Showing posts with label persiapan diri. Show all posts
Showing posts with label persiapan diri. Show all posts

Friday, May 4, 2012

~~Menghitung hari~~

As salam Lovelies ^^

28 Hari menuju ke Langkah Itu...

Ada orang tanya, apakah perasaan saya untuk ke langkah itu..honestly, saya cakap belum rasa apa2 kerana masih lambat walaupun hari sudah ke angka 20-an..Persiapan yang besar2 Alhamdulillah dah setel, tinggal yang kecik2 je..Harap2 itu begitulah..saya ni kadang2 careless ^^ Itu yang tak suka..Aigoo :_(

Mungkin dah masuk minggu2 last, saya dah start nervous nak buat itu ini..Oooyeah, bos bagi cuti bermula 26 mei..harap2 Jumaat malam dapat baliklah..tengok kepada driver lah..larat ke tak..kih3 =)
Balik ni, nak mencuci bilik, dekorasi bilik bagai..walaupun upah vendor untuk hias bilik..walhal, bilik kecik je..Nampak sangat saya ni M*L** kan..wahai diri, kuatkalah hati dan harap2 sihat sampai ke akhir majlis..Insya-Allah..begitu juga dengan semua ahli keluarga saya dan Mr T..Aameen =)

Saja je nak letak dalam diari ni teaser2 baju2..hahahaha (Baju tak vogue dan kelass pon)..hanya design biasa2 je *_* Tapi saya suka ^^

~~Insya-Allah, inilah baju yang akan dipakai oleh Mr T~~warna hitam putih..boleh g2 ;p
(Link)

~~Ini pulak baju kurung moden saya~~hitam putih lagi ;p
(Link)

 ~~Peace yo~~Jubah kot..:.Insya-Allah, masih hitam putih ;p

~~Uncang organza beli, manik2 tampal sendiri~~..best buat2 benda nih..dari kanak2 sampai orang dewasa tolong..:.Bibik yang banyak tolong:.

 Kebanyakan barang2 yang dibeli dan dibuat masih dalam range yang berpaptutan kot, walaupon terover budget dalam membeli kain baju kami..sob3 =( *Padan muka* Sendiri merana..mungkin baju2 saya dan Mr T akan dijual kepada vendor2 yang berminat..jika adalah kan..

 Ini pun dikira benda2 besar jugakkan..wooven bag, paper bag bagai dah dibeli..kat semua House kat GF (lupa nama kedai..ada je B2B yang pergi kedai nih)..Harga sangat reasonable dan murah2..masih dalam budget..masih mencari doorgift di bawah harga 70sen/unit..something like keychain.*ada sape2 tahu tak??*



P/S: Saya bukan nak menunjuk..hanya untuk diari dan kenangan saya saja..jangan salah faham ye ^^ *walaupun tak ramai yang baca blog saya*

Wednesday, April 25, 2012

~~Hasil usaha saya~~

As salam Lovelies ^^

Apa khabar rakan blogger sekalian alam???Harap-harap sihat sentiasa..Insya-Allah..lama sangat2 tak jengah blog nih..sampai blogspot bertukar wajah; baru saya sedar..naif ^^..padan muka..perasaan malas nak berblog membuatkan saya malas untuk menulis..memang banyak benda nak disimpan di sini sebagai memori..

Ooohhhh tak ku sangka, lagi 38hari untuk ke langkah itu..Mission dah makin bagus, Alhamdulillah (",)

Di antara barang2 yang masih belum kelihatan sudah semestinya doorgift untuk tetamu..dah survey, Insya-Allah ada masa nak ke Nilai..budget pon tak banyak, yang simple tapi orang boleh buat kenangan instead of makanan..yang bahagian makanan cam appollo cake, gula2, lollipop daan jelly di merata2 ada..hanya perlu survey untuk dapat harga yang murah..saya kan bakal pengantin (insya-Allah) budget..duit masih diperlukan dengan lebih banyak selepas kahwin (sape setuju angkat ibu jari)..

