Sunday, December 26, 2010

~~award~~

salam semua...keje saya hanya mengutip award aje..dah lama tak meengarang di tinta diary saya ni...kesian kan...(tuan nya tak mau belai2)...terima kasih kepada umar kerana telah bermurah hati untuk memberi award ini...




nampak sangat diary's suhaila punya blog sangat friendly orang nya..ececece...perasan lak buat seketika..hhmmmmm..*wink*wink*...jadi, saya perlu lah menjawab segala bagai yang ditanya...baik, soklaan akan dijawab sekarang...

1. apa pendapat tentang blog umar?

sedap mata memandang&sedap lagi saya membaca nya..huhuhu~~

2. tempat yang paling nak lawat?

Insya-Allah, ada rezeki saya mau ke Seoul, Korea dan UK...

3. 3 perkara tentang diri anda?

1) suka senyum (",)

2)suka berjimba+berfoto gedik

3)suka makan

4)saya adalah saya (ini hanyalah tambahan semata2)


4. tag 5 orang untuk terima award ni..

1) dayah
2) noon
3) aisyah
4) cik S
5) mat gebu

kalau yang lain-lain pon boleh juga amik award ni...dialu2 kan ek...jangan malu2...

p/s: sila lah ek amik jangan malu2~~

Friday, December 24, 2010

~~bayar hutang~~

salam semuaaaaaaaaaa...setelah sekian lama saya menyembunyikan diri daru dunia blog...huhuhu..hanya blog walking aje...malas++++++...bole kah alasan sebegitu rupa????????dah banyak sangat sawang2 kat blog saya ni...kasi tiuppppppppp sikit...fuhhhhhhhhhhhh~~(moga2 habuk dan dedebu M akan hilang)...sekarang ni pon, diri saya asyik sibuk dengan THESIS aje..moga2 dipermudahkan olehNYA...(cukup lah melalut panjang2)..buat la ape yang patut...

sebenarnya, saya nak jawab hutang dari aisyah...beliau gtau yang beliau telah mnegTAG saya..jadi, saya kena dan perlu menjawab hutang dari beliau...kalau tak, tau2 aje lah kan...

1. Copy gambo kat bawah ni. [done]


2. Pendapat anda tentang blog. [done]

bagi saya, blog merupakan medium yang bagus untuk menulis dan melakar sejarah kehidupan dan pengalaman yang telah kita lalui sepanjang hidup...daripada blog juga, kita mendapat info yang berguna dan sentiasa updated daripada blogger(walaupun hanya silent reader)...malah, melalui blog juga kita akan mendapat ramai kenalan(walaupun follower saya tak ramai..agak sedih di situ)...tapi yang pasti, blog merupakan satu pengantaraan yang bagus pada masa ini...

3. Tunjukkan gambar desktop anda? [not done]
bole tak kalu saya tak mau tunjuk dekstop saya kerna my dekstop tersangatlah universal...kih3...skrin hitam aje...ni semua gara2 FYP (ada kaitan kah?????, biar saya aje yang tahu)

4. Snap picture anda sekarang (tak kira dalam apa jua keadaan)
gambar sekarabg tak bole lah...kerna saya memakai dekstop gitu...kembali ke zaman dulu kala...huhuhu~~kalau saya letak gambar terbaru bole...ni semalam punya gambar...huhuhu...


~~credit to shaz naz~~

5. Adakah anda pernah hilang barang tersayang?
wow!!!!!!!itu sudah semesti nya...saya yang cuai dan alpa...itu kesilapan yang paling besar buat diri saya...sob3..(tersedih kejap)...saya telah menghilangkan 2 bentuk cincin emas yang amat2 disayangi oleh emak saya dan saya...satu nya, bukan hilang tapi terjatuh dalam lubang tan**s...dan yang ke2 hilang di hotel uitm shah alam...sob3...perkara yang paling disaster sekali...

6. Word describe si dia...
si dia aka MR T sangat caring, loving, dan semua ING lah...hanya saya aje yang tau...wink*wink*...yang penting saya sayang MR T sangat2...luv so much!!!

7. Anda pandai memasak? Bila kali terakhir?
xdelah sehebat
cik mat gebu yang hot dan femes gitu...campak2 aje...kih3..asal kan kenyang, Alhamdulillah..kali terakhir sebelum pulang ke kampus...

8. Tag orang laen plak.

kalu saya xnak mengeTAG bole tak?????sape2 rasa rajin nak menjawab dan mengambil dialu2 kan...

hutang 2: juga ditag oleh aisyah...

Siapakah insan yang teristimewa dalam hidup anda?
sudah semestinya kedua ibu bapa saya dan juga MR T dan ibu bapa nya...saya sayang mereka sangat2...

Apakah yang anda ingin katakan/ berikan kepada mereka?
saya sayang kalian sehidup semati (cewahhh..ikhlas ni tau..)...sudah semestinya penghargaan yang paling bernilai buat mereka...

Adakah anda insan yang setia? Pasti dengan jawapan anda?
kena tanya MR T...huhuhu~~no comment...huhuhu ^o^

Bila terakhir sekali anda keluar hangout bersama kawan2 anda dan di mana?
semalam...berfotogedik di PUTRAJAYA...dalam masa yang sama, kami memenuhi misi penting cik S...

Pilih antara 2, mimpi atau realiti yang lebeh indah?
memang kena pilih ek...tapi sudah semestinya mimpi...saya sangat suka kepada mimpi2 yang nan indah gitu...huhuhu~~

Sebab?
daripada mimpi akan menjadi realiti...kedua2 nya mempunyai perkaitan langsung...bukan berkadar songsang...(boleh kah?????)

