Thursday, June 28, 2012

~~Happy birthday to me~~

                                                              As salam Lovelies ^^


Hari ni sudah genap 27tahun saya dilahirkan di dunia ini sebagai khalifah di muka bumi ini..Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerna bagi saya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dan beribadat kepadaNYA..Mudah-mudahan (",)


~~Inilah sebahagian colleagues saya di office~~Terima kasih semua untuk kejutan ni ^^

P/S: Semoga saya mendapat rahmat dan sentiasa sihat untuk meneruskan liku2 kehidupan sebagai umatNYA..Aameen =)

Friday, June 15, 2012

~~My Dais~~

As salam Lovelies ^^

Salam Jumaat yang penuh barakah semua..Sihat semua?? Bagaimana persiapan B2B semua..Saya nak review tentang pelamin saya..Tak gempak pon, tapi just nice di mata saya dan keluarga serta incik suami sudah semestinya ^_^ Vendor pelamin ni baru jugak dalam industri ini..Tetapi, hasil dia sangat uuurrmmphhhh power..Sangat sennag untuk deal dan harga masih dalam budget saya lagi..

Vendor ini dipunyai oleh Ros atau saya selalu panggil dia Ejeck(Klik sini)..Dia sangat sennag untuk terima pendapat pelanggan dan juga gabungan idea bersama..Saya banyak berurusan melalui FB, mail dan SMS je..Ini kerna jarak yang jauh menjadi kekangan..Sempat bertemu vendor ni 2 kali je, itu pon semasa mahu deal pelamin mana yang saya suka dan bincang tema saya..Dan kali kedua adalah semasa seminggu sebelum majlis..Tengok hasil dan juga buat penambahan dan penolakan yang perlu *wahhh ayat* Saya hire ejeck untuk membuat pelamin, scallop sikit kat bilik tidur dan juga meja makan beradap..

Inilah hasil beliau denga tema Turqouise gelap+Putih..Maaf gambar bilik tidur dan meja beradap tak sempat nak snap *OP belum bagi, alasan*..Sangat2 ringkas (",)

~~keseluruhan pelamin tanpa pencahayaan lampu~~ *Pengantin terkedek2 buka suis, lupa nak gtau kat sesiapa*

~~Dengan pencahayaan lampu~~ *Abaikan perantin super gedix di situ*

P/S: Sesiapa B2B dari Terengganu bolelah contact Ejeck untuk quote harga..Harga memang mampu milik ^^

Thursday, June 14, 2012

~~MUA~~

                                                                     As salam Lovelies ^^

Tetiba terlebih rajin dan malas nak membaca report *jangan tiru habit saya*.. Alang2 review, jomlah kita mereviewkan MUA yang telah saya tempah pada bulan Disember 2011 yang lalu..Kakak ni sangat sibuk dan menepati citarasa pelanggannya..Hasilnya pon cantik..Nama beliau Kak Na..Sesiapa B2B dari Kuala Terengganu mesti kenal dengan Kak na ni, dia sangan femes da amor lah..Sebab itulah kena tempah seawal yang boleh..

Inilah hasil yang saya dapat dengan harga yang sangat berpatutan tau..Saya sangat2 suka dengan hasil beliau..Make up nikah dan sanding adalah bergabung kerna lepas akad nikah, terus tukar baju (",)



P/S: B2B dari Terengganu, cepat book kak na tau..*promosi tanpa bayaran*

~~Veil saya~~

As salam Lovelies ^^


Hai semua..Terutamanya yang membaca blog saya yang dah makin suram ni *bukan rajin tulis* B2B dan juga Ex-B2B..Bagaimana kehidupan anda semua sekarang *jawab dalam hati ye*..Tujuan menulis ni, hanya untuk membuat kenangan buat saya dan Mr T serta bakal anak2 kami di masa depan..Bukan tujuan untuk menunjuk atau bermegah..Kalau dah niat, memang DOSA tau..No..No..No..tak baik tau ~,~ Allah marah..

Hari ni, saya nak review my veil..Idea yang ringkas dan juga gabungan dari pembuat veil, iaitu Elyn.. Saya amat suka dengan hasilnya..Walaupun simple, tapi CANTIK tau (",) Elyn, ramai puji tau veil warna turqouise tu..*Clap..clap* to Elyn..

Cara pemakaian veil dan tudung pon, biasa2 aje..Idea sendiri juga..Awning pon yang RM10 je kat jalan TAR dan  TESCO Rawang..Banyak kali juga salah beli tone warna awning terutamanya warna turqouise tu..Ini kerna, nak dapat tone yang senada dengan warna kain tu..Walaupun agak lari sedikit, tapi setelah dilitupi dengan veil maka hasilnya amat GOJES *puji diri sendiri lagi* 

Inilah, hasil pemakaian tudung dan veil masa akad nikah dan sanding:

~~Pandangan depan~~ *Veil nikah*

~~Pandangan belakang~~

~~Veil sanding pandangan sisi~~ *maaf pandnagan belakang takde lagi buat masa ni*

 
P/S: Kualiti gambar kurang memuaskan. bukan dengan DSLR tapi ngn Hp je..

Wednesday, June 13, 2012

~~WW~~



As salam Lovelies ^^

Hari ini, biar gambar2 yang menceriterakan kejadian 2 Jun 2012 ni (",)..Walaupun hanya 3 keping..hehehehe =)



             ~~Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz..2 Jun 2012 bersamaan 12 Rejab 1433 H~~