Monday, March 29, 2010

::HUJUNG MINGGU LEPAS::

salam bloggers...dah lama aku tidak mengupdate kan dekat blog aku ni...al maklumlah agak sibuk kebelakangan ini...dah bersawang blog aku ni...pelbagai agenda telah dibuat walaupun ada yang tidak dirancang...ceehhwaahhh...huhuhu~~yang penting cuti hujung minggu aku terisi dengan perkara-perkara yang menarik...

aku mulakan agenda aku pada hari KHAMIS&JUMAAT...kenapa mesti hari tersebut??????sebenarnya aku telah menghadirkan diri ke CONFERENCE "NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA" yang ke 25...majlis ini dirasmikan oleh menteri kesihatan malaysia, siapa lagi kalu bukan DATO' SRI LIOW TIONG LAI...yang menariknya tentang menteri kesihatan kali ini merupakan salah seorang penuntun bidang pemakanan (NUTRITION)...wahhh...hebat...bukan senang nak mendengar seorang menteri kesihtan berlatar belakangkan bidang sains kesihatan...yang paling menariknya, pukul 5.30pg aku dan rakan-rakan dah bertolak ke HOTEL CROWN PLAZA tempat conference diadakan...walaupun tentatif program bermula jam 7.30 pagi untuk sesi pendafaftaran pada hari pertama...rentetan itu, pada hari kedua juga, kami bertolak ke sana pada jam yang sama...walaupun hari kedua bermula agak lewat sedikit berbanding hari pertama...iaitu jam 9pagi...penat+mengantuk...fuuhhh semangat...KUALA LUMPUR terkenal dengan lembah "JAMMED"...saya sangat benci keadaan ini...yang penting kami berposing sakan...itu yang menarik dan fantastik...









yang penting, kami mendapat banyak input yang berguna untuk masa depan kami...Insya-Allah mudah-mudahan...

kemudian, ari ahad geng-geng gedixxxx walaupun kegediksan yang tak terserlah telah melepaskan tekanan di sungai congkak...best sangat-sangat walaupun kami berlima...terima kasih kepada MR T...beliau yang mengajak kami untuk berBBQ dan bermandi-manda...kami membuat keputusan untuk ke SUNGAI CONGKAK...perjalanan tidak memerlukan masa yang panjang...walaupun pada mulanya kami sesat...itulah dinamakan ADVENTURE...betul ke?????????huhuhu~~yang penting kami selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan jayanya...







selepas berjimba ke sg congkak, MR T mengajak kami menonton wayang...cite ni pun best gak...HOW TO TRAIN YOUR DRAGON...banyak sangat MORAL STORY dalam cite ni...walaupun kami penat, tetapi kami enjoy dengan cite ni...penuh dengan mesej-mesej...yang penting tak rugi menegluarkan duit untuk tengok HOW TO TRAIN YOUR DRAGON...sebelum pulang, kami memenuhi perut kami di YANKIES HUT...tapi hampa, makanan yang dihidangkan kurang memenuhi citarasa kami =(

p/s: lepas ni ape rancangan ek?????????sedang menunggu tindak balas dari MR T, CIK S, CIK F, CIK SRH...



Sunday, March 21, 2010

::sehari di mana-mana::

salam kawan-kawan...mesti ramai yang bercanda dengan keluarga dan buah hati tersayang kan...nak lak dengan hari minggu yang bahagia ini...yiippiiiieeee~~saja menggembirakan hati walaupun tak keluar hari ini =)

semalam saya telah menghabiskan separuh hari saya bersama-sama MR T, CIK F, CIK SRH....ini kerana MR T ada tournament bowling kat mid...jadi alang-alang menyeluk pekasam, sampai lah dia ke kolej kediaman saya...kalu ikutkan betul-betul minggu depan kitaorang akan berjumpa...tapi nak buat camne, di luar dugaan...huhuhu~~jadi kami telah membuat keputusan untuk ke percint 2, putrajaya...ada hot ballon...konon dan hajat di hati kitaorang nak naik lah hot ballon tu...