Apakah pendapat anda tentang pengirim ini?
sangat ramah-tamah dan cumel...senyuman nya yang manis..(belanja macau egg tart ek aisyah)...wallaa~~

Apakah award ini bermakna kepada anda?
bermakna buat kenang-kenangan hingga hujung nyawa ^o^

Lasty, berikan taggie ini kepada 5 blogger laen!
sesiapa rasa rajin dan ingin amik, sila kan...jangan malu2 ek~~




p/s: sori aisyah, saya baru bayar hutang kamu..

Wednesday, December 8, 2010

...bachelor party ina...

salam semua...

tetiba pagi ni, mata masih lagi segar bugar...tapi, bila nak wat keje ada aje makhluk "S" yang akan memujuk dan meniup laju aje mata ni...huiisshhhhhh~~teruk kan kan saya...pantang aje dipujuk oleh makhluk berkenaan...tapi kena lawan gak...(apa ni merepek di pagi2 yang hening ni)...

dalam duk mengelamun tadi, aku bangun dan terus terjah blog saya(orang lain x terjah pun blog awak...jangan perasan!!!!!!!!)...



kenapa tetiba saya tampal gambar ni?????????(banyak nya tetiba kamu)...ari 2, lepas final exam kami berlima telah berhempas ke mines...walhal sorang dah keje...hehehe...salah seorang rakan saya akan mengakhiri kehidupan solo beliau sabtu ni...jadi, beliau telah mengedarkan kad kepada kami..itu lah tujuan sebenar...dalam masa yang sama gak, kami saya anggap majlis ni as a BACHELOR PARTY for her(tengok dia sorang aje dapat mahkota kan)...walaupun kami hanya makan-makan sambil berborak-borak dengan penuh mantap isinya...walaupun dalam hati kami berbunga-bunga mahu karok sampai lebam di waktu kejadian..tapi salah seorang daripada kami terpaksa balik awal...jadi, tak sempat lah buat tu semua..tak pernah senyap..buat pengetahuan semua, kami dah lama tak berjumpa since kami bergraduat tahun 2006...ditolak, dihitung, dibahagi dan didarab=4tahun kami tak berjumpa...walaupun B2B satu kampus dengan saya sekarang..sangat teruk bukan...

jadi, kami tidak melepaskan peluang untuk ke kediaman beliau di Ipoh sabtu ni...huhuhu....tahun 2010 aje, 3 orang X-coursemate diploma dulu telah mengakhiri zaman solo mereka...2 orang sedang menanti untuk 2011...saya sangat suka...

tajuk di atas sangat kelakar bukan...ceritera ni bukan sepenuhnya pasal bachelor party...tapi ada perkaian walaupun sedkit...kih3...

p/s: tungu kedatanga kami...IPOH MALI!!!!!!!!!!!!


Tuesday, December 7, 2010

..kisah hijrah..

salam semua!!!!!!!!!!!

artikel ini diambil daripada sini:

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berada di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

pengorbanan yang dilakukan oleh baginda Rasulullah sepatutnya dijadikan teladan..kita sebagai umat baginda sepatutnya bersyukur...

p/s: berhijrah kepada yang lebih baik..Amin~~

...tetiba aje...


salam semua...bersiaran kembali pada pena kedua saya pagi ni...salam MAAL HIJRAH untuk semua...apakah penghijrahan kita pada 1432 Masihi...tepuk dada tanya iman masing-masing...semoga akan mendapat barakah dariNYA..Insya-Allah...

pagi ni tetiba teringat kat padis sangat cantik bagi saya..siapa lagi kalau bukan LISA SURIHANI...sangat addicted with her face ok..lakonannya amat mantap sekarang ni...wow!!!!!itu aje perkataan yang boleh digambarkan...lakonan beliau sangat best...saya suka...


sumber: di sini



p/s: saya suka tengok perempuan yang berwajah cantikkkkkkk!!!!!!!


...faktor penceraian...

salam semua...dan salam Hijrah 1432 saya ucapkan..semoga dengan kedatangan tahun baru akan memberikan impak yang laebih bagus buat semua, terutamanya saudar Muslimin dan Muslimat...

wow!!!!!!tajuk yang saya rasa patut dikongsikan untuk semua...tak kira lah ada ke tak orang nak baca...saya dapat sumber nya dari sini...saya rasa amat bagus untuk dijadikan panduan dan pedoman buat semua...terutama kepada B2B dan sebagainya..ini semua sebagai persediaan awal kita untuk melangkah alam yang seterusnya...

"PENDEDAHAN Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, menerusi kajian yang dibuat pada 2008, mendapati wujudnya potensi tinggi berlakunya perceraian dalam usia perkahwinan 10 tahun ke bawah.

Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai.


Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.

Berdasarkan rekod 2009, 135,136 perkahwinan didaftarkan manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan.


Di negara kita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diwujudkan bagi menjaga kebajikan wanita supaya tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya.


Namun, melihat keadaan semasa di negara kita pada masa kini, mungkin tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu lelaki yang kelihatan semakin pudar keupayaan mereka.

Allah SWT menciptakan isi dunia ini berpasangan supaya mereka saling bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka.


Namun, jumlah wanita lebih ramai memenuhi institusi pengajian tinggi dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan dalam bidang pekerjaan.

Pendidikan dalam rumah tangga semakin terhakis, satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja sedangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak.


Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak tetapi dunia rumah tangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.


Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentu kemampuannya mengurus isi rumah tangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang.


Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumah tangga mereka sering gagal menampung ruang kosong ditinggalkan isteri yang bekerja.


Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumah tangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa.


Lebih buruk jika impak itu merosak jiwanya dan menjadikan anak berkenaan sebagai pembuli di sekolah, ‘virus’ di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam negara.


Allah SWT menyebut dalam surah Al-Nisa, ayat 43, bahawasanya: “Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafkah yang mereka berikan.” Jelas daripada ayat di atas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumah tangga berdasarkan dua sebab utama iaitu, kelebihan fizikal mereka dan, tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk keluarga.


Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pasti masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah hingga berakhir dengan perceraian dan anak bermasalah.


Kerana itu keharmonian keluarga sangat penting dalam Islam dan Rasulullah SAW mengatakan, krisis dalam keluarga boleh ‘menghakis’ agama kerana ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat.


Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadilatnya berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat)?” Maka Abu Darda’ menjawab: “Ya, Rasulullah.” Baginda membalas: “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat.” (Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud) Rasulullah turut menyatakan bahawasanya: “Kerosakan dalam hubungan rumah tangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama).” (Riwayat Ahmad dan Tirmidhi: Hadis Hasan) Apabila wanita sudah bekerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian, ‘trend’ perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri).


Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian.


Allah Maha Mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah, justeru, kuasa cerai diberikan kepada suami.


Namun, isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi syarak.


Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekali gus menunjukkan kegagalan lelaki.


Artikel ini bukan bertujuan menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebagai ketua keluarga.


Ia adalah satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan.


Tanggungjawab sebesar itu memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam rumah tangga.


Keputusan dibuat pula mestilah rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah, khususnya isteri, sama seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan.


Itulah sebaik-baik cara yang Allah SWT ajarkan untuk manusia, mereka perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan.


Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah Maha Mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang diciptakan-Nya.


Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai menyalahgunakan kemudahan fizikal.


Kelebihan digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal digunakan untuk ‘merempit’ dan menunjuk kekuatan dengan bergaduh dan tidak ketinggalan juga sebahagiannya diguna untuk mendera anak, isteri dan wanita lain.


Minda logik dan kurang emosi yang dianugerahkan Allah SWT digunakan untuk ‘menjustifikasikan’ segala kelalaian, menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan, padahal tiada usaha secukupnya dilaksanakan.


Akhirnya, semakin ramai lelaki gagal menggalas tugas ketua keluarga lantaran mendorongnya untuk terus mendesak isteri mengambil alih sebahagian tugasannya yang akhirnya menjadi punca kepada ‘rumahku nerakaku’.


Mungkin dengan sebab itu, kita kini memerlukan satu agensi khusus untuk melindungi lelaki sebagaimana peranan KPWKM yang melindungi wanita.


Kita sedar tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang datang meminta, tidak seperti wanita yang mudah menerima nasihat.


Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh mengubah situasi buruk yang melanda? Apapun, pemimpin negara dan semua pihak berkuasa memerlukan kaedah dan strategi lebih jelas dan berkesan bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki daripada aspek iman, ilmu, jiwa dan minda supaya mereka kembali menjalankan tanggungjawab dan bukan sibuk menjual ‘ubat kuat’ dan ‘tahan lasak’.


Tanpa pelan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku kepada lelaki, khususnya di negara kita.


Sudah tentu perkara pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah mereka, membawa lelaki kepada agama kerana semua itu bakal mempengaruhi isteri dan anak mereka."

itu lah antara inti pati yang dapat saya share kan buat anda semua pada ini...bak kata pepatah melayu, bukan senang nak jadi senang...betul tak?????


p/s: fikir dan renung2 kan...

Sunday, December 5, 2010

...Senyum...

...MUHARRAM...

salam semua...dah lama sangat-sangat saya tak mengupdate kan apa2 di blog ini...kasi tiup sikit...hilang sikit saki baki habuk yang dah lama tak bersiaran...hanya blogwalking aje...itu aje yang termampu (sedap kan hati)...

sekarang sudah masuk bulan yang terakhir pada tahun 2010...iaitu DISEMBER...hanya berbaki 26hari untuk mengharungi rintangan bagai...harap-harap apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan..Insya-Allah, dengan izinNYA...

Insya-Allah, esok merupakan 30 Zulhijjah(dalam bulan Islam), dan ia merupakan hari dan detik-detik terakhir bagi kita pada tahun 1431 Hijrah...moga-moga kita semua mendapat hidayah dan inayah dariNya...Insya-Allah, usai maghrib esok hari, maka kita telah bertukar di tahun Islam yang baharu, iaitu 1432..kita semua umat Islam akan berpindah di bulan islam yang baharu...1 Muharram..adakah kita sedar ini semua??????tepuk dada tanya Iman masing-masing...sesetengah daripadanya(termasuk saya sendiri) selalu alpa dan lupa ini semua...

Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit maklumat tentang bulan pertama dalam islam, Muharram...

MUHARAM:
bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

di antara perkara yang dituntut oleh semua Islam:

1)doa akhir tahun
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

2) doa awal tahun
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

3) Amalan sunat yang dilakukan:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak (3X)
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib (3X)
sumber: di sini


p/s: Bersama-sama mencari keredhaan dariNya..Amin..kita hanya manusia yang kerdil di sisiNya...

Sunday, November 28, 2010

~~M.A.H.A~~

apa kah itu MAHA...????

Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show ...
Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
(kem pertanian asas tani@MOA)

tadi, saya dan MR T berkesempatan ke sana...mak MR T pun ikut sekali..best dan meriah snagat-sangat..tapi kami tak sempat menghabiskan semua tempat dek kekangan cuaca...memang lah redup, tapi berpeluh juga...fuhhhhhh..memang dahsyat lah..dah lah makhluk2 nya ramai...tapi masih boleh bergerak...

tapi malangnya, kami tak sempat bergambar satu pun..masin-masing tak membawa kamera..rugi gak...kalu korang mahu merasai nya, datang lah ke MAEPS ek...hanya 2 tahun sekali aje MAHA diadakan..kalu ada kesempatan mahu pergi lagi...

p/s: itu aje nak bagitau...