Sekarang tengah mengDIY uncang dengan manik2..nanti tengoklah hasilnya..hehehehe :-) Baru je mula minggu ni..progression masih tidak memberangsangkan lagi..dengan bantuan SIL Mr T dan kanak2 riang..Terima kasih banyak2 Kak Ina (jasa yang sangat besar)..

Barang2 hantaran untuk Mr T 70% dah ada instead of buah-buahan, chocolate, cake dan juga Al-Quran (belum diambil lagi dengan supplier)..Bahagian saya pula Alhamdulillah dalam 70% dah setel instead of kain telekung dan barangan kemas untuk batal air sembahyang..target dah ada nak beli apa..coz masa cuti baru ni nak submit borang permohonan kahwin, dah survey kedai emas di sekitar pasar payang..harga masih dalam range dan outcome yang Alhamdulillah..tapi tatau lah kalau beli on May nanti camne..harap2 harga masih mampu milik =_= (Insya-Allah)..Dalam masa terdekat nak pergi jumpa Asyiq's Bridal untuk redeem hadiah contest ari tu..

Borang permohonan still in progress dan tunggu turn untuk disahkan, juru nikah dah dapat dan Insya-Allah dah ada masa untuk "Aku terima nikahnya..."..*gediks di situ*Semoga dipermudahkan urusan..Aameen =)

Veil juga dalam progression dan semua material dah dihantar ke Elyn , katanya On May 13 akan siap, Insya-Allah..Mengharapkan outcome yang menarik dan simple..Elyn pula telah menutup tempahan..Manakala kad kahwin telah di design kan oleh FBIL saya..hasilnya sangat cantik tapi ringkas..printing kad hanya menggunakan kraft paper dan menunggu hasilnya dari X-B2B juga; Anis, sangat suka deal dengan dia (",) sesipa ingin mencari vendor printing kad bolelah dapatkan quotation dari dia..

Saya tak mengharapakan majlis yang besar dan gempak2 pon..hanya sekadar walimah yang ringkas, sederhan tapi mendapat barakah dan keberkatan dariNYA..Oleh itu, saya berharap kawan2 semua dapat datang (yang baca blog ni, kalau ada)..Hehehehe =)


P/S: Pada B2B on MAY and June, selamat membuat persiapan ye dear (",)..walaupun kadang2 stress, gaduh2..biasalah tu..
  * Buat SPA sendiri je..guna lulur binari..sangat wangi ok ~,~

XoXo

Thursday, March 29, 2012

~~Khamis banyak kata~~


As salam Lovelies ^^

Waduh2 lama bangat saya tidak mengupdate blog nih..nak kata sibuk, takdelah sibuk mana pon..Habis bersarang labah2 blog say nih..minggu ni minggu audit ISO..harap2 semuanya berjalan lancar dan cepat berlalu sabtu..(mode: tak sabar)..Hari ni, dapat MC sebab sakit tekak+kepala pening+sakit otot..tapi still kerja cam biasa nak handle audit =(




Apakah yang perlu dilakukan jika tinggal ini hari aje???Ya Allah, permudahlah urusan saya dan Mr T..bulan 4 baru bermulanya misi saya untuk mendesign dan menempah kad, hunting barang hantaran, fikirkan deco bilik tidur (DIY aje)--simple aje, nak cari bunga dan gabus untuk hiasan, cari lace untuk veil (akad nikah dan sanding), mencari doorgift bagai..huwaaaaaaaa..misi April perlu diteruskan..Mahu balik kampung submit borang permohonan kahwin dengan juru nikah..last minute semuanya..hasilnya pon akan last minute jua (",)

Harap2 sebelum balik bulan Mei nanti, semuanya dah dibereskan walaupun bukan 100%..saya mahu majlis yang simple tapi bermakna buat kami berdua..Insya-Allah..yang penting keredhaan dan rahmat dariNYA..Aameen ;p



P/S: Jangan tiru gaya saya..nanti sesak nafas..sekali harung nak habiskan duit..huwaaaaaaaaa :-(
: Saya rasa saya tak sempat berspa untuk majlis nanti..spa sendiri lah kat umah..