sesampai kami di sana, tempat yang pertama kami cari adalah kaunter hot ballon untuk membeli tiket...harganya amatlah murah dan laku bak goreng pisang tau....diaorang buka 2 sesi...sesi pagi dan petang...masa kami sampai ke kaunter berkenaan dah terlalu ramai yang beratur...kami beradu nasib untuk naik juga hot ballon tu...sementara menunggu tu, MR T pergilah tanya pihak penganjur camne nak dapatkan tiket untuk naik hot ballon...pihak penganjur menyatakan hanya dibuka untuk 300 orang sahaja dari pukul 5.30-9pm...kami rasa kami cukup dalam golongan tu...yang tak sedap didengari, hanya boleh naik 2 orang sahaja bagi setiap hot ballon...confirm giliran kami akan lambat dan tatau sampai bila kami akan terus menunggu dan menunggu...tapi nasib kami baik...MR T bawak tikar dan payung...jadi kami terselamat dari panas...kemudian, pihak penganjur memberikan pengumuman "sesi petang ini hanya dihadkan kepada 300 orang sahaja, mengikut keadaan cuaca dan keadaan hot ballon tersebut"...tetapi ramai lagi yang masih berkeras untuk beratur panjang disebelah kaunter....jadi kami berempat membuat keputusan untuk beredar sahaja dan meneruskan destinasi ke alamanda untuk sesi lepas gerammmmm...iaitu BERKAROK...memang best sangat-sangat walaupun 4 orang sahaja....







sebelum kami ke kaunter hot ballon, kami sempat memanah dan CIK F dan CIK SRH semapat bermain WATER BALL...tapi saya tak berpeluang untuk main kerana tiada pasangan kerana MR T sakit...jadi, kami hanya sebagai cameraman sahaja...huhuhu~~best tau tengok diaorg main water ball...bergolek-golek dalam air....kami berdua memang gelak sakan....selepas berkarok kami ke kg baru untuk makan-makan...kami menuju ke western food tempat kegemaran kami berdua...STEAK HOUSE...makanan sedap dan murah serta berpatutan...tolong promote aje...







selepas semuanya kenyang, kami ke shah alam untuk melihat sendiri keindahan lampu-lampu bertemakan AVATAR WORLD kat i-city, sec7 shah alam...memang teramatlah cantik keindahan malam dengan diserikan dengan lampu berwarna-warna serta pelbagai bentuk dan gaya...memang teruja...wahhh gitu!!!!!!!!!!!pergi jangan tak pergi....memang happening sangat-sangat....inilah gambar-gambar kami...










seharian bersama-sama gediks-gediks walaupun MR T bukan golongan tersebut....

p/s: kali ini banyak gambar untuk tontonan....^___^

Friday, March 19, 2010

::menghabiskan M.A.S.A::

salam bloggers...dah lama saya tak mengupdate blog saya...dah bersawang kot blog saya ini...tapi tak pelah...yang penting akan mengupdate gak kan...betul tak kawan-kawan...

apa ek yang ingin saya kongsikan bersama-sama kawan bloggers....huhuhu~~semalam saya menghabiskan separuh hari bersama MR T, tetiba lak dia minta cuti dan tup-tup dia sampai kat kolej saya...walhal waktu tersebut saya masih lagi di kampus utama UPM...rajin betul dia datang dan tunggu...habis kelas aje, kami berdua menjejakkan kaki ke ALAMANDA, putrajaya...itu aje tempat yang paling dekat....mula-mula kami ingin tengok wayang, tapi cancel last minute...ooohhhh...lepas aje lunch, kami ke SUPERBOWL...yang paling saya tak suka, saya tidak dibenarkan bermain kerana dia ingin train bowling sorang-sorang...agak kecewa tau...dah lah main 8 games...tak ke mati menunggu....geram pun ada....

lepas main bowling, kami solat dan ingin ke HOT BALLON, kat Percint 2....tapi HOT BALLON belum ada di udara lagi...kecewa gak tau...tup-tup CIK S pun datang gak alamanda...tapi dia pergi sorang-sorang aje...hanya membeli biskut FAMOUS AMOS(betul tak ejaan ni?????) untuk kekasih hati...

