Sunday, November 28, 2010

~~M.A.H.A~~

apa kah itu MAHA...????

Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show ...
Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
(kem pertanian asas tani@MOA)

tadi, saya dan MR T berkesempatan ke sana...mak MR T pun ikut sekali..best dan meriah snagat-sangat..tapi kami tak sempat menghabiskan semua tempat dek kekangan cuaca...memang lah redup, tapi berpeluh juga...fuhhhhhh..memang dahsyat lah..dah lah makhluk2 nya ramai...tapi masih boleh bergerak...

tapi malangnya, kami tak sempat bergambar satu pun..masin-masing tak membawa kamera..rugi gak...kalu korang mahu merasai nya, datang lah ke MAEPS ek...hanya 2 tahun sekali aje MAHA diadakan..kalu ada kesempatan mahu pergi lagi...

p/s: itu aje nak bagitau...

...berlibur di SUngai Congkak..

salam bloggers...

kabare semua...dah lama saya tak mengupdate blog saya ni..fuhhhhh, tiup bagi hilang serdak2 dan bendasing..nyah kau dari sini..hilang ka habuk tersebut...huhuhu~~

dah lama sangat2 saya tidak bersidang di sini...nak kata sibuk tak jugak, nak kata senang pun tak jugak..jadi, kesudahannya tatau..boleh ka??????demam final exam dah lepas, tapi lum sempat berhempas pulas untuk menghilangkan segala kekusutan bersama-sama geng gediks...amboi2, masing-masing sangat sibuk dengan thesis yang akan berkesudahan, Insya-Allah April nanti...harap-harap dipermudahkan...menyimpang jauh lak...mari kita meluruskan yang menyimpang tu...

hari khamis yang lepas, saya, shaz naz, CIK SRH dan CIK F telah menghumbankan diri ke sungai congkak..memang best lah...walaupun pergi hari biasa(weekday)..layan jugak tau..dapat menconquer tempat-tempat yang best...huhuhu~~ahli-ahli yang datang adik shaz naz, future MIL shaz naz dan bakal adik ipar shaz naz..memang seronok...

mari layan gambar-gambar yang sempat dirakam...layan aje lah ek...malas nak tulis lagi...



~~3 generasi~~



~~bagus bawa BB~~



~~gedik's clans~~



~~ayam yang telah siap dibakar~~



~~2 gadis sedang kesejukan~~




~~setenang air di sungai congkak~~



~~3 gadis sedang bermain-main di pinggir air~~



~~makanan ditaja oleh FUTURE MIL shaz naz~~



~~bakar di atas dapur gas...~~



~~makanan ditaja oleh FUTURE MIL shaz naz~~
-credit to mak cik-

p/s: Next trip...best sangat2...lepas ni nak bawak mak si dia lak...

Monday, November 22, 2010

...THESIS saya...

salam bloggers...dah petang begini baru nak mengupdate blog kan..issshhhhhh tak patut betu lah saya ni...tajuk memang tak leh blah kan..huhuhu~~

pagi tadi menyibukkan diri ke library tuk menyiap kan semi thesis..kenapa semi?????bukan full thesis??????? (2pun nak gtau ka...ada ka patut)..biar lah ni kan tempat saya...ini kerana semua maklumat yang telah diperolehi belum dianalisis lagi oleh SPSS...oleh yang demikian, saya perlu menghantar chapter 1, 2 dan 3 sahaja kat supervisor saya...tapi, belum siap sepenuhnya...sabar ek Dr..saya akan menyiapkan thesis Dr dalam masa terdekat ni...

oleh itu, kawan-kawan doa kan saya agar dapat menyiapkan semi thesis ni...mau pulang ke kampung....ia perlu dihitamkan agar saya sentiasa ingat thesis saya...tidur thesis, makan thesis, rehat thesis, dating thesis...semua THESIS...

p/s: doa kan saya kawan-kawan...sayang kamu semua ^-*

Sunday, November 21, 2010

..merayap a.k.a. BACHELOR PARTY...

pagi ni tetiba lak merajin kan diri mengupdate ceritera ke-2...hari ini dalam sejarah bagi aku..huhuhu..kalau tak, itu bukan saya...

semalam saya berkesempatan berjumpa kawan-kawan zaman kegemilangan kami di kala DIPLOMA dulu...saya suka berkawan dnegan diaorang..masing-masing mempunyai perwatakan yang saya suka dan yang penting stylo...huhuhu..stylo kah mereka???????(hanya masing-masing aje yang tau)...semalam kami bersiaran di MINES aje...tapi yang datang hanya 5 orang aje...walaupun 5 orang aje, keriuhan masih terserlah walaupun umur dah meningkat...kih3...nak kata BACHELOR PARTY pun tak sangat...tak sempat karok dan borak panjang...salah seorang daripada kami akan menamatkaz era kebujangan beliau pada 11 DIS ni...hanya gambar menceritakan kegedikan masing-masing...