...berlibur di SUngai Congkak..

salam bloggers...

kabare semua...dah lama saya tak mengupdate blog saya ni..fuhhhhh, tiup bagi hilang serdak2 dan bendasing..nyah kau dari sini..hilang ka habuk tersebut...huhuhu~~

dah lama sangat2 saya tidak bersidang di sini...nak kata sibuk tak jugak, nak kata senang pun tak jugak..jadi, kesudahannya tatau..boleh ka??????demam final exam dah lepas, tapi lum sempat berhempas pulas untuk menghilangkan segala kekusutan bersama-sama geng gediks...amboi2, masing-masing sangat sibuk dengan thesis yang akan berkesudahan, Insya-Allah April nanti...harap-harap dipermudahkan...menyimpang jauh lak...mari kita meluruskan yang menyimpang tu...

hari khamis yang lepas, saya, shaz naz, CIK SRH dan CIK F telah menghumbankan diri ke sungai congkak..memang best lah...walaupun pergi hari biasa(weekday)..layan jugak tau..dapat menconquer tempat-tempat yang best...huhuhu~~ahli-ahli yang datang adik shaz naz, future MIL shaz naz dan bakal adik ipar shaz naz..memang seronok...

mari layan gambar-gambar yang sempat dirakam...layan aje lah ek...malas nak tulis lagi...



~~3 generasi~~



~~bagus bawa BB~~



~~gedik's clans~~



~~ayam yang telah siap dibakar~~



~~2 gadis sedang kesejukan~~




~~setenang air di sungai congkak~~



~~3 gadis sedang bermain-main di pinggir air~~



~~makanan ditaja oleh FUTURE MIL shaz naz~~



~~bakar di atas dapur gas...~~



~~makanan ditaja oleh FUTURE MIL shaz naz~~
-credit to mak cik-

p/s: Next trip...best sangat2...lepas ni nak bawak mak si dia lak...

Monday, November 22, 2010

...THESIS saya...

salam bloggers...dah petang begini baru nak mengupdate blog kan..issshhhhhh tak patut betu lah saya ni...tajuk memang tak leh blah kan..huhuhu~~

pagi tadi menyibukkan diri ke library tuk menyiap kan semi thesis..kenapa semi?????bukan full thesis??????? (2pun nak gtau ka...ada ka patut)..biar lah ni kan tempat saya...ini kerana semua maklumat yang telah diperolehi belum dianalisis lagi oleh SPSS...oleh yang demikian, saya perlu menghantar chapter 1, 2 dan 3 sahaja kat supervisor saya...tapi, belum siap sepenuhnya...sabar ek Dr..saya akan menyiapkan thesis Dr dalam masa terdekat ni...

oleh itu, kawan-kawan doa kan saya agar dapat menyiapkan semi thesis ni...mau pulang ke kampung....ia perlu dihitamkan agar saya sentiasa ingat thesis saya...tidur thesis, makan thesis, rehat thesis, dating thesis...semua THESIS...

p/s: doa kan saya kawan-kawan...sayang kamu semua ^-*

Sunday, November 21, 2010

..merayap a.k.a. BACHELOR PARTY...

pagi ni tetiba lak merajin kan diri mengupdate ceritera ke-2...hari ini dalam sejarah bagi aku..huhuhu..kalau tak, itu bukan saya...

semalam saya berkesempatan berjumpa kawan-kawan zaman kegemilangan kami di kala DIPLOMA dulu...saya suka berkawan dnegan diaorang..masing-masing mempunyai perwatakan yang saya suka dan yang penting stylo...huhuhu..stylo kah mereka???????(hanya masing-masing aje yang tau)...semalam kami bersiaran di MINES aje...tapi yang datang hanya 5 orang aje...walaupun 5 orang aje, keriuhan masih terserlah walaupun umur dah meningkat...kih3...nak kata BACHELOR PARTY pun tak sangat...tak sempat karok dan borak panjang...salah seorang daripada kami akan menamatkaz era kebujangan beliau pada 11 DIS ni...hanya gambar menceritakan kegedikan masing-masing...


~~bersama bakal pengantin~~



~~kegedikan mereka terserlah~~



~~ini lah kami...belum cukup lagi~~








semua tetap maintain dari dulu hingga sekarang..tetapi saya???????sudah bertukar tau dulu dan sekarang...kak warine telah menjelma dengan wajah yang agak kurus...terasa cemburu yang amat sangat..cam bertukar lak...

~~ZAMAN KEGEMILANGAN 2003-2006~~















melalui gambar, kalian dapat menilai nilai sebuah persahabatan...rindu kamu semua...^-^

p/s: memori lalu telah mengungkit kembali...

...maklumat untuk dikongsi...

salam blogger...semua dah bangun ka????atau masih tergolek-golek di atas tilam dan bantal empuk masing-masing...biasa lah hujung minggu..balas dendam tuk ari sebelum-sebelum nya kan...huhuhu~~

tetiba pagi ni, datang lak idea nak mengarang kat halaman ni...ari ni nak berkongsi info tentang kahwin...bukan kerana saya mahu kahwin...saya belum sampai lagi ke tahap itu...huhuhu...ni saya mendapat rujukan daripada www.islam.gov.my retrieved on Nov, 21 (ni dipanggil APA style)...semasa saya di semester 5, saya sudah mempelajari PEMBENTUKAN KELUARGA dan PEMBUBARAN KELUARGA...sebenarnya sangat menarik jika diterokai ilmu-ilmu ini...ini kerana agama ISLAM amat memudahkan umat nya..walaupun mudah jangan dipanadang di sebelah mata ok...

1)
Mengapa Berkahwin?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

2)
Firman Allah S.W.T.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."

(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.

3) Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "

(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "

(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.

itu lah di antara info yang dapat saya kongsikan bersama-sama...untuk pembacaan dengan lebih lanjut boleh lah ke sini..apa-apa pun selamat membaca...


p/s:setiap ilmu yang kita kongsi kan akan membawa ganjaran yang sewajarnya..amin..SHARING IS CARING...

