Monday, February 27, 2012

~~Dilema walaupun tak dilema~~

As salam Lovelies ^^

Kabare???saya sentiasa sihat dan Alhamdulillah agar kesihatan yang diberi ini akan berkekalan hendaknya..Aameen :-)

Walaupun cuti saya telah diluluskan oleh pihak pengurusan, tetapi saya takut untuk tinggalkan kerja-kerja saya selama 2MINGGU (suka dan sedih)..yang suka sebab cuti diluluskan dengan mudah; tetapi sedih bila tinggalkan kerja-kerja di pejabat..walaupun ketika saya bercuti audit ISO sudah habis (Insya-Allah)..nak handover kerja kepada orang yang kurang tahu pasal semua ni :-( Takut nanti, bila dah masuk kerja semua kerja separuh jalan..taknak lah camtu kan..harap2 dia pon buat kerja camne saya buat atau lebih baik lagi..hopefully ;-) *tak nak berharap sangat* Bukan pandang rendah, tapi faham2lah..saya pon bukan perfectionist..hik3 ^^

**Semalam sudah booked untuk buat veil dengan elyn..sempat korek2 rahsia camne nak buat veil dengan betul..ilmu itu dikongsi..terima kasih banyak2 dear..harap2 menjadi untuk buat veil akad nikah sendiri^_^


P/S: Think +ve ajelah suhaila (",)..kalau tak susah..

Wednesday, February 22, 2012

~~Wordless Wednesday~~

As Salam Lovelies ^^

Tema warna untuk akad,Insya-Allah

~~Sekali harung~~

As salam Lovelies ^^

Lama sangat2 tidak menghiraukan blog saya ni..maaf ye semua (",)..banyak yang nak diceritakan..tetapi tunggu lah masa yang sesuai (cam ramai sangat follower)..hehehe..

Buat masa ni,persediaan masih ditakuk lama..Alhamdulillah,baju untuk majlis akad dan bergambar di pelamin sudah siap dan telah bergantungan di almari ~,~

Misi bulan ini diteruskan untuk menyiapkan veil..harap2 menjadi..untuk akad mahu bergabung buah fikiram dengan Mr T..tengok lah apa hasilnya nanti..ini kerana,lace baju akad cukup2 aje..sob3 ;-(((( kena gigih untuk match warna lah nampaknya..

Alhamdulillah,cuti kahwin saya telah diluluskan oleh big boss..oooyeyeye ;-)
Walaupun majlis ada lagi 111hari dari sekarang..hurrmmmmm..

Itu aje lah yang ingin ditulis pada diari ini..idea tak meluas di malam hari..ZzZzZ..

P/S: semoga apa yang dirancang Akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan..

Friday, February 10, 2012

~~Sampin~~

As salam Lovelies ^^


Wow!!!!!!Lama sangat2 tak update blog..hanya BW aje yang sempat sejak kebelakangan ni..ini adalah post pertama dalam bulan Februari..kasi warming up dulu dan tiup segala habuk yang sedebuk itu..Hai B2B (yang baca ajelah) bagaimana persiapan kalian semua???saya masih di takuk lama..takde perubahan lagi walaupun majlis akan berlasung dalam 4bulan lagi :-(

Tapi yang sukanya adalah, Insya-Allah baju kami dah hampir siap dan masalah yang berlaku ari tu telah ditangani dengan jayanya..suka :-) walaupun bajunya adalah simple sangat2 dan akan di pick up hari ahad ni..semangat nak kawen..kih3 ^^..taetapi, baju tuk solemnization belum siap lagi..haiyak..masih ada masa lagi lah suhaila (peringatan tuk diri) cuti raya cina baru2 ni dah booking vendor pelamin dan juga dah siap HIV test..suka buat kerja cepat2 (tetapi borang Mr T belum submit lagi)..

Malah, (ayat skema) masa cuti raya cina baru2 ni juga sempat survey sampin tenun dari Terengganu (memang org Ganu pon) dan double happy dapat harga yang berpatutan..sampin yang akan dipakai oleh Mr T semasa majlis akad nanti..Kalau saya tunjuk gambar sampin ni, mesti korang dapat agak kan warna apa untuk akad kami..Heheheh :-)



~~Ni bahagian atas~~


~~Ni bahagian tengah2~~

Haisshhhh, doorgift belum dapat dikenalpasti lagi apa yang perlu diberi kepada para tetamu..masih dalam pemikiran lagi..sekejap itu, sekejap ini..banyak gaklah dapat quotation harga dari vendor doorgift..sigh ~,~

P/s: Masih banyak yang pending..dengan kerja di opis selalu banyak kebelakangan ni..Gambate suhaila *_*