~~bersama bakal pengantin~~



~~kegedikan mereka terserlah~~



~~ini lah kami...belum cukup lagi~~








semua tetap maintain dari dulu hingga sekarang..tetapi saya???????sudah bertukar tau dulu dan sekarang...kak warine telah menjelma dengan wajah yang agak kurus...terasa cemburu yang amat sangat..cam bertukar lak...

~~ZAMAN KEGEMILANGAN 2003-2006~~















melalui gambar, kalian dapat menilai nilai sebuah persahabatan...rindu kamu semua...^-^

p/s: memori lalu telah mengungkit kembali...

...maklumat untuk dikongsi...

salam blogger...semua dah bangun ka????atau masih tergolek-golek di atas tilam dan bantal empuk masing-masing...biasa lah hujung minggu..balas dendam tuk ari sebelum-sebelum nya kan...huhuhu~~

tetiba pagi ni, datang lak idea nak mengarang kat halaman ni...ari ni nak berkongsi info tentang kahwin...bukan kerana saya mahu kahwin...saya belum sampai lagi ke tahap itu...huhuhu...ni saya mendapat rujukan daripada www.islam.gov.my retrieved on Nov, 21 (ni dipanggil APA style)...semasa saya di semester 5, saya sudah mempelajari PEMBENTUKAN KELUARGA dan PEMBUBARAN KELUARGA...sebenarnya sangat menarik jika diterokai ilmu-ilmu ini...ini kerana agama ISLAM amat memudahkan umat nya..walaupun mudah jangan dipanadang di sebelah mata ok...

1)
Mengapa Berkahwin?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

2)
Firman Allah S.W.T.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."

(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.

3) Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "

(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "

(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.

itu lah di antara info yang dapat saya kongsikan bersama-sama...untuk pembacaan dengan lebih lanjut boleh lah ke sini..apa-apa pun selamat membaca...


p/s:setiap ilmu yang kita kongsi kan akan membawa ganjaran yang sewajarnya..amin..SHARING IS CARING...

Saturday, November 20, 2010

...KEHIDUPAN...

salam bersiaran bloggers....dah lama rasa nya saya tidak menghiraukan blog yang ku cintai ni(yelah tu)...sebenarnya minggu ni agak sibuk (exam+study)..Alhamdulillah, semallam selesai sudah semester yang agak mencabar minda saya ni...nak tau kenapa????????tajuk pun KEHIDUPAN gitu...kehidupan apa tu????????baca aje lah...kalu tak nak habis kan sila tekan "X" di penghujung kanan anda...

ini kerana lagi 1 semester yang akan tinggal dan perlu kuat untuk menghadapi thesis saya yang bertajuk...(biar lah rahsia)...hanya pelajar Universiti Malaya yang terlibat aje yang tau apa kah itu...huhuhu~~

banyak pengalaman yang telah saya pelajari semasa mengutip data(DATA COLLECTION) semasa Oktober yang lalu...yang pertama, kena bersabar(yang ini perlu bagi seorang future nutritionist(Insya-Allah, kerana patient banyak ragam tau)...yang kedua, menghargai masa (kalau lambat sampai dari masa yang kita bagitau, jadi tiada lah makhluk di fakulti itu...dan yang ketiga apa-apa aje tapi semua yang positif aje tau...banyak sangat pengalaman yang berharga tau...kena pandai attract respondent ini kerana saya bukan DIRECT SELLING faham...saya hanya seorang pelajar yang perlu melakukan survey terhdaap kajian saya...