Saturday, November 20, 2010

...KEHIDUPAN...

salam bersiaran bloggers....dah lama rasa nya saya tidak menghiraukan blog yang ku cintai ni(yelah tu)...sebenarnya minggu ni agak sibuk (exam+study)..Alhamdulillah, semallam selesai sudah semester yang agak mencabar minda saya ni...nak tau kenapa????????tajuk pun KEHIDUPAN gitu...kehidupan apa tu????????baca aje lah...kalu tak nak habis kan sila tekan "X" di penghujung kanan anda...

ini kerana lagi 1 semester yang akan tinggal dan perlu kuat untuk menghadapi thesis saya yang bertajuk...(biar lah rahsia)...hanya pelajar Universiti Malaya yang terlibat aje yang tau apa kah itu...huhuhu~~

banyak pengalaman yang telah saya pelajari semasa mengutip data(DATA COLLECTION) semasa Oktober yang lalu...yang pertama, kena bersabar(yang ini perlu bagi seorang future nutritionist(Insya-Allah, kerana patient banyak ragam tau)...yang kedua, menghargai masa (kalau lambat sampai dari masa yang kita bagitau, jadi tiada lah makhluk di fakulti itu...dan yang ketiga apa-apa aje tapi semua yang positif aje tau...banyak sangat pengalaman yang berharga tau...kena pandai attract respondent ini kerana saya bukan DIRECT SELLING faham...saya hanya seorang pelajar yang perlu melakukan survey terhdaap kajian saya...

selang beberapa minggu berada di fakulti yang paling hujung di UM, aku telah menukar lokasi di saat akhir ke kolej kediaman...Alhamdulillah, Allah telah menolong saya dan kawan saya untuk mendapatkan tempat tersebut dnegan senang...dengan itu, bermula lah episod baru kami berdua berada di kolej tersebut..saya amat BERTERIMA KASIH kepada mereka yang terlibat walaupun ada yang masih belum menghantar borang survey saya...setakat ini, responden untuk kajian saya, Alhamdullilah telah cukup...TERIMA KASIH ALLAH...

jadi, sekarang masa untuk mengKEY IN data saya itu...sesiapa yang nak tolong saya angkat tangan...(cam ada aje yang nak tolong, dahlah guna SPSS)...SPSS merupakan salah satu software untuk menganalisis data yang telah dikumpul...di kala mengKEY IN data, kita perlu banyak bersabar...maki hamun di mulut semasa mengKEY IN data selalu terjadi jikalau tetiba lappy kita buat hal...hanya ALLAH aje yang tau...mungkin ramai yang tahu tentang software ini...

doa kan saya agar thesis saya dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan...tetapi saya sangat gembira membuat thesis kerana banyak sangat2 pengalaman yang berharga buat saya dan kawan2...bukan hanya pelajar universiti sahaj, malah responden (orang yang terlibat dalam kajian) seperti pelajar sekolah menengah, warga tua, polis, TLDM, HIV person, pelajar universiti...

di pagi sbatu yang tenang ini, banyak lak saya membebel...rentetan tidak mengupdate blog 1 minggu ni...huhuhu..lepas ni dah bole aktif berblog balik..Insya-Allah...jika ada masa(itu hanya alasan aje suhaila woooooiiii)...

p/s: 1 semester lagi tinggal, kena cari peluang kerja lak ni...sape2 ada keje kosong sila inform ek!!!!!!

Sunday, November 14, 2010

..tiada tajuk..

hai kawan2 sekalian...

rasanya dah lama aku tak menulis..just blog walking aje...tetiba rasa malas nak menulis dan ketiadaan idea buat sementara waktu...nak kata kekangan masa, tak juga...biasa lah manusia...semua sifat ada dalam diri masing...ada yang positif dan negatif..

baik lah semua...itu sahaja, kan saya dah tulis kat atas sana TIADA TAJUK...huhuhu~~

semoga hari ini lebih baik dari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini...

p/s:hhmmmmmmmmmmmm...

Sunday, November 7, 2010

...kelebihan bulan ZULHIJJAH...

salam bloggers...kabare semua??????saya berharap kalian sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat NYA...pada hari yang mulia ini (tetiba lak saya ni kan)...saja je...hari ni, saya nak berkongsi dengan anda tentang tajuk seperti di atas...

adakah anda sedia maklum tentang kelebihan bulan ZULHIJJAH...bukan hanya bulan RAMADHAN sahaja ada rahmat dan kelebihan...setiap bulan ISLAM mempunyai barakahnya...saya bukan lah dari golongan ulama' atau ilmuan bijak pandai..hanya manusia biasa aje..hanya ingin berkongsi ilmu (tetiba serius!!!!!!!!!)...

oleh itu, dia antara kelebihan-kelebihan pada bulan ini adalah:

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur.

Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat.

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

oleh yang demikian, ayuhlah kita mengimarahkan lagi bulan ZULHIJJAH ini dengan mengamalkan puasa sunat...Insya-Allah, moga apa yang disampaikan ini akan menjadikan panduan untuk kita semua.
(sumber; JAKIM)


p/s:jadi, bangun lah semua...selamat beramal...

Saturday, November 6, 2010

...25 tentang SAYA...

salam bloggers...kabare semua????????

ni pertama kali di tag oleh shaz naz dan ingin tahu 25 PERKARA tentang diri saya(kenapa perlu 25???????)...huhuhu~~

baik2, saya akan melayan dan menjawab pertanyaan anda...kalu tak sudi sila tekan "X" di atas ok...