Friday, February 10, 2012

~~Sampin~~

As salam Lovelies ^^


Wow!!!!!!Lama sangat2 tak update blog..hanya BW aje yang sempat sejak kebelakangan ni..ini adalah post pertama dalam bulan Februari..kasi warming up dulu dan tiup segala habuk yang sedebuk itu..Hai B2B (yang baca ajelah) bagaimana persiapan kalian semua???saya masih di takuk lama..takde perubahan lagi walaupun majlis akan berlasung dalam 4bulan lagi :-(

Tapi yang sukanya adalah, Insya-Allah baju kami dah hampir siap dan masalah yang berlaku ari tu telah ditangani dengan jayanya..suka :-) walaupun bajunya adalah simple sangat2 dan akan di pick up hari ahad ni..semangat nak kawen..kih3 ^^..taetapi, baju tuk solemnization belum siap lagi..haiyak..masih ada masa lagi lah suhaila (peringatan tuk diri) cuti raya cina baru2 ni dah booking vendor pelamin dan juga dah siap HIV test..suka buat kerja cepat2 (tetapi borang Mr T belum submit lagi)..

Malah, (ayat skema) masa cuti raya cina baru2 ni juga sempat survey sampin tenun dari Terengganu (memang org Ganu pon) dan double happy dapat harga yang berpatutan..sampin yang akan dipakai oleh Mr T semasa majlis akad nanti..Kalau saya tunjuk gambar sampin ni, mesti korang dapat agak kan warna apa untuk akad kami..Heheheh :-)



~~Ni bahagian atas~~


~~Ni bahagian tengah2~~

Haisshhhh, doorgift belum dapat dikenalpasti lagi apa yang perlu diberi kepada para tetamu..masih dalam pemikiran lagi..sekejap itu, sekejap ini..banyak gaklah dapat quotation harga dari vendor doorgift..sigh ~,~

P/s: Masih banyak yang pending..dengan kerja di opis selalu banyak kebelakangan ni..Gambate suhaila *_*

Tuesday, January 17, 2012

~~Luahan rasa~~

As salam Lovelies ^^


Apa khabar semua..dah lama saya menyepi dari dunia blog saya..semakin hari semakin sibuk dengan kerja2 office yang makin memeningkan kepala..nak mancari idea untuk majlis saya nanti pun tak sempat..sangat sadis di situ..suka sangat2 tengok B2B yang telah mengDIY untuk majlis bersejarah anda nanti ;-)

Sekarang ni saya dan Mr T (masih belum ada masa) untuk mengkreatikan diri dan perah otak untuk mencari ilham bagi kad kahwin dan juga guest book..untuk guest book, ingat mahu cari template..edit dan paste aje..*bole ke???*..mungkin jua akan mencuri idea2 B2B atau Ex-B2B *jangan marah* wink*wink* *_*

Banyak lagi benda yang belum dibuat lagi..walaupun majlis kami, Insya-Allah lagi 4bulan++ majlis akan menjelma ;-( sebenarnya saya tak suka buat kerja last minute..tapi tuntutan kerja lebih dari segala2nya buat saya..saya perlu berpinar mata dan memerah otak *sampai sakit kepala&stress* untuk ISO..aaarrggghhhhhhhhhhhhhhh...apakan daya saya untuk menolak semua itu..sata perlu lakukan sebelum majlis saya bakal berlasung..saya taknak majlis saya nanti diselang-selikan dengan deringan telefon bertanyakan pasal kerja pejabat..sob3..

Semoga segala urusan saya dipermudahkan..Insya-Allah, cuti CNY akan pulang ke kampung selama 1 minggu untuk berjumpa dengan vendor pelamin dan sewaktu dengannya..Kilang saya bercuti selama 1 minggu..harap anda tidak jeles di ditu *_* (sangat suka!!!!!!!!)..boleh buat kerja yang tertunggak *mungkin*..

Untuk urusan doorgift, Insya-Allah dah jumpa dengan budget saya..Alhamdulillah..hanya ingin mencari kedai borong untuk gula2 buat si cilik termasuk tetamu..hehehehe :-) sape2 tahu pemborong yang murah2 sila bagitahu saya dengan kadar yang segera..sama ada di Kuala Terengganu, KL dan juga Selangor..

