Showing posts with label suka-suki. Show all posts
Showing posts with label suka-suki. Show all posts

Friday, November 11, 2011

~~TESTING..TESTING~~

As salam semua

Tetiba hari ni, keje dah makin berkurang..hujung minggu bakal menjelma..tapi jangan harap nak berehat esok...memang kena keje hari SABTU..*sigh*..saya memang tak suka kerja hari SABTU (kena tekankan dan boldkan)..wakakaka..tapi redha ajelah..dah memang pilih position ni kat tempat sekarang..senyum tanpa berkata apa2 =)

Sekarang ni, tengah sibuk mengsurvey apa yang patut...saya tak suka buat kerja last minute..takut sesak nafas dan tak terkejar di kemudian hari..tapi saya bukan seorang yang terlalu PERFECTIONIST (tapi saya nak semua get ready aje)...senang sikit..takyah duk kalut suatu hari nanti..*perlukan perhatian lebih*..Tak faham buat2 fahamlah ye ~,~..sah orang takkan faham Cik Suhaila wooiiiiiii...

P/S: Tarikh hari ni pun nampak cantik aje..11.11.11 pada jam 11.11am/pm buat sesuatu majlis mesti bestkan..dapat dijadikan ingatan sampai bila2..hehehe =)

Monday, January 10, 2011

~~NOMBOR~~

salam semua...best kan petang2 camni layan cuaca yang gerimis mengundang gitu...auwwwwww~~telah hancur impian saya mau jogging...dush3 kat diri saya...

apakah motif entry ini...sudah semestinya ia adalah NOMBOR...huhuhu...begini, baru2 ni saya ada post kat FB saya mengenai ini(sila lihat di sini)...saja jah main2..walaupon tak ramai tapi best gak kan..sekali sekala main2 camni..tapi ikhlas...betul tak?????

saya mula kan dengan nombor:

13
beliau merupakan junior saya...dia berasal dari Sarawak sana nun...jauh kan, semata2 ingin menuntut ilmu...tapi, kami tak delah rapat sangat...kerna dia....ntah...huhuhu~~beliau sangat kreatif tau dengan mengedit gambar2 dan juga poster2 yang akan ditampal di sekitar kolej kediaman kami..memang superb lah keje dia...seorang yang mudah senyum...^o^

0406
beliau merupakan coursemate saya...berasal dari kajang, selangor...pernah memenangi ANUGERAH MISS AYU pada tahun lepas..auww gitu...beliau memang ayu di mata saya..selalu memakai BAJU KURUNG yang pelbagai corak dan warna...malah, beliau sangat gila dan teruja dengan KASUT...semua jenis KASUT dia akan beli dan akan pakai..percaya lah...beliau juga merupakan antara top student di dalam kelas saya..mantap gitu..otak nya sangat superb...bole hafal semua yang ada di dalam nota..GIFTED betul dia ni kan..Alhamdulillah...saya sangat senang bekerja dengan beliau dan pernah berada di dalam satu kumpulan semasa di semester lepas...kami mengSHARE masalah dan perasaan sama2..best kan??????

1211
wow!!!!!beliau seorang bermata galak dan cumel..ramai yang memuji kecantikan beliau tau..like it~~beliau berasal dari PUTRAJAYA..rumah sekangkang kera dengan kolej kediaman...huhuhu..jangan marah ek...saya suka tika beliau tidak memakai speck, di mana nampak matanya yang galak gitu..adik beradik beliau pon sama..beliau merupakan anak kedua daripada 4 orang beradik...saya agak rapat dengan beliau dan pernah beriadah bersama2...beliau suka swimming tau..mantap gitu...dalam kecomelan beliau, ramai yang ingin mendekati beliau, tetapi beliau hanya menganggap mereka kawan sahaja...ye ke??????huhuhu...saya juga pernah bekerjasama beliau pada tahun 3 dengan membuat PROMOSI KESIHATAN di sekolah...beliau juga seorang yang tekun dan berdedikasi..kadang2 sangat kelakar dengan gelgat beliau...tapi yang penting, beliau snagat COMEL...

2121
beliau seorang kakak yang baik dnegan adik2 nya...saya sangat suka denganketabahan dan kesabaran yang berlaku ke atas diri beliau..
.saya tidak bole jadi seperti beliau..sangat RESPECT beliau...muka beliau agak garang, tapi seorang yang baik hati dan suka gelak...huhuhu..malah, beliau merupakan dealer TOP UP di kolej...saya tidak pernah bekerjasama dengan beliau...malah, beliau juga merupakan seorang anak, adik dan kakak yang bertanggungjawab...dengan sikap berdikari beliau lah, beliau dapat meneruskan kehidupan yang akan mendatang...

ini merupakan pandangan saya dengan mereka selama mengenali mereka...saya sangat suka dan sayang kamu smeua...^o^

p/s: cabutan undi akan dijalankan..tungguuuu~~


Friday, January 7, 2011

~~HANYUT~~

salam semua...

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

tetiba lak pagi ni nak hanyut...ke mana ek...sudah semestinya ke Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung pada hari ahadni...tak sabar mahu tengok persembahan my favourite singer...siapa lagi kalu bukan...