  1. nama penuh SUHAILA SHAMSUDDIN...ada orang panggil ILA, SU, kak ILA, kak SU...yang penting saya suka nama saya..
  2. kadang-kadang bila bosan layan TAYLOR SWIFT..saya suka suara nya ok!!!!!!sangat sweet macam gula (ada ka???????)...
  3. saya suka tengok gelagat orang, di mana-mana sahaja...kerana itu perangai atau habit mereka bukan...
  4. saya mempunyai 19 orang anak sedara ok...sangat pening di kala raya...
  5. suka memandu mengikut perasaan...jangan tiru aksi pelik ini...amat bahaya...
  6. anak jati TERENGGANU kite...
  7. merupakan pelajar tahun akhir di UPM...tak sabar nak habis...
  8. saya sayang kat mak&ayah saya, begitu juga dengan maka&ayah si dia...
  9. suka berborak di telefon&mesyuarat tingkap&sewaktu dengannya...sangat best ok..sila tiru..bole merapatkan ukhwah...
  10. suka memasak&mencuba makanan baru..sekarang ni nak mencuba makanan jepun TAPIYOKI(kalau salah sila betul kan)...
  11. kalau saya suka, mesti orang akan suka...kenapa perlu mereka suka kan saya balik?????(pelik2)
  12. sangat suka pada budak-budak cumel..
  13. setiap pagi kena baca akhbar...(untuk tambah info)
  14. sangat sayang kat my BUCUK...
  15. takut pada cerita seram...terutamanya cerita kat TV3 tu...repek aje..
  16. sangat suka kan kehijauan, kedamaian & tak suka bising...
  17. sangat suka pada kek coklat
  18. saya nak mengekalkan cam berat badan dulu2
  19. suka jogging..kadang beraerobik...
  20. suka minum air masak...sangat baik pada aliran darah kita...
  21. hati saya cepat terusik (jadi berhati-hati ek)...kadang-kadang aje ni...
  22. suka berkawan dengan semua orang...
  23. saya juga suka tidur...
  24. saya suka kaler pink, unggu...kebnaykan baju saya berkaler sedemikian...
  25. saya adalah SAYA...
terima kasih kerana meng"TAG"kan saya...saya pun kena berfikir panjang apa yang ingin dicitekan tentng diri saya..haiyakkkkkkkkk...

jadi, saya akn bagi kerja rumah pada untuk menceritakan 25 perihal diri anda:
  1. jah
  2. zaman
p/s: fikir sejenak...tentang diri saya ini...

Friday, November 5, 2010

...semangat baru...

salam bloggers...salam JUMAAT & selamat bercuti semua yea...hari ini saya mahu mebina semangat yang baru...bila dengar bait-bait lagu FAIZAL TAHIR ni, harap harapan saya akan munuju ke medan kejayaan...AMIN~~



Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa


~~saya mau mendapat semangat ini saja~~

p/s: harap-harap lirik lagu ni membina semangat baru bagi saya pada hari JUMAAT yang indah ini...go...go...SUHAILA...

Thursday, November 4, 2010

...penyakit M melanda......

hai kawan-kawan bloggers...kabare?????????ape perancangan anda di cuti hujung minggu yang lama???????

penyakit M melanda?????apakah itu...M untuk Mal**...teka lah sendiri ape jawapannya...sepatutnya di kala ini, saya kena membaca..tetapi penyakit tersebut membuatkan diri ini lemah dengan godaan penyakit itu...haishhhhhhhhh..tiup kuat-kuat supaya ia menerkam jauh dari diri ku ini....bloggers sekalian, doa kan kejayaan saya ek..sayang anda semua!!!!!!!!!!

p/s: doa kan saya tuk final exam n thesis ya kawan2...

Tuesday, November 2, 2010

..sepetang bersama rakan-rakan...

salam semua...

petang sempat menghabiskan masa dengan melakukan senaman...yippieeeeeee...mau turunkan berat badan saya yang makin chubby ini...selama 1 jam berhempas pulas di bukit ekspo, UPM(cam ada je yang tau)..nice view tau kat sini...di samping itu, dapat gak lah tengok macam-macam aksi dan gaya masing-masing...itu aje lah yang ingin disampaikan...dengan itu, tiada gambar dipaparkan...huhuhu~~


p/s: bersenam mengurangkan stress...

Monday, November 1, 2010

...lama sangat2 tak update...

salam bloggers....

ampun maaf dipinta kerana udah lama tak mengupdate belog ku yang makin suram nie...
ini kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan...Insya-Allah, pertengahan November nanti aku akan kembali...
tungguuuuuuuuuuuu...(cam lah ada orang nak baca)


p/s: salam ketemu buat semua =)

Tuesday, August 10, 2010

~~AWRA 1431H~~


salam bloggers semua....adakah kalian sihat?????harap-harapnya semua berada dalam sejahtera hendaknya di bawah inayah dariNYA....AWRA????????(singkatan bagi AHLAN WASHALAH YA RAMADHAN)....selamat datang RAMADHAN~~kita jarang nak meraikan RAMADHAN yang mulia kan...kan...(termasuk gak penulis ni sendiri)...sebenarnya bulan RAMADHAN banyak fadilat daripada Allah kepada kita semua...tapi iklan raya dah banyak...huhuhu~~
saya pun bukannya dalam golongan yang baik-baik belaka...hanyalah insan kerdil dan perlukan pertolongan dan petunjuk dari semua kawan2...apa2 pun, selamat menjalani ibadah puasa bermula malam ini (terawaih malam pertama)..jangan lupa niat puasa tau~~huhuhu...


p/s: salam ramadhan buat semua kawan2 bloggers, silent reader&ampun maaf dipinta dari saya...dari hujung rambut hingga hujung kaki...