Manakala, bagi baju nikah dan resepsi dalam pembikinan lagi..baju akad belum dijahit..hehehehe..walaupun telah dihantar bulan Disember yang lalu..bagi baju resepsi, ia maih dalam alteration..belum follow up dengan tailor..Veil juga belum dibuat walaupun net untuk veil bagi majlis akad sudah dibeli..patch lace dan beads juga belum dibeli kerna lace untuk nikah dibeli dengan secukup2nya..tak ada balance kata tailor ~,~ *keluar lagi RM*..

P/S: Itulah luahan serba sedikit dari hati saya ni..maaf entri agak panjang untuk dibaca *walaupun blog tak glam*

Wednesday, December 14, 2011

~~Terpegun tanpa kata-kata~~

As salam lovelies ^^




~~sangat2 suka dengan ini kasut~~



~~apatah lagi dengan bunga tangan nih~~

~~credit to mr google~~

P/S: Sungguh terpegun tanpa kata..kalau dapat alangkah bagusnya.. ~.~
*siapa suka dengan warna ini???sila angkat semua tangan&kaki anda*

Monday, December 5, 2011

~~Perkongsian~~

As salam semua

Salam pagi Isnin yang mendung..hehehehe..saya xdelah ikut cuaca, yang penting happy =) walaupun sakit belakang *ngada2 betul. itu pun nak gtau*..saya dapat jangka kan yang ari ni saya takpat BW seperti sediakala kerna consultant mahu datang kat tempat saya..sigh ='(

Semalam seperti biasa, hari AHAD adalah hari paling sibuk buat kami berdua...*budget lah tu*..Hanya pergi fitting baju kat SEMUA HOUSE tuk baju sanding saya..simple aje..Yang terkezutnya, baju Mr T akan siap dulu..walaupun majlis kami Insya-Allah akan diadakan June nanti..bagus dan cekap; tapi kualiti jahitan belum ditentukan lagi camne..tengok sampel2 baju yang ingin dijual dan ditempah oleh customer sangat bagus..tapi xdelah sebagus tailor terkemuka kot..hahahaha..ok lah ikut budget kami, walaupun ter OVER BUDGET..*ampunkan saya bucuk* ..

Kalau korang B2B nak tempah baju kat tempat saya buatkan ni bole aje..tapi hanya gtau aje..ikut citarasa masing-masing kan..kat SEMUA HOUSE..Harga ok lah..so-so..mampu milik..kih3 =)

A to Z fesyen Baru Sdn Bhd
no: 1062 Lot G12 Ground Floor, Semua House..(yang pasti dekat area HABIB aje)

Nanti saya review eh tentang harga dan kualiti jahitan camne, kalau dah dapat baju Mr T..Insya-Allah..Ke dah ada ex-B2B dan B2B dah pernah tempah kat sini..bole cite sikit..Saya rasa itu jelah kot, ceritera saya di pagi ni *ayat skema*


P/S: Tengah fikir perlu ke korset untuk dipakai masa akad dan sanding..hurmmmmmmm *_*

Tuesday, November 22, 2011

~~Butik pilihan~~

As salam

Hai olls..tadi menggoggle butik, jadi ternampaklah satu butik ni..baju2 dia snagat2 lah cantik..super terkejut dibuatnya...boleh jadi speechless tengok baju2 di butik dia..auwwww..kena g jugak nie..selain itu, ada promosi di mana anda boleh lihat sendiri yea kawan2..*promosi tanpa bayaran*..yang penting tadi saya dah tanya tentang promosi tersebut..valid sehingga hujung tahun nie je..tapi..tapi..ada je tapi...sesiapa B2B akan melangsungkan perkahwinannya tahun depan, anda juga boleh dapat harga sedemikian rupa...hehehehehe..hanya booking aje tahun nie...(maksudnya sebelum masuk 2012)..faham tak ayat saya..








Cepat2, sebelum anda terlepas peluang yang menarik dan super gojes nie...~,~

Waktu operasi&alamat butik :

Rins Suzana akan bercuti pada setiap Isnin, Cuti Am dan Ahad Pertama setiap bulan.

