Sunday, December 5, 2010

...MUHARRAM...

salam semua...dah lama sangat-sangat saya tak mengupdate kan apa2 di blog ini...kasi tiup sikit...hilang sikit saki baki habuk yang dah lama tak bersiaran...hanya blogwalking aje...itu aje yang termampu (sedap kan hati)...

sekarang sudah masuk bulan yang terakhir pada tahun 2010...iaitu DISEMBER...hanya berbaki 26hari untuk mengharungi rintangan bagai...harap-harap apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan..Insya-Allah, dengan izinNYA...

Insya-Allah, esok merupakan 30 Zulhijjah(dalam bulan Islam), dan ia merupakan hari dan detik-detik terakhir bagi kita pada tahun 1431 Hijrah...moga-moga kita semua mendapat hidayah dan inayah dariNya...Insya-Allah, usai maghrib esok hari, maka kita telah bertukar di tahun Islam yang baharu, iaitu 1432..kita semua umat Islam akan berpindah di bulan islam yang baharu...1 Muharram..adakah kita sedar ini semua??????tepuk dada tanya Iman masing-masing...sesetengah daripadanya(termasuk saya sendiri) selalu alpa dan lupa ini semua...

Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit maklumat tentang bulan pertama dalam islam, Muharram...

MUHARAM:
bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

di antara perkara yang dituntut oleh semua Islam:

1)doa akhir tahun
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

2) doa awal tahun
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

3) Amalan sunat yang dilakukan:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak (3X)
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib (3X)
sumber: di sini


p/s: Bersama-sama mencari keredhaan dariNya..Amin..kita hanya manusia yang kerdil di sisiNya...

No comments:

Post a Comment