selang beberapa minggu berada di fakulti yang paling hujung di UM, aku telah menukar lokasi di saat akhir ke kolej kediaman...Alhamdulillah, Allah telah menolong saya dan kawan saya untuk mendapatkan tempat tersebut dnegan senang...dengan itu, bermula lah episod baru kami berdua berada di kolej tersebut..saya amat BERTERIMA KASIH kepada mereka yang terlibat walaupun ada yang masih belum menghantar borang survey saya...setakat ini, responden untuk kajian saya, Alhamdullilah telah cukup...TERIMA KASIH ALLAH...

jadi, sekarang masa untuk mengKEY IN data saya itu...sesiapa yang nak tolong saya angkat tangan...(cam ada aje yang nak tolong, dahlah guna SPSS)...SPSS merupakan salah satu software untuk menganalisis data yang telah dikumpul...di kala mengKEY IN data, kita perlu banyak bersabar...maki hamun di mulut semasa mengKEY IN data selalu terjadi jikalau tetiba lappy kita buat hal...hanya ALLAH aje yang tau...mungkin ramai yang tahu tentang software ini...

doa kan saya agar thesis saya dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan...tetapi saya sangat gembira membuat thesis kerana banyak sangat2 pengalaman yang berharga buat saya dan kawan2...bukan hanya pelajar universiti sahaj, malah responden (orang yang terlibat dalam kajian) seperti pelajar sekolah menengah, warga tua, polis, TLDM, HIV person, pelajar universiti...

di pagi sbatu yang tenang ini, banyak lak saya membebel...rentetan tidak mengupdate blog 1 minggu ni...huhuhu..lepas ni dah bole aktif berblog balik..Insya-Allah...jika ada masa(itu hanya alasan aje suhaila woooooiiii)...

p/s: 1 semester lagi tinggal, kena cari peluang kerja lak ni...sape2 ada keje kosong sila inform ek!!!!!!

Sunday, November 14, 2010

..tiada tajuk..

hai kawan2 sekalian...

rasanya dah lama aku tak menulis..just blog walking aje...tetiba rasa malas nak menulis dan ketiadaan idea buat sementara waktu...nak kata kekangan masa, tak juga...biasa lah manusia...semua sifat ada dalam diri masing...ada yang positif dan negatif..

baik lah semua...itu sahaja, kan saya dah tulis kat atas sana TIADA TAJUK...huhuhu~~

semoga hari ini lebih baik dari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini...

p/s:hhmmmmmmmmmmmm...

Sunday, November 7, 2010

...kelebihan bulan ZULHIJJAH...

salam bloggers...kabare semua??????saya berharap kalian sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat NYA...pada hari yang mulia ini (tetiba lak saya ni kan)...saja je...hari ni, saya nak berkongsi dengan anda tentang tajuk seperti di atas...

adakah anda sedia maklum tentang kelebihan bulan ZULHIJJAH...bukan hanya bulan RAMADHAN sahaja ada rahmat dan kelebihan...setiap bulan ISLAM mempunyai barakahnya...saya bukan lah dari golongan ulama' atau ilmuan bijak pandai..hanya manusia biasa aje..hanya ingin berkongsi ilmu (tetiba serius!!!!!!!!!)...

oleh itu, dia antara kelebihan-kelebihan pada bulan ini adalah:

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur.

Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat.

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

oleh yang demikian, ayuhlah kita mengimarahkan lagi bulan ZULHIJJAH ini dengan mengamalkan puasa sunat...Insya-Allah, moga apa yang disampaikan ini akan menjadikan panduan untuk kita semua.
(sumber; JAKIM)


p/s:jadi, bangun lah semua...selamat beramal...

Saturday, November 6, 2010

...25 tentang SAYA...

salam bloggers...kabare semua????????

ni pertama kali di tag oleh shaz naz dan ingin tahu 25 PERKARA tentang diri saya(kenapa perlu 25???????)...huhuhu~~

baik2, saya akan melayan dan menjawab pertanyaan anda...kalu tak sudi sila tekan "X" di atas ok...