Waktu Urusniaga : 10.00 pagi - 6.30 petang

RINS SUZANA KUALA LUMPUR

Dimiliki oleh Rins Suzana Sdn. Bhd.

(Co. No : 951140-H)

8B, Persiaran Permata, Taman Permata

53300 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Tel/Mobile :

603 4147 1980

017 639 1860

017 654 1868

019 396 2160



P/S: Perlu bertindak sekarang

Monday, November 21, 2011

~~misi saya~~

As salam

Mulakan dengan senyuman dan keceriaan di wajah masing2..mesti xde istilah MONDAY BLUES kan..*cam saya*..wink*wink*..masuk je opis terus turun production; check semua bagai..dah siap naiklah opis balik..hehehehe =)

Semalam ke jalan TAR, tapi hampa ='(..yang kelakarnya nak cari baju melayu Mr T; tetapi saya ingat tak perlu bawak kain lace, just bawak kain satin aje..padan muka kena marah free oleh dia..ahaks..takpelah, mungkin bukan rezeki kami semalam...yang suka, dah jumpa tempat yang nak di tuju nanti...beli dan terus ke tailor...senang keje..lumsum terus..masuk kedai ke kedai dengan gumbira, tetapi keluar dengan hampa "((((

Misi saya kena teruskan jua setiap hari minggu..walaupun penat, kena mengalah dengan penat..semangat yang penting..Gambate for our self ^^ yeahhhaaaa..


P/S : Semangat dalam diri awak ye (",)

Saturday, November 19, 2011

~~Pengesahan~~

As salam

Pagi semua...hari SABTU pon saya kerja..*sob..sob..sob*..Petang ni balik awal ckit, takdelah awal mana pon...just keluar 30min awal aje..plan nak g cari kain baju melayu Mr T...harap2 cuaca bagus sampai ke petang..ngeeeeeee ^_________^

Alhamdulillah, jawatan saya dah disahkan..sedar tak sedar sudah 3 bulan saya berkerjaya..tetapi, yang sedihnya gaji takde incremnet lagi buat masa nih..*sedih di situ*..Tapi itu REZEKI dariNYA buat saya..bersyukurlah SUHAILA ~,~



P/S: WORDLESS

Friday, November 18, 2011

~~Berfikir lagi~~

As salam

Hehehehehe..mood rajin datang menyerang..ini bermakna kerja gue di opis sudah berkurangan *gelak evil*..tugas QA memang cam2..bila dah setel semua dokumen, turun production tengok2 operator buat kerja ikut prosedur ke tak..cam g2lah lebih kurang...

Sekarang ni tengah memikirkan warna yang sesuai pada hari bersejarah..sekejap warna itu, sekejap warna ini...masih blurrr lagi..arrgghhhhhhhhh..Mr T macam biasalah; kalau tanya dan bagi pendapat hanya cakap OK..tak suka jawapan itu =(
Yang pasti saya nak warna pastel..hehehehe..nice warna g2..semua benda belum mula..walaupon YES sudah kembali, kena gak turun ke mall dan usha-usha barang yang patut..^^--> Kopaklah nampaknya...hehehehe..


~Credit to Mr google~
*Contoh warna yang akan dipertimbangkan*

P/S: Harap2 akan dapat yang dikehendaki =)

Monday, November 14, 2011

~~Abaikan tajuk~~

As salam semua

Camne life hari ni semua???masih monday blueskah???? *kan dah tengah hari ni*..monday blues hanya di pagi hari aje..hahahaha =)

minggu ni weekend yang tak berapa nak best..tak keluar mana-mana pon..asalnya nak g survey bridal boutique, tapi depan tv aje melepek..nak tengok design apa yang cantik2..tapi tengah fikir apakah fesyen yang sesuai untuk solemnization nanti...*masih berfikir*..Mr T takyah fikier, sah2 baju melayu aje..ngeeeeeee ^________^..Sekarang ni tengah mencari ilham dan idea dalam semua benda..kena buat checklist bagai..kang ada yang tertinggal *sob..sob*..Banyak benda yang difirkan sekarang...arrgghhhhhhhhhhh..semoga dipermudahkan olehNYA...

p/s: Sederhana suda ~.~