I.E.N.D.S.H.I.P::

salam entry kwn2 bloggers....pagi2 hujung minggu ni sy nk tujukan "poem" ni kat semua yang bergelar SAHABAT.....hayatilah bait2 kata ni tau.....hargailah sahabat kita....sbnar nya poem ni diemelkan oleh kwn sy =)
jadi sy nk kongsikan kat semua.....


Friendship is something to hold on to
But for me that's not the case
Cause I don't feel I need to keep
Something that can't be erased

I am sure of what I have
Cause with you I have no doubt
For what we've built, can't ever fail
It's what I care about

I find it hard to describe
This thing that we share
Especially when there's nothing else
That ever could compare

Others always know
That together we will be
For there can never be another
"Tani and Kerrie"

Those two words, known all over
Might as well be one
Cause without a Kerrie, there is no Tani
I'm sorry, it just can't be done

For you're the "U", and I'm the "S"
And forever that will be
Cause together we make "US", and so
YOU COMPLETE ME!!

::BUDI BAHASA::

salam entry...mesti kwn2 bloggers mempunyai agenda sendiri kan ari ni...bese lah hjung mnggu...byk aktiviti menarik yang telah dirancang....btul x?????hari ini aku just nk cakap tentang "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"...knp aku bsarkan tajuk entry ni.....jeng...jeng...jeng....

tadi masa aku di carrefour mid valley lbh kurang 9.30pm waktu 2 aku tgh beratur untuk membayar brg bersama MR T....adalh seorg "UNCLE berbangsa tionghua" membeli 2 bungkus coklat VOCHELLE(btul lah kot ejaan ni)....pastu jumlah brg yang dibeli hanya RM10...so, lalu dia menghulurkan notes rm1=2keping dan 1 voucher carrefour....pas2 si cashier ni seorg bdak laki...tahan jelah ngn perangai uncle 2...maybe dia bru lagi kot...coz mlm ni terlalu rmai ke carrefour even jam menunjukkan kul10pm...pas2 si cashier lalu bertnya kepada yang lebih pakar kot ttg voucher 2...tup2 voucher 2 xleh pkai....bengang lah si uncle ni....lalu dia amik balik notes rm1=2keping dan trus berlalu cam2 aje...mmg k****g a**r lah....si cashier 2 cool aje dan terus mengambil pelanggan seterusnya...kalu aku lah mesti dah maki....ape lah nk jadi kan ngn bangsa2 C ni...yang bek2, bek sgt...(bagi pendpt aku lah)...bkn diskriminasi....kita kan kna mengamalkan konsep 1 MALAYSIA seperti yang diwar2 kan....anda setuju?????

~~cintailah budaya timur kita~~

aku bengan x dpt beli tiket wayang kat GSC mid...mungkin salah ktaorg kot...dtg dah lewat...dlm kul 8.30pm...konon nya nk tgk MERANTAU WARRIOR....pas2 pusing2 lah mid...nk wat pe lagi...muahaha....ari ni lak dapat minum laici kang kat sec2 s.alam...mmg meletup habis lah laici kang dia...ABC pun sdap...harga berpatutan...korang g lah cuba ek...x rugi....aku dah lama x ke sana...huhuhu...terubat gak lah ke sna ngn air laici kang....

~~kempunan....~~

even entry kali ni, just ckp psal UNCLE 2 je...tp aku tetap melencong gak...muahaha....bese lah kan...semua nk gtau....

p/s: mak aku ckp....ORG BERBUDI KITA BERBAHASA~~

Saturday, January 9, 2010

~~

salam entry kawan2 bloggers....pagi ni baru aku dapat update...semalam "HEADACHE"...lepas mkn actifast terus ZZZZZZZZ.....huhuhu...pagi ni dah ok sikit dari semalam...pagi saya terpanggil tuk berkongsi tentang erti SAHABAT...KAWAN dan SAHABAT adalah 2 perkataan yang berbeza maksud...kawan hanya lah kawan dan semasa suka dia bersama dan semasa duka dia entah lari ke mana...btul x????ni pendapat saya...sy mempunyai seorang SAHABAT yang berada di utara tanah air....dah lama gile x jmpa dia...masa aku ada masalah dia ada bersama2 dengan aku...2 lah yang best...aku ni MANJA ckit...huhuhu...tapi bagi aku dia adalah seoarang yang bagus dalam memberi nasihat, semangat (ada ke ek???)...muahahaha...

ni aku copy dari laman web mengenai apa utu SAHABAT SEJATI....

Siapakah Sahabat Sejati?