~~sumber:mr google~~

mesti ramai yang sependapat dengan saya kan..kan...sila angkat kaki sekarang kalu anda setuju...over di situ~~...huhuhuhu ^o^



p/s: jangan lupa ek saksikan AJL...promote free ni...ceewaahhhhhh~~(cam lah dibayar)

Tuesday, December 7, 2010

...tetiba aje...


salam semua...bersiaran kembali pada pena kedua saya pagi ni...salam MAAL HIJRAH untuk semua...apakah penghijrahan kita pada 1432 Masihi...tepuk dada tanya iman masing-masing...semoga akan mendapat barakah dariNYA..Insya-Allah...

pagi ni tetiba teringat kat padis sangat cantik bagi saya..siapa lagi kalau bukan LISA SURIHANI...sangat addicted with her face ok..lakonannya amat mantap sekarang ni...wow!!!!!itu aje perkataan yang boleh digambarkan...lakonan beliau sangat best...saya suka...


sumber: di sini



p/s: saya suka tengok perempuan yang berwajah cantikkkkkkk!!!!!!!


Sunday, November 28, 2010

...berlibur di SUngai Congkak..

salam bloggers...

kabare semua...dah lama saya tak mengupdate blog saya ni..fuhhhhh, tiup bagi hilang serdak2 dan bendasing..nyah kau dari sini..hilang ka habuk tersebut...huhuhu~~

dah lama sangat2 saya tidak bersidang di sini...nak kata sibuk tak jugak, nak kata senang pun tak jugak..jadi, kesudahannya tatau..boleh ka??????demam final exam dah lepas, tapi lum sempat berhempas pulas untuk menghilangkan segala kekusutan bersama-sama geng gediks...amboi2, masing-masing sangat sibuk dengan thesis yang akan berkesudahan, Insya-Allah April nanti...harap-harap dipermudahkan...menyimpang jauh lak...mari kita meluruskan yang menyimpang tu...

hari khamis yang lepas, saya, shaz naz, CIK SRH dan CIK F telah menghumbankan diri ke sungai congkak..memang best lah...walaupun pergi hari biasa(weekday)..layan jugak tau..dapat menconquer tempat-tempat yang best...huhuhu~~ahli-ahli yang datang adik shaz naz, future MIL shaz naz dan bakal adik ipar shaz naz..memang seronok...

mari layan gambar-gambar yang sempat dirakam...layan aje lah ek...malas nak tulis lagi...



~~3 generasi~~



~~bagus bawa BB~~



~~gedik's clans~~



~~ayam yang telah siap dibakar~~



~~2 gadis sedang kesejukan~~




~~setenang air di sungai congkak~~



~~3 gadis sedang bermain-main di pinggir air~~



~~makanan ditaja oleh FUTURE MIL shaz naz~~



~~bakar di atas dapur gas...~~



~~makanan ditaja oleh FUTURE MIL shaz naz~~
-credit to mak cik-

p/s: Next trip...best sangat2...lepas ni nak bawak mak si dia lak...

Monday, March 29, 2010

::HUJUNG MINGGU LEPAS::

salam bloggers...dah lama aku tidak mengupdate kan dekat blog aku ni...al maklumlah agak sibuk kebelakangan ini...dah bersawang blog aku ni...pelbagai agenda telah dibuat walaupun ada yang tidak dirancang...ceehhwaahhh...huhuhu~~yang penting cuti hujung minggu aku terisi dengan perkara-perkara yang menarik...

aku mulakan agenda aku pada hari KHAMIS&JUMAAT...kenapa mesti hari tersebut??????sebenarnya aku telah menghadirkan diri ke CONFERENCE "NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA" yang ke 25...majlis ini dirasmikan oleh menteri kesihatan malaysia, siapa lagi kalu bukan DATO' SRI LIOW TIONG LAI...yang menariknya tentang menteri kesihatan kali ini merupakan salah seorang penuntun bidang pemakanan (NUTRITION)...wahhh...hebat...bukan senang nak mendengar seorang menteri kesihtan berlatar belakangkan bidang sains kesihatan...yang paling menariknya, pukul 5.30pg aku dan rakan-rakan dah bertolak ke HOTEL CROWN PLAZA tempat conference diadakan...walaupun tentatif program bermula jam 7.30 pagi untuk sesi pendafaftaran pada hari pertama...rentetan itu, pada hari kedua juga, kami bertolak ke sana pada jam yang sama...walaupun hari kedua bermula agak lewat sedikit berbanding hari pertama...iaitu jam 9pagi...penat+mengantuk...fuuhhh semangat...KUALA LUMPUR terkenal dengan lembah "JAMMED"...saya sangat benci keadaan ini...yang penting kami berposing sakan...itu yang menarik dan fantastik...









yang penting, kami mendapat banyak input yang berguna untuk masa depan kami...Insya-Allah mudah-mudahan...

kemudian, ari ahad geng-geng gedixxxx walaupun kegediksan yang tak terserlah telah melepaskan tekanan di sungai congkak...best sangat-sangat walaupun kami berlima...terima kasih kepada MR T...beliau yang mengajak kami untuk berBBQ dan bermandi-manda...kami membuat keputusan untuk ke SUNGAI CONGKAK...perjalanan tidak memerlukan masa yang panjang...walaupun pada mulanya kami sesat...itulah dinamakan ADVENTURE...betul ke?????????huhuhu~~yang penting kami selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan jayanya...







selepas berjimba ke sg congkak, MR T mengajak kami menonton wayang...cite ni pun best gak...HOW TO TRAIN YOUR DRAGON...banyak sangat MORAL STORY dalam cite ni...walaupun kami penat, tetapi kami enjoy dengan cite ni...penuh dengan mesej-mesej...yang penting tak rugi menegluarkan duit untuk tengok HOW TO TRAIN YOUR DRAGON...sebelum pulang, kami memenuhi perut kami di YANKIES HUT...tapi hampa, makanan yang dihidangkan kurang memenuhi citarasa kami =(

p/s: lepas ni ape rancangan ek?????????sedang menunggu tindak balas dari MR T, CIK S, CIK F, CIK SRH...