  1. nama penuh SUHAILA SHAMSUDDIN...ada orang panggil ILA, SU, kak ILA, kak SU...yang penting saya suka nama saya..
  2. kadang-kadang bila bosan layan TAYLOR SWIFT..saya suka suara nya ok!!!!!!sangat sweet macam gula (ada ka???????)...
  3. saya suka tengok gelagat orang, di mana-mana sahaja...kerana itu perangai atau habit mereka bukan...
  4. saya mempunyai 19 orang anak sedara ok...sangat pening di kala raya...
  5. suka memandu mengikut perasaan...jangan tiru aksi pelik ini...amat bahaya...
  6. anak jati TERENGGANU kite...
  7. merupakan pelajar tahun akhir di UPM...tak sabar nak habis...
  8. saya sayang kat mak&ayah saya, begitu juga dengan maka&ayah si dia...
  9. suka berborak di telefon&mesyuarat tingkap&sewaktu dengannya...sangat best ok..sila tiru..bole merapatkan ukhwah...
  10. suka memasak&mencuba makanan baru..sekarang ni nak mencuba makanan jepun TAPIYOKI(kalau salah sila betul kan)...
  11. kalau saya suka, mesti orang akan suka...kenapa perlu mereka suka kan saya balik?????(pelik2)
  12. sangat suka pada budak-budak cumel..
  13. setiap pagi kena baca akhbar...(untuk tambah info)
  14. sangat sayang kat my BUCUK...
  15. takut pada cerita seram...terutamanya cerita kat TV3 tu...repek aje..
  16. sangat suka kan kehijauan, kedamaian & tak suka bising...
  17. sangat suka pada kek coklat
  18. saya nak mengekalkan cam berat badan dulu2
  19. suka jogging..kadang beraerobik...
  20. suka minum air masak...sangat baik pada aliran darah kita...
  21. hati saya cepat terusik (jadi berhati-hati ek)...kadang-kadang aje ni...
  22. suka berkawan dengan semua orang...
  23. saya juga suka tidur...
  24. saya suka kaler pink, unggu...kebnaykan baju saya berkaler sedemikian...
  25. saya adalah SAYA...
terima kasih kerana meng"TAG"kan saya...saya pun kena berfikir panjang apa yang ingin dicitekan tentng diri saya..haiyakkkkkkkkk...

jadi, saya akn bagi kerja rumah pada untuk menceritakan 25 perihal diri anda:
  1. jah
  2. zaman
p/s: fikir sejenak...tentang diri saya ini...

Friday, November 5, 2010

...semangat baru...

salam bloggers...salam JUMAAT & selamat bercuti semua yea...hari ini saya mahu mebina semangat yang baru...bila dengar bait-bait lagu FAIZAL TAHIR ni, harap harapan saya akan munuju ke medan kejayaan...AMIN~~



Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa


~~saya mau mendapat semangat ini saja~~

p/s: harap-harap lirik lagu ni membina semangat baru bagi saya pada hari JUMAAT yang indah ini...go...go...SUHAILA...

Thursday, November 4, 2010

...penyakit M melanda......

hai kawan-kawan bloggers...kabare?????????ape perancangan anda di cuti hujung minggu yang lama???????

penyakit M melanda?????apakah itu...M untuk Mal**...teka lah sendiri ape jawapannya...sepatutnya di kala ini, saya kena membaca..tetapi penyakit tersebut membuatkan diri ini lemah dengan godaan penyakit itu...haishhhhhhhhh..tiup kuat-kuat supaya ia menerkam jauh dari diri ku ini....bloggers sekalian, doa kan kejayaan saya ek..sayang anda semua!!!!!!!!!!

p/s: doa kan saya tuk final exam n thesis ya kawan2...

Tuesday, November 2, 2010

..sepetang bersama rakan-rakan...

salam semua...

petang sempat menghabiskan masa dengan melakukan senaman...yippieeeeeee...mau turunkan berat badan saya yang makin chubby ini...selama 1 jam berhempas pulas di bukit ekspo, UPM(cam ada je yang tau)..nice view tau kat sini...di samping itu, dapat gak lah tengok macam-macam aksi dan gaya masing-masing...itu aje lah yang ingin disampaikan...dengan itu, tiada gambar dipaparkan...huhuhu~~


p/s: bersenam mengurangkan stress...

Monday, November 1, 2010

...lama sangat2 tak update...

salam bloggers....

ampun maaf dipinta kerana udah lama tak mengupdate belog ku yang makin suram nie...
ini kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan...Insya-Allah, pertengahan November nanti aku akan kembali...
tungguuuuuuuuuuuu...(cam lah ada orang nak baca)


p/s: salam ketemu buat semua =)