Sunday, December 26, 2010

~~award~~

salam semua...keje saya hanya mengutip award aje..dah lama tak meengarang di tinta diary saya ni...kesian kan...(tuan nya tak mau belai2)...terima kasih kepada umar kerana telah bermurah hati untuk memberi award ini...




nampak sangat diary's suhaila punya blog sangat friendly orang nya..ececece...perasan lak buat seketika..hhmmmmm..*wink*wink*...jadi, saya perlu lah menjawab segala bagai yang ditanya...baik, soklaan akan dijawab sekarang...

1. apa pendapat tentang blog umar?

sedap mata memandang&sedap lagi saya membaca nya..huhuhu~~

2. tempat yang paling nak lawat?

Insya-Allah, ada rezeki saya mau ke Seoul, Korea dan UK...

3. 3 perkara tentang diri anda?

1) suka senyum (",)

2)suka berjimba+berfoto gedik

3)suka makan

4)saya adalah saya (ini hanyalah tambahan semata2)


4. tag 5 orang untuk terima award ni..

1) dayah
2) noon
3) aisyah
4) cik S
5) mat gebu

kalau yang lain-lain pon boleh juga amik award ni...dialu2 kan ek...jangan malu2...

p/s: sila lah ek amik jangan malu2~~

Friday, December 24, 2010

~~bayar hutang~~

salam semuaaaaaaaaaa...setelah sekian lama saya menyembunyikan diri daru dunia blog...huhuhu..hanya blog walking aje...malas++++++...bole kah alasan sebegitu rupa????????dah banyak sangat sawang2 kat blog saya ni...kasi tiuppppppppp sikit...fuhhhhhhhhhhhh~~(moga2 habuk dan dedebu M akan hilang)...sekarang ni pon, diri saya asyik sibuk dengan THESIS aje..moga2 dipermudahkan olehNYA...(cukup lah melalut panjang2)..buat la ape yang patut...

sebenarnya, saya nak jawab hutang dari aisyah...beliau gtau yang beliau telah mnegTAG saya..jadi, saya kena dan perlu menjawab hutang dari beliau...kalau tak, tau2 aje lah kan...

1. Copy gambo kat bawah ni. [done]


2. Pendapat anda tentang blog. [done]

bagi saya, blog merupakan medium yang bagus untuk menulis dan melakar sejarah kehidupan dan pengalaman yang telah kita lalui sepanjang hidup...daripada blog juga, kita mendapat info yang berguna dan sentiasa updated daripada blogger(walaupun hanya silent reader)...malah, melalui blog juga kita akan mendapat ramai kenalan(walaupun follower saya tak ramai..agak sedih di situ)...tapi yang pasti, blog merupakan satu pengantaraan yang bagus pada masa ini...

3. Tunjukkan gambar desktop anda? [not done]
bole tak kalu saya tak mau tunjuk dekstop saya kerna my dekstop tersangatlah universal...kih3...skrin hitam aje...ni semua gara2 FYP (ada kaitan kah?????, biar saya aje yang tahu)

4. Snap picture anda sekarang (tak kira dalam apa jua keadaan)
gambar sekarabg tak bole lah...kerna saya memakai dekstop gitu...kembali ke zaman dulu kala...huhuhu~~kalau saya letak gambar terbaru bole...ni semalam punya gambar...huhuhu...


~~credit to shaz naz~~

5. Adakah anda pernah hilang barang tersayang?
wow!!!!!!!itu sudah semesti nya...saya yang cuai dan alpa...itu kesilapan yang paling besar buat diri saya...sob3..(tersedih kejap)...saya telah menghilangkan 2 bentuk cincin emas yang amat2 disayangi oleh emak saya dan saya...satu nya, bukan hilang tapi terjatuh dalam lubang tan**s...dan yang ke2 hilang di hotel uitm shah alam...sob3...perkara yang paling disaster sekali...

6. Word describe si dia...
si dia aka MR T sangat caring, loving, dan semua ING lah...hanya saya aje yang tau...wink*wink*...yang penting saya sayang MR T sangat2...luv so much!!!