Sahabat sejati adalh ia yang mengetahui kelemahanmu lalu memberimu kekuatan Sahabat sejati dalah ia yang mengetahui kelebihanmu lalu memberimu dukungan Sahabat sejati adalah ia yang mengetahui masalahmu lalu memberimu bantuan dan pengertian Sahabat sejati adalah ia yang mengetahui kesedihanmu lalu memberimu kegembiraan Sahabat sejati adalah ia yang mengetahui cita-citamu lalu memberimu semangat dan dorongan Sahabat sejati adalah ia yang mengetahui kebodohanmu lalu memberimu pengetahuan Sahabat sejati adalah i yang mengetahui kealpaanmu lalu memberimu peringatan dan petunjuk Sahabat sejati adalah ia yang ADA SAAT KAU BAHAGIA DAN TETAP BERSAMA SAAT KAU BERDUKA.....



bagi aku frasa dan bait2 yang diungkap kan adalah betul dan tepat sekali...sebenarnya SAHABAT SEJATI susah untuk kita temui...tapi kana lah pandai mencari...yang penting dalam persahabtan adalah IKHLAS, HORMAT MENGHORMATI dan saling MEMPERCAYAI....


p/s: SAHABAT tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit...caya x????

Thursday, January 7, 2010

~~SENAMAN DAN KESEDARAN~~

salam entry....minggu ni teramat sibuk ngn keje2 yang sdg tergendala...mungkin aku ni jns yang suka buat keje last minute kot...jgn tiru tau...amaran!!!!!kali ini, aku ingin mengatakan tentang SENAMAN atau EXERCISE....mungkin ramai yang di luar sna sedang berusaha mencari masa2 yang terluang untuk diisi dengan aktiviti yang berfaedah bersama-sama keluraga, kawan2 dan juga lain2...btul x???kalu dah keje, memang masa amat suntuk melakukan senaman, begitu juga dengan pelajar terutamanya pelajar IPTA (termasuk aku)....kadang2 masa senggang dibuaang dengan TIDUR...TIDUR....btul x?????sampai berat badan terlebih BMI lak...ini amat memalukan bagi kalangan remaja2 di luar sana....



bersenam merupakan hobi yang paling bagus buat yang kecil, muda, tua dan golongan kurang upaya...banyak tempat riadah disediakan, tapi adakah kita menggunakannya...TEPUK DADA TANYA SELERA...sekarang di pasaran berlamabak2 dengan produk kuruskan badan...tapi ingat!!!!!jgn mudah terpedaya tau terutamanya golongan WANITA----PEREMPUAN----REMAJA...golongan ini sellau ditipu dengan produk2 tersebut...bukan semua..tapi adalah sebahagian kot....

ikutlah saranan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA...bersenam 3 kali seminggu dalam masa 20-30minit sehari...dalam pejabat pun boleh bersenam apa...tapi sekarang semua nak cepat...parking kereta betul2 dekat dengan lif....malas nak nek tangga...walhal KEMENTERIAN KESIHATAN pernah mengadakan kempen JOM NAIK TANGGA....tapi, berapa sangat yang sedar untuk mengikuti kempen ni....saje je bagi contoh...(ni untuk ingatan bersama)...





~~JOM NAIK TANGGA~~


jenis senaman untuk semua~~


untuk keterangan lanjut leh je ke http://www.myhealth.gov.my/myhealth

Senaman

Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan.

Kurang Bersenam

Ianya boleh menyebabkan:-

  • Kegemukan; 1 dalam 4 kanak-kanak Malaysia adalah gemuk
  • Diabetes melitus Jenis 2
  • Peningkatan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar

Faedah Bersenam

  • Penambahbaikan kekuatan dan daya tahan otot
  • Penambahbaikan ketegangan otot dan postur badan
  • Membina tulang yang sihat
  • Penambahbaikan kelenturan sendi
  • Pengekalan mengawal berat badan
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, jantung dan angin ahmar.
  • Mengurangkan tahap kebimbangan dan stres
  • Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera

sama-sama lah kita memperuntukkan masa untuk aktiviti yang sihat...BADAN SIHAT, OTAK CERDAS.....jadi, ayuh lah semua warga malaysia mengubah gaya hidup anda!!!!kalu bukan sekarang bila lagi...

p/s: di mana sahaja anda boleh bersenam =)
hidup sihat tanpa penyakit yang serius....jadi anda bila lagi????

