Sunday, November 28, 2010

~~M.A.H.A~~

apa kah itu MAHA...????

Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show ...
Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
(kem pertanian asas tani@MOA)

tadi, saya dan MR T berkesempatan ke sana...mak MR T pun ikut sekali..best dan meriah snagat-sangat..tapi kami tak sempat menghabiskan semua tempat dek kekangan cuaca...memang lah redup, tapi berpeluh juga...fuhhhhhh..memang dahsyat lah..dah lah makhluk2 nya ramai...tapi masih boleh bergerak...

tapi malangnya, kami tak sempat bergambar satu pun..masin-masing tak membawa kamera..rugi gak...kalu korang mahu merasai nya, datang lah ke MAEPS ek...hanya 2 tahun sekali aje MAHA diadakan..kalu ada kesempatan mahu pergi lagi...

p/s: itu aje nak bagitau...

No comments:

Post a Comment