Sunday, August 1, 2010

~~air muka~~

salam kawan-kawan bloggers....dah lama saya tak menjenguk blog kesayangan ni...tiup sikit kasi hilang itu habuk...ffuuuuhhhhhhhhhh~~(cam rancangan fuhhhhhhhh yang dihoskan ole awal ashaari lak)...ahaks....<---cam ramai je follow saya....huhuhu...

sekarang ni, semangat untuk berblog adalah sangat rendah...low self-esteem...ceewahhhh...bukan ape...kesibukan yang melanda untuk menyiapkan "FINAL YEAR PROJECT"...semoga aku bergraduat dengan cemerlang...Insya-Allah...ape tujuan aku ni???????mmmmmmm~~

sebenarnya xda ape yang diceritakan...bukan nak paparkan kisah suka duka aku sepanjang minggu ini...huhuhu~~tapi ade cite lucu bagi aku...ahaks~~(nak juga cite even tough low-esteem for blogging)...

cik F:rajinnya akak masak....

saya: senyum kambing ^__^

cik F: akk asal mana????

saya: terengganu...

cik F: ingatkan asal org cni...

saya: kenapa????

cik F: muka akk cam bukan org terengganu...

saya: aiikkkk...kalu org terengganu muka camna ek (sambil cakap dalam hati)

**memang orang akan tahu dari air muka ke kalu kita ni asal dr mana??????pelik dan kelakar...
ngeh3...

cuba teliti betul2 muka saya....walaupun rupa ku tak secantik bidadari~~(saja je bold)


Sunday, July 18, 2010

~~25~~

hai kawan2 bloggers sekalian...tak kisah lah silent reader ke sape kan..kan....di kala petang hujung minggu aku dihabiskan di sini aje...tak de plan nak ke mana-mana pun...nak g floria, kesian kat mr T drive jauh-jauh dari rawang....(kesian dalam terpaksa)~~last2 tak menjadi langsung...

Baiklah kita berbalik pada tajuk 25...apa kaintan 25 tu????????fikir-fikir kan kawan2....adakah angka mengenai tarikh, umur, nombor rumah...jeng2...sebenarnya benda ni semua dah basi buat pengetahuan kamu semua...tapi saja nak mengempkkan kawan2...ngeh3...

Sebenarnya, 28 Jun baru2 ni genap lah 25 tahun usia ku....Alhamdullilah, aku bersyukur ke atas apa yang dilimpahkan kepada aku setakat ini...aku berada di sekeliling insan2 yang baik2 semua (Alhamdulillah)...termasuk my lovely family...sayansemua...love u all =)

Apa ni nak merepek2 ni cik suhaila ooiiii...sebenarnya aku merancang nak buat makan-makan aje (tak terniat pun nak sambut hari ulang tahun ku)...terima kasih semua....nak dijadikan cerita,hanya untuk makan2, tapi berakhir dengan pemberian hadiah...marvelles...suka sangat2...kami telah mencari tempat yang paling baik&bagus buat aku&kawan2 ku....kat taman tasik cyberjaya...berdekatan dengan Lim Kok Wing Universiti...tempatnya amat menarik dan cantik sangat2...kredit to Cik S...terima kasi kawan2 ku...termasuklah mr T&fatih...



~~ni lah hasil dari google...gambar tak berapa nak clear~~
(tak rugi anda ke sini...memang sesuai untuk santai2 bersama kawan2&keluarga)


~~makanan yang disantap oleh kami bertujuh~~


~~ini lah kami...bertema pink&white....cantik sangat2...~~
(kredit to bb a.k.a adik shaz)


~~sweet couple~~


~~ni lah antara hadiah daripada mereka~~
(nak tau tungguuu)
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*

~~ni lah hasilnya...wedges...suka sangat2...~~

daripada Mr T


*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*



*
*
*

~~TQ bucuk....~~(suka sangat2)

gambar sedikit terganggu kejelasannya....minta maaf sangat2

nota kaki: befday CIk S akan menjelang tiba...kena fikir dari sekarang...~~

Thursday, July 15, 2010

....ape ntah.....

salam...dah lama sangat2 aku x mengupdate blog aku ni...tetiba pagi yang hening ni aku terpanggil untuk menukis blog ku yang dah lama ku tinggalkan...nak tiup sikit kasi hilang itu habuk....fffuuuuhhhhhh~~~~

alahai......
minggu ni dah bermula semester baru bagi aku....bermulalah kisah aku sebagai seoarang mahasiswa....jadi minggu ni aku terpaksa memikirkan subjek apa yang perlu aku ambil....coz aku dah mula pening dan serabut....apa yang perlu diambil????????????ambil subjek tu tak kira dalam kredit aku untuk bergraduat....moga2 Allah mendengar rintihan hamba mu ini...amin...jadi, aku telah mengambil sebulat suara untuk membuat keputusan agar aku dapat bergrad dengan jayanya tahun depan...selepas dihitung dan ditolak ada lagi, Insya-Allah 9 bulan lagi aku bergelar mahasiswa.....

sekarang aku masih lagi ditahap ketensionan yang tinggi...ILA JANGAN DEPRESS...U CAN DO IT(kata2 semangat tuk diriku)....sekarang aku perlu fokus kembali....huhuhu~~menceriakan hidup aku dengan orang tersayang...Insya-Allah...


nota kaki:perjalanan kita masih jauhhhhhhhhh.....kadang-kadang hidup ini ibarat BOLA...ditendang sana sini...jadi kita perlu teguh dan jangan ikut ke arah yang salah....

Friday, June 11, 2010

"......................"

salam jumaat~~

Hampir 2 bulan aku tidak mengemaskini kan blog ini....hanya menjadi "SILENT READER" aje...lalalala~~mood aku untuk menulis jatuh merundum....entah lah kenapa...tetapi sekarang mood untuk aku menulis kian naik...bagus suhaila....good girl...huhuhu~~

Ape-ape yang menarik akan aku kongsikan sama ek....hanya menghitung ,asa untuk lunch aje...badan pun penat....iras-iras cam nak demam aje....