kami berdua jalan-jalan, dan MR T berborak dengan sape ntah...adalah masa untuk aku pergi tengok barang-barang yang aku suka....mula-mula kami menjelajah VINCCI-->NOSE-->NICHI-->PARKSON (semata-mata cari wedges aku)....huhuhu...kat NICHI ade yang nice, harga tak mahal...tapi wedges 2 susah nak matching dengan baju kurung...kemudiannya, kami ke parkson, di sana ada jenama kegemaranku....aku telah menggunakan CARLO RINO sejak berada di alam diploma lagi...ini lah hasil atas pemantauan aku...huhuhu~~


::wedges aku::

aku pun tatau kenapa aku terlalu obses sangat dengan jenama ini...setakat ini, aku sudah mempunyai 2 handbag, wedges, hills, sandal...harga pun tak ada lah semahal jenama terkenal...

philosophy aku semalam::ALAMANDA-->TASIK-->VILLAGE VIEW(makan malam)...huhuhu~~

p/s: kami telah menggunakan masa yang diberi...^_____^ terima kasih MR T~~

Friday, March 12, 2010

~~ROUNDERS~~

salam kembali kawan-kawan....dah lama aku x mengupdate blog aku ni...masa yang selalu membataskan jari jemari ku untuk mengetuk kekunci laptop aku...sibuk aje memanjang...terutamanya dengan test-test yang selalu menusuk otak ku...biasa lah sebagai pelajar lagi...huhuhu~~

tapi yang best nya, sejak 2 hari ni aku dah mula menjinakkan diri dengan "ROUNDERS"...best tau main ROUNDERS ni...kena pandai buat strategi...nak lak kalau lawan kita hebat....tapi yang lucu nya, kami main tanpa peraturan yang betul...kerana masing-masing lupa dengan pertauran yang betul...masa hari pertama main, hanya 6 orang aje yang bermain...kami main pun sekadar suka-suka untuk melepaskan kebosanan petang.....sejak kebelakangan ini, cuaca aagak menyebelahi kami...huhuhu~~semalam kami bermain dengan jaya nya kerana 12 orang yang turut bermain...tu yang syokkk...walaupun masing-masing bukan handal dengan permainan ni...tapi cukup gembira....


::ni yang betul-betul handal::tapi bukan KAMI =(


::peraturan yang betul...tapi kami?????????? langsung tak ikut::


::ini lah KAMI...pasukan ROUNDERS::posing aje lebih....~~

yang sebenarnya main ROUNDERS ini memang best jika ingin melepaskan tekanan belajar, kerja dan sebaginya...ini pendapat aku...tatau lah orang lain punya persepsi dan interpretasi mereka....fizikal aktiviti ini adalah satu pergerakan buat badan kita...dari situ banyak penyakit kronik akan dapat dihindarkan seperti DIABETES, HYPERTENSION dan sebagainya...majulah sukan untuk menguruskan badan~~

p/s: kurangkan lah aktiviti tidak aktif kawan-kawan~~

Sunday, March 7, 2010

~~pusing-pusing~~

salam bloggers...bertemu kembali di entry yang baru di hujung minggu ni....mesti ramai yang menghabiskan masa terluang di hujung minggu bersama-sama dengan teman tersayang, family, kawan-kawan dan sewaktu dengannya...betul tak??????????

ari ini saya dan MR T telah menghabiskan masa terluang dengan menuju ke alamanda, putrajaya...tak best sangat pun (ni pendapat aku lah)....tak de ape yang menarik pun kat sana...kami ke sana semata-mata ingin menonton wayang...SOLOMON KANE...cerita ini memang best!!!!!!!!!!!saya sangat suka....saya nak buat promosi tanpa bayaran~~pergi lah menonton SOLOMON KANE tak rugi jikan anda menonton...plot cerita yang menarik...tak boring dan paling best banyak aksi...



sebelah malam lak kami berempat DINNER kat VILLAGE VIEW, BANGI...makan bersama-sama CIK F, CIK SRH, AKU dan MR T.....semua nya malu....ngeh3...tapi korang memang best sangat...habis makanan kami makan....nasi putih+tom yam campur+ulam+bistik+siakap 3 rasa(pilihan CIK SRH)...wow mantap....huhuhu~~minta maaf lah ye kawan-kawan gambar tak sempat diupload kan kerana masing-masing sibuk melantak~~

terima kasih kat MR T kerana sudi membawa saya dan menghabiskan masa bersama-sama ari ni~~

p/s: minggu depan nak ke seremban lak~~kenduri kawen umah apis...