7. Anda pandai memasak? Bila kali terakhir?
xdelah sehebat
cik mat gebu yang hot dan femes gitu...campak2 aje...kih3..asal kan kenyang, Alhamdulillah..kali terakhir sebelum pulang ke kampus...

8. Tag orang laen plak.

kalu saya xnak mengeTAG bole tak?????sape2 rasa rajin nak menjawab dan mengambil dialu2 kan...

hutang 2: juga ditag oleh aisyah...

Siapakah insan yang teristimewa dalam hidup anda?
sudah semestinya kedua ibu bapa saya dan juga MR T dan ibu bapa nya...saya sayang mereka sangat2...

Apakah yang anda ingin katakan/ berikan kepada mereka?
saya sayang kalian sehidup semati (cewahhh..ikhlas ni tau..)...sudah semestinya penghargaan yang paling bernilai buat mereka...

Adakah anda insan yang setia? Pasti dengan jawapan anda?
kena tanya MR T...huhuhu~~no comment...huhuhu ^o^

Bila terakhir sekali anda keluar hangout bersama kawan2 anda dan di mana?
semalam...berfotogedik di PUTRAJAYA...dalam masa yang sama, kami memenuhi misi penting cik S...

Pilih antara 2, mimpi atau realiti yang lebeh indah?
memang kena pilih ek...tapi sudah semestinya mimpi...saya sangat suka kepada mimpi2 yang nan indah gitu...huhuhu~~

Sebab?
daripada mimpi akan menjadi realiti...kedua2 nya mempunyai perkaitan langsung...bukan berkadar songsang...(boleh kah?????)

Apakah pendapat anda tentang pengirim ini?
sangat ramah-tamah dan cumel...senyuman nya yang manis..(belanja macau egg tart ek aisyah)...wallaa~~

Apakah award ini bermakna kepada anda?
bermakna buat kenang-kenangan hingga hujung nyawa ^o^

Lasty, berikan taggie ini kepada 5 blogger laen!
sesiapa rasa rajin dan ingin amik, sila kan...jangan malu2 ek~~




p/s: sori aisyah, saya baru bayar hutang kamu..

Wednesday, December 8, 2010

...bachelor party ina...

salam semua...

tetiba pagi ni, mata masih lagi segar bugar...tapi, bila nak wat keje ada aje makhluk "S" yang akan memujuk dan meniup laju aje mata ni...huiisshhhhhh~~teruk kan kan saya...pantang aje dipujuk oleh makhluk berkenaan...tapi kena lawan gak...(apa ni merepek di pagi2 yang hening ni)...

dalam duk mengelamun tadi, aku bangun dan terus terjah blog saya(orang lain x terjah pun blog awak...jangan perasan!!!!!!!!)...



kenapa tetiba saya tampal gambar ni?????????(banyak nya tetiba kamu)...ari 2, lepas final exam kami berlima telah berhempas ke mines...walhal sorang dah keje...hehehe...salah seorang rakan saya akan mengakhiri kehidupan solo beliau sabtu ni...jadi, beliau telah mengedarkan kad kepada kami..itu lah tujuan sebenar...dalam masa yang sama gak, kami saya anggap majlis ni as a BACHELOR PARTY for her(tengok dia sorang aje dapat mahkota kan)...walaupun kami hanya makan-makan sambil berborak-borak dengan penuh mantap isinya...walaupun dalam hati kami berbunga-bunga mahu karok sampai lebam di waktu kejadian..tapi salah seorang daripada kami terpaksa balik awal...jadi, tak sempat lah buat tu semua..tak pernah senyap..buat pengetahuan semua, kami dah lama tak berjumpa since kami bergraduat tahun 2006...ditolak, dihitung, dibahagi dan didarab=4tahun kami tak berjumpa...walaupun B2B satu kampus dengan saya sekarang..sangat teruk bukan...

jadi, kami tidak melepaskan peluang untuk ke kediaman beliau di Ipoh sabtu ni...huhuhu....tahun 2010 aje, 3 orang X-coursemate diploma dulu telah mengakhiri zaman solo mereka...2 orang sedang menanti untuk 2011...saya sangat suka...

tajuk di atas sangat kelakar bukan...ceritera ni bukan sepenuhnya pasal bachelor party...tapi ada perkaian walaupun sedkit...kih3...

p/s: tungu kedatanga kami...IPOH MALI!!!!!!!!!!!!