Sunday, April 18, 2010

...!!!!!!!!!!!!!!!..........

salam kawan-kawan...dah lama agak nya aku senyap tanpa apa yang perlu diupadatekan kan...kan...kan...sebenarnya agak sibuk kebelakangan ni...final exam around da corner...paper pertama pada 22hb, kemudian 26hb dan paper terakhir pada 28hb...yang agak menakutkan pada 26&28hb ada paper terus...tu yang paling dahsyat...harap-harap dapat score dan ALLAH memudahkan perjalanan hamba Mu ini...amin....

29hb aku nak balik, tapi bukan balik ke kampung(terengganu)...aku kena buat persediaan praktikal di PEJABAT KESIHATAN DAERAH GOMBAK...lalalala~~...aku kena memungah barang-barang dari kolej ke rumah kakak aku di setapak....ini yang membuat kan kemalasan buat diri ku...tapi kena buat gak...kalu tak, sapa nak tolong kamu ila....bukan suka sangat pun...sekadar memnuhi kredit untuk bergraduat...ooohhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! apa-apa pun, wish me best of luck to seat my paper....

Sunday, April 4, 2010

::kaki wayang::

salam bloggers...dah lama aku tak mengupdate kat blog aku ni...dah bersawang rasanya...orang pun naik jemu kan...kan...kan...minggu ni tak delah sangat hot story dari aku...hanya mereleasekan kepala yang serabut dengan MY LAPPY...oooohhhh...aku kena cari solution, bukan make problem...kena berdikari..bak kata-kata MR T....

hari jumaat baru-baru ni, aku ke ALAMANDA (dah tak de tempat lain ke????????)...hanya hang out bersama-sama CIK S, CIK F, CIK SRH...tujuan nya adalah untuk berkarok...hanya untuk melepaskan tension dan seterusnya membawa CIK S (yang baru pertama kali)...kami layan dengan 13 lagu...mantap...huhuhu~~sekali sekala berkarok ni dapat melepaskan segala tekanan dan keserabutan di kepala...nak lak dengan final exam yang makin hampir....lepas bersuka ria di ALAMANADA...kami menuju ke destinasi berikutnya...ke TASIK CYBERJAYA...tempat yang bagus bagi aku...tempatnya tenang dan mendamaikan...

semalam aku dan MR T menghabiskan masa bersama-sama dengan menonton cerita terbaru...CLASH OF TITAN...cerita ini agak menarik dengan penuh action dan adventure...kami ni kaki wayang, pantang ada cerita terbaru mesti akan pergi tonton..yang penting menarik dan jalan cerita yang tidak membosankan...



padahal entry aku tak delah kena mengena sangat dengan tajuk tu kan...kan..kan...yang penting layan...malam ni ABPH, agak-agak sape akan merangkul kejuaraan...sama-samalah menonton ABPH di tv3 dan HOT FM...


p/s:Terima kasih bucuk =)

Monday, March 29, 2010

::HUJUNG MINGGU LEPAS::

salam bloggers...dah lama aku tidak mengupdate kan dekat blog aku ni...al maklumlah agak sibuk kebelakangan ini...dah bersawang blog aku ni...pelbagai agenda telah dibuat walaupun ada yang tidak dirancang...ceehhwaahhh...huhuhu~~yang penting cuti hujung minggu aku terisi dengan perkara-perkara yang menarik...

aku mulakan agenda aku pada hari KHAMIS&JUMAAT...kenapa mesti hari tersebut??????sebenarnya aku telah menghadirkan diri ke CONFERENCE "NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA" yang ke 25...majlis ini dirasmikan oleh menteri kesihatan malaysia, siapa lagi kalu bukan DATO' SRI LIOW TIONG LAI...yang menariknya tentang menteri kesihatan kali ini merupakan salah seorang penuntun bidang pemakanan (NUTRITION)...wahhh...hebat...bukan senang nak mendengar seorang menteri kesihtan berlatar belakangkan bidang sains kesihatan...yang paling menariknya, pukul 5.30pg aku dan rakan-rakan dah bertolak ke HOTEL CROWN PLAZA tempat conference diadakan...walaupun tentatif program bermula jam 7.30 pagi untuk sesi pendafaftaran pada hari pertama...rentetan itu, pada hari kedua juga, kami bertolak ke sana pada jam yang sama...walaupun hari kedua bermula agak lewat sedikit berbanding hari pertama...iaitu jam 9pagi...penat+mengantuk...fuuhhh semangat...KUALA LUMPUR terkenal dengan lembah "JAMMED"...saya sangat benci keadaan ini...yang penting kami berposing sakan...itu yang menarik dan fantastik...









yang penting, kami mendapat banyak input yang berguna untuk masa depan kami...Insya-Allah mudah-mudahan...

kemudian, ari ahad geng-geng gedixxxx walaupun kegediksan yang tak terserlah telah melepaskan tekanan di sungai congkak...best sangat-sangat walaupun kami berlima...terima kasih kepada MR T...beliau yang mengajak kami untuk berBBQ dan bermandi-manda...kami membuat keputusan untuk ke SUNGAI CONGKAK...perjalanan tidak memerlukan masa yang panjang...walaupun pada mulanya kami sesat...itulah dinamakan ADVENTURE...betul ke?????????huhuhu~~yang penting kami selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan jayanya...







selepas berjimba ke sg congkak, MR T mengajak kami menonton wayang...cite ni pun best gak...HOW TO TRAIN YOUR DRAGON...banyak sangat MORAL STORY dalam cite ni...walaupun kami penat, tetapi kami enjoy dengan cite ni...penuh dengan mesej-mesej...yang penting tak rugi menegluarkan duit untuk tengok HOW TO TRAIN YOUR DRAGON...sebelum pulang, kami memenuhi perut kami di YANKIES HUT...tapi hampa, makanan yang dihidangkan kurang memenuhi citarasa kami =(

p/s: lepas ni ape rancangan ek?????????sedang menunggu tindak balas dari MR T, CIK S, CIK F, CIK SRH...