Tuesday, January 5, 2010

~~mahligai~~

salam kembali lagi ke entry ku...ape yang kwn2 bloggers sedang memikirkan sekrg????adakah masa depan korang ngn org yang tersyg, masalah kewangan yang melanda ngn kenaikan harga brg dan lain2 masalah yang tengah menyerabutkan otak korang....kadang2 kita terfikir gak pe yang perlu kita lakukan untuk menggapai harapan kedua ibu bapa kita, diri sendiri dan juga adik beradik yaang lain....btul x????serius lak entry ku kali ni....huhuhu....

aku saja je nak selit kan pasal msa depan...semua orang akan berfikir ke arah itu...tipu lah kalau xde langsung....nama nya xde matlamat kot...btul x?????aku nak sentuh bab KAHWIN...mesti ramai yang amat menggemari ngn kenyataan pendek tapi penuh dengan maksud2 yang tersirat dan tersurat....bagi aku KAHWIN ni merupakan satu perkataan yang sedap dicanang...kerana kahwin lah hidup kita akan berubah dari "single" kepada "DUAL"....kadang2 aku paling menyampah dengan kenyataan BILA NAK KAHWIN?????dari mulut2 kawan2 aku masa sekolah menengah....aku lah insan yang paling suka pergi ke kenduri kahwin kawan2 aku...sanggup beli hadiah yang best2 tuk diaorg (ikhlas ni)....huhuhu...kerana aku nk meraikan majlis yang penuh dengan sejarah...

hukum kahwin adalah :

Bagi lelaki yang telah mampu berkahwin, beristeri itu wajib hukumnya. Kerana dengan beristeri , hati lebih terpelihara dan lebih bersih dari desakan nafsu. Al-Qurthubi mengatakan : “ bagi orang yang mampu kahwin, sedang dia khuatir dirinya terjerumus ke dalam dosa sehingga agamanya tidak terpelihara akibat membujang , dan hanya kahwin sahaja boleh menjamin terpelihara agamanya, maka tidak ada perbezaan pendapat mengenai wajibnya perkahwinan dalam keadaan seperti ini".


~~mahligai bahagia~~



ni antara dialog ku dengan mak aku:

mak: agak2 bila nk kahwin???

aku: tunggulah hbs study dlu...nk kumpul duit banyak2....maybe at the end 30...

mak: ade ke nk kahwin smpai umur 30....

aku: kehidupan sekarang bukan cam dlu lagi....semua nya guna duit.....

mak: jangan lah kahwin lambat2 sgt....

aku pun tatau lah nak komen ape lagi ngn kenyataan tergantung aku...huhuhu...mmg best bila org kata dan bercakap 'best kahwin ni...bukan kerana tutttt" tapi kerana keindahan perkahwinan itu sendiri...ape2 pun ketentuan jodoh, ajal maut d tgn TUHAN..aku berserah aje...mungkin aku rancang lagi 4 thn...2 semua rancangan aje....

ari ni serius lak blog aku...cakap pasal mengenai masa depan...ditambah lagi dengan bebanan keje yang akan menimpa...aku doa kan agar kawan2 ku yang akan melangsungkan perkahwinan di tahun 2010 ni akn membawa kebahagiaan kepada kalian.....


Monday, January 4, 2010

::terima KASIH::

salam entry...4 hari dah berlalu di tahun 2010....apa yang pasti, masing2 seronok melayani paa yang berlaku disekeliling mereka...sama ada di kalangan keuarga tercinta, orang tersayang dan juga teman-teman...madah lak aku ni...huhuhu...

tuk entry kali ni, aku nak ucapkan berbanyak jutaan TERIMA KASIH buat kawan2 ku selaku bloggers TEGAR...ngeh3...sape lagi kalu bukan CIK S dan ZAMAN...kerana korang ku masih di sini (cam bait2 lagu lak)...ye ke?????bukann kerana mereka, tetapi kerana diri ku sendiri....nak dijadikan cite, masa hujung bulan 2009, aku saja je nk mengupdate dan menyalin kulit blog aku...so, hepi lah ngn kulit baru...tup2 aku pnya post xleh komen...xleh salah kan sape2...salah kan aku sendiri (padan muka)....aku tau pun dari mereka berdua...coz line tenet kat umah akak aku slow sangat2...mmg teramat BENGANG~~
nama nya duk di tengah2 bandaraya kuala lumpur, tapi hampeh!!!!jadi.....aku pun xleh mengupdate secara laju...ye ke?????

jadi,aku ingin mengucapakan berjutaan terima kasih pada diaorg berdua kerana terus membantu aku tuk meningkatkan lagi blog aku..pe2 pun, kita perlu "SUPPORT" antara satu sama len...bukan mengkritik atau melemahkan semnagt org...2lah guna nya BERKAWAN ngn semua org...dpat meluaskan lagi pergaulan...bukan nya menghadkan KAWAN...meleret lak aku dari landasan yang sebenar....