Tuesday, December 7, 2010

..kisah hijrah..

salam semua!!!!!!!!!!!

artikel ini diambil daripada sini:

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berada di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

pengorbanan yang dilakukan oleh baginda Rasulullah sepatutnya dijadikan teladan..kita sebagai umat baginda sepatutnya bersyukur...

p/s: berhijrah kepada yang lebih baik..Amin~~

...tetiba aje...


salam semua...bersiaran kembali pada pena kedua saya pagi ni...salam MAAL HIJRAH untuk semua...apakah penghijrahan kita pada 1432 Masihi...tepuk dada tanya iman masing-masing...semoga akan mendapat barakah dariNYA..Insya-Allah...

pagi ni tetiba teringat kat padis sangat cantik bagi saya..siapa lagi kalau bukan LISA SURIHANI...sangat addicted with her face ok..lakonannya amat mantap sekarang ni...wow!!!!!itu aje perkataan yang boleh digambarkan...lakonan beliau sangat best...saya suka...


sumber: di sini



p/s: saya suka tengok perempuan yang berwajah cantikkkkkkk!!!!!!!


...faktor penceraian...

salam semua...dan salam Hijrah 1432 saya ucapkan..semoga dengan kedatangan tahun baru akan memberikan impak yang laebih bagus buat semua, terutamanya saudar Muslimin dan Muslimat...

wow!!!!!!tajuk yang saya rasa patut dikongsikan untuk semua...tak kira lah ada ke tak orang nak baca...saya dapat sumber nya dari sini...saya rasa amat bagus untuk dijadikan panduan dan pedoman buat semua...terutama kepada B2B dan sebagainya..ini semua sebagai persediaan awal kita untuk melangkah alam yang seterusnya...

"PENDEDAHAN Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, menerusi kajian yang dibuat pada 2008, mendapati wujudnya potensi tinggi berlakunya perceraian dalam usia perkahwinan 10 tahun ke bawah.

Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai.


Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.

Berdasarkan rekod 2009, 135,136 perkahwinan didaftarkan manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan.


Di negara kita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diwujudkan bagi menjaga kebajikan wanita supaya tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya.


Namun, melihat keadaan semasa di negara kita pada masa kini, mungkin tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu lelaki yang kelihatan semakin pudar keupayaan mereka.

Allah SWT menciptakan isi dunia ini berpasangan supaya mereka saling bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka.


Namun, jumlah wanita lebih ramai memenuhi institusi pengajian tinggi dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan dalam bidang pekerjaan.

Pendidikan dalam rumah tangga semakin terhakis, satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja sedangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak.


Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak tetapi dunia rumah tangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.


Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentu kemampuannya mengurus isi rumah tangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang.


Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumah tangga mereka sering gagal menampung ruang kosong ditinggalkan isteri yang bekerja.


Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumah tangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa.


Lebih buruk jika impak itu merosak jiwanya dan menjadikan anak berkenaan sebagai pembuli di sekolah, ‘virus’ di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam negara.


Allah SWT menyebut dalam surah Al-Nisa, ayat 43, bahawasanya: “Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafkah yang mereka berikan.” Jelas daripada ayat di atas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumah tangga berdasarkan dua sebab utama iaitu, kelebihan fizikal mereka dan, tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk keluarga.


Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pasti masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah hingga berakhir dengan perceraian dan anak bermasalah.


Kerana itu keharmonian keluarga sangat penting dalam Islam dan Rasulullah SAW mengatakan, krisis dalam keluarga boleh ‘menghakis’ agama kerana ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat.


Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadilatnya berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat)?” Maka Abu Darda’ menjawab: “Ya, Rasulullah.” Baginda membalas: “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat.” (Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud) Rasulullah turut menyatakan bahawasanya: “Kerosakan dalam hubungan rumah tangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama).” (Riwayat Ahmad dan Tirmidhi: Hadis Hasan) Apabila wanita sudah bekerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian, ‘trend’ perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri).


Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian.


Allah Maha Mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah, justeru, kuasa cerai diberikan kepada suami.


Namun, isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi syarak.


Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekali gus menunjukkan kegagalan lelaki.


Artikel ini bukan bertujuan menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebagai ketua keluarga.


Ia adalah satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan.


Tanggungjawab sebesar itu memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam rumah tangga.


Keputusan dibuat pula mestilah rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah, khususnya isteri, sama seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan.


Itulah sebaik-baik cara yang Allah SWT ajarkan untuk manusia, mereka perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan.


Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah Maha Mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang diciptakan-Nya.


Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai menyalahgunakan kemudahan fizikal.


Kelebihan digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal digunakan untuk ‘merempit’ dan menunjuk kekuatan dengan bergaduh dan tidak ketinggalan juga sebahagiannya diguna untuk mendera anak, isteri dan wanita lain.


Minda logik dan kurang emosi yang dianugerahkan Allah SWT digunakan untuk ‘menjustifikasikan’ segala kelalaian, menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan, padahal tiada usaha secukupnya dilaksanakan.


Akhirnya, semakin ramai lelaki gagal menggalas tugas ketua keluarga lantaran mendorongnya untuk terus mendesak isteri mengambil alih sebahagian tugasannya yang akhirnya menjadi punca kepada ‘rumahku nerakaku’.


Mungkin dengan sebab itu, kita kini memerlukan satu agensi khusus untuk melindungi lelaki sebagaimana peranan KPWKM yang melindungi wanita.


Kita sedar tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang datang meminta, tidak seperti wanita yang mudah menerima nasihat.


Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh mengubah situasi buruk yang melanda? Apapun, pemimpin negara dan semua pihak berkuasa memerlukan kaedah dan strategi lebih jelas dan berkesan bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki daripada aspek iman, ilmu, jiwa dan minda supaya mereka kembali menjalankan tanggungjawab dan bukan sibuk menjual ‘ubat kuat’ dan ‘tahan lasak’.


Tanpa pelan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku kepada lelaki, khususnya di negara kita.


Sudah tentu perkara pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah mereka, membawa lelaki kepada agama kerana semua itu bakal mempengaruhi isteri dan anak mereka."

itu lah antara inti pati yang dapat saya share kan buat anda semua pada ini...bak kata pepatah melayu, bukan senang nak jadi senang...betul tak?????


p/s: fikir dan renung2 kan...

Sunday, December 5, 2010

...Senyum...

...MUHARRAM...

salam semua...dah lama sangat-sangat saya tak mengupdate kan apa2 di blog ini...kasi tiup sikit...hilang sikit saki baki habuk yang dah lama tak bersiaran...hanya blogwalking aje...itu aje yang termampu (sedap kan hati)...

sekarang sudah masuk bulan yang terakhir pada tahun 2010...iaitu DISEMBER...hanya berbaki 26hari untuk mengharungi rintangan bagai...harap-harap apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan..Insya-Allah, dengan izinNYA...

Insya-Allah, esok merupakan 30 Zulhijjah(dalam bulan Islam), dan ia merupakan hari dan detik-detik terakhir bagi kita pada tahun 1431 Hijrah...moga-moga kita semua mendapat hidayah dan inayah dariNya...Insya-Allah, usai maghrib esok hari, maka kita telah bertukar di tahun Islam yang baharu, iaitu 1432..kita semua umat Islam akan berpindah di bulan islam yang baharu...1 Muharram..adakah kita sedar ini semua??????tepuk dada tanya Iman masing-masing...sesetengah daripadanya(termasuk saya sendiri) selalu alpa dan lupa ini semua...

Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit maklumat tentang bulan pertama dalam islam, Muharram...

MUHARAM:
bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

di antara perkara yang dituntut oleh semua Islam:

1)doa akhir tahun
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

2) doa awal tahun
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

3) Amalan sunat yang dilakukan:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak (3X)
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib (3X)
sumber: di sini


p/s: Bersama-sama mencari keredhaan dariNya..Amin..kita hanya manusia yang kerdil di sisiNya...