Saturday, March 6, 2010

~~merantau warrior~~

salam entry bloggers...dah lama sangat aku tak menjenguh masuk ke alam ini...ini kerana kesibukan melanda diri ku...ceh waahhhh...ayat tak leh nak blah..huhuhu~~camne cuti hujung minggu kawan-kawan?????best atau hanya memerapkan diri aje....

semalam AKU, CIK S, CIK F&CIK SRH telah keluar untuk mereleasekan ketensionan kami kerana telah memerap di bilik dan di kolej 17 selama beberapa selepas cuti pertengahan semester hari tu....masa kami hanya dihabiskan dengan MEMBACA...MAMBACA...TEST...TEST...poyo aje kan...tak habis-habis...biasa lah alam belajar(meneyedapkan persaan aku)...huhuhu~~nak ber DATE pun tak ada masa....sempat lagi tu....

semalam CIK SRH&CIK F telah melepaskan geram dengan BERSHOPPING ape yang patut...baju kurung....kain pasang...kasut....dan macam-macam lagi....semua tempat shopping kat shah alam kami redah...bese lah dekat-dekat aje...SACC MALL--->PAS--->PKNS....semua kita memboloskan diri...makan lak kami menegnyangkan perut kami kat SECRET RECIPE, SACC MALL...fuhhh semua nya HIGH CHOLESTROL+FAT+GLYCEMIX INDEX...mantap oooo....yang best nya kami keluar pukul11pagi hingga 10malam baru sampai kolej...ini semua gara-gara LORONG SMART...huhuhu~~cik S janagn marah tau...

masa balik aku yang drive nak balik ke UPM...aku bese lah melalui jalan yang selalu MR T bawak kan aku...bukan sesat tapi jauh sikit lah...dahlah jammed kat situ...hampir 2 jam untuk aku memboloskan diri untuk balaik ke UPM...dah masuk lorong ke UPM...tup..tup CIKS kata ape kata kita lalu LORONG SMART...aku pun ikut jelah...akhir nya baru ingat lorong SMART untuk ke KUALA LUMPUR...YA ALLAH...aku tak kisah yang itu...yang pasti MINYAKKKKK...aku menelefon MR T dan bertanya itu..ini...itu..ini...last2 jawapan MR T"LORONG SMART BUKAN UNTUK SELAAMT DARI JAMM TAPI DARI BANJIR"...OOOHHH MY GOD...kitaorg berempat redha aje lah...lastly, kami keluar ke jalan TUN RAZAK yang memang terkenal dengan jamm...ooooohhhhhhhhh noooooooooo....nasib gak jalan tu aku memang dah pernah lalu...dan aku redah aje...ALHAMDULILLAH...ku temui jalan pulang....kami ke PETRONAS kat jalan ampang untuk menampung MINYAK kete dan berlaku perkara melucukan bagi aku&CIK F...CIK SRH telah memasuki TANDAS LELAKI...huhuhu~~kami gelak sakan kerana ada segerombolan budak lelaki sedang menunggu giliran untuk solat....macam-macam dugaan dan perjalanan kami semalam...tapi best....sebelum pulang, kami ke AMAPANG JAYA untuk makan dulu...masing-masing dah pekena makanan yang tinggi glycemix index+lemak(kat SECRET RECIPI)....kelaparan kami bertambah-tambah dengan jamm....oooohhhhhhhh....

yang penting perjalanan semalam memang best tau...CIK SRH pun pertama kali melalui LORONG SMART(walaupun dia berasal dari KL)....kelakar kan bunyi nya..."NI FIRST TIME KITA LALU LORONG SMART...SEBELUM NI DENGAR NAMA AJE"...huhuhu~~

maaf lah ek kawan-kawan bloggers, gambar tidak diuploadkan di sini...kalu tak...muka masing-msing memang berminyak-minyak...

p/s: ikut papan tanda jalan~~