TERIMA KASIH.....KERANA SUDI MEMBANTU~~

p/s: berbuat bek berpada2, buat jahat jgn sekali~~

Sunday, January 3, 2010

::bengang kot::

salam bersiaran...ari ni dah 3 ari kita di tahun baru...ape yg dah kita lakukan selama 3 ari 2?????mseti cam2 dah dilakukan oleh kwn2 bloggers..tambahan cuti lama...3 ari...mesti dimanfaat kan sepenuhnya...ye x??????

kali ni, aku just nk cite sikit pengalaman aku kat pusat bowling alamanda...dah lah service x brp nk bgus...bagi aku kot...tatau lah org len...alang2 aku kuo awl dari KL...kira2 jam 1.15pm dan smpai kat alamanda dalam kul 3pm kot...jalan ok je...x jammed cam slalu di jalaan MRR2...sebelum 2 MR T pekena dlu SUP MELETUP kat sg besi...gerai kegemaran kami...dh lah kat gerai 2 aku terlanggar meja...dan tumpah lah kuah sup MR T dan terkena jeans dia...apalgi????tunjuk bengan lah muka dia...aku dh takut dan cuak...kan x pasal2 kna marah je...nasib gak dia dapat kawal dan maaf kan...ampun wak...huhuhu...dah meleret lak aku cite...

aku g lah kat registration tuk byar 2 game kami...total RM28..termsuk 1 kasut aku...MR T bawak beg bowling dari umah...huhuhu..so aku jelah yang sewa kasut...dhlah kasut nk terkoyak...bengan tul aku...best lagi men kat MINES n TIMES SQUARE...bagi aku lah...huhuhu...nama je ALAMANDA, PUTRAJAYA...tapi....faham2 lah ek...(nada marah ni)....apa yang aku x suka SERVICE lah kat situ...ngn lantai yg licin...lane pun sama...even aku x shebat mna...tp aku BENGANG....

satu lagi bab, masa kitaorg tgh cari parking pun sama gak...kitaorang berada di laluan yang betul...tup2 parking kami, telah dirembat masuk oleh sepasang merpati 2 sejoli...MR T dah bagi signal..tapi buat tatau je...kurang ajar betul lah golongan muda-mudi sekarang...agak2 lah...orang len yang tunggu, orang len rembat masuk....nasib, mood kitaorang berada ditahap waras...last2 dapat gak parking yang lagi dekat ngn pintu masuk....

walaupun hanya itu aje...tapi BENGANG tetap menyerlah....muahahaha...xde gambo tuk diuploadkan...

p/s: org berbudi kita berbahasa...huhuhu...

Saturday, January 2, 2010

::010110::

salam entry kwn2 bloggers....huhuhu...sedar x sedar kita dah masuk tahun 2010...sekejap aje masa berlalu bukan...jadi, kita kna buka lembaran baru mulai kul12.01am semalam...tapi belum terlambat lagi tuk aku ucap kan SALAM TAHUN BARU 2010...mula kan diari kehidupan anda dengan sebuah keceriaan...waahhh gitu =)

semalam aku berkesempatan tuk tengok warga kota menyambut thn baru kat area PAVILLION...fuuhhh..dahsyat gila..terutama nya anak2 bangsa MELAYU dan beragama ISLAM...masa tu bru kul10pm...dh start konsert..kau tgk dr level 5 pavillion sementara tunggu kul10.30pm tuk tgk cite AVATAR 3D...best gile...x rugi byr lebih tuk tgk cite 3D...mmg best...first time tgk 3D...kesian kat MR T terpaksa tgk bt kali ke3...2lah sape suh x tunggu aku kan...huhuhu...dan aku nk minta maaf ngn CIK S dan CIK F...aku x dpt sertai korang g SUNWAY ari ni..tujuannya tuk tgk AVATAR...cite paling best aku rasa...walaupun semalam 31 DISEMBER kuo cite THE VAMPIRE...aku g blik tiket around kul9.30pm tapi selling fast...terkejut aku...sambutan yang paling hangat kot...seat pun dh byk yang reserved...so kitaorg bernasib ada lagi seat...even kul11pm pun dh tnggal beberapa seat aje lagi...yang penting kepuasan aku....

habis aje cite 2 around kul 1.30am, aku terus balik ke rumah...tp jalan smooth aje...ingtkan jammed...beselah malam tahun baru...ni lah first time aku tgk dengan mata dan kepala ku sndri...aku takut tgk ngn mcm2 gaya dan fesyen...xpelah, 2 masing2 punya hal...btul x????

apa yang aku harap kan tahun 2010 akan membawa sinar baru kepada diri ku dan juga kawan2 bloggers...btul x????sma org nk bt yang terbek demi org yang disayangi dan menyanyagi...mungkin ada di kalanagn kawan2 ku yang akan menamat kan zaman bujang pada tahun ini, yang sedang menanti kelahiran...harap semua dapat melakukan yang terbek...AMIN...semoga kalian akan bahagia di smaping org dan keluarga yang tercinta...

akhir kata, marilah kita sama2 bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk meneruskan hidup di muka bumi yang indah ini...semoga kalian sentiasa mendapat keredhaan dari NYA...2 jelah kot omelan tuk tahun baru ni...

p/s: 2010 datang dengan sinar yang baru....