Tuesday, September 4, 2012

~~GA : 8th Giveaway~~

As salam Lovelies ^^

Hari ni ada mood untuk berblogging setelah lama berjalan ke blog kawan2..Hehehe (",) tetiba ternampak GA dari salah seorang blogger yang jauh nun di sana..saja2 lah nak mencuba..Sejak bergelar PUAN ni, minat banyak beralih kepada barangan dapur..Sape taknak kalau ada rezeki untuk dapatkan TEFAL.. Sudah semestinya suka (",) Blogger ini juga giat menjalankan perniagaan CORELLE juga.. Oh my memang dah jatuh hati ni *_*  *Mr T sila faham perasaan isteri mu ni*

 ~~Saya suka dengan barangan TEFAL~~

Syarat2 untuk menyertai GA ni senang aje..Hanya ikut syarat je dari Umiyumi..Nak tahu syarat2nya, sila rujuk ke sini ye kawan2..Tarikh tutup 25 September 2012, masih banyak masa lagi tau..Good luck untuk semua ^^

P/S: Jom sama2 memeriahkan GA Umiyumi ni..Good luck in ur biz Umiyumi *_*

Salam Aidilfitri 1433 H

As salam Lovelies ^^


Masih ingatkah anda semua kat saya *baget hot leteww* memang dah lama sangat2 bersawang blog saya ni..Mood malas menulis dan mengarang dah keluar *Lompat bintang sikit, kasi segar*.. Banyak ceritera yang nak ditulis kat sini, tapi apakan daya mood mengatasi lagi banyak dari segala2nya..Hehehehe..

Bagimana pengalaman ceritera raya bagi Ex-B2B di luar sana???Pengalaman yang terindah untuk digambarkan..Tapi yang sedih, sape2 yang beraya dengan keluarga mertua aka suami kan =( *saya salah sorang* Dalam sedih ada gembira, kena gembirakan hati dengan menyanyi lagu LaLaLa..

Oleh itu, SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA KAWAN2 BLOGGERS, B2B, Ex B2B DAN SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI..MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI BUAT ANDA^_^





P/S : Gambar rasmi Syawal 1433H (",)


Monday, July 2, 2012

~~ALHAMDULILLAH, genap sebulan~~

                                                        As salam Lovelies ^^

Apa khabar rakan2 di luar sana terutamanya B2B, X-B2B dan silent reader (Macam ada je)..Hehehehe..


Hari ni, genap 30 hari (SEBULAN) *saja bold* saya bergelar isteri kepada chenta hati saya, En Wan Hidayatul Mutakim Wan mat Zain..Terima kasih kerna terima saya dalam hidup awak  ^__^..Alhamdulillah Ya Allah, semoga perhubungan kita akan berkekalan hingga hujung nyawa..Aameen (",)


P/S: Semoga Allah merahmati kami dan kawan2 bloggers semua..Aameen *_*

Thursday, June 28, 2012

~~Happy birthday to me~~

                                                              As salam Lovelies ^^


Hari ni sudah genap 27tahun saya dilahirkan di dunia ini sebagai khalifah di muka bumi ini..Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerna bagi saya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dan beribadat kepadaNYA..Mudah-mudahan (",)


~~Inilah sebahagian colleagues saya di office~~Terima kasih semua untuk kejutan ni ^^

P/S: Semoga saya mendapat rahmat dan sentiasa sihat untuk meneruskan liku2 kehidupan sebagai umatNYA..Aameen =)

Friday, June 15, 2012

~~My Dais~~

As salam Lovelies ^^

Salam Jumaat yang penuh barakah semua..Sihat semua?? Bagaimana persiapan B2B semua..Saya nak review tentang pelamin saya..Tak gempak pon, tapi just nice di mata saya dan keluarga serta incik suami sudah semestinya ^_^ Vendor pelamin ni baru jugak dalam industri ini..Tetapi, hasil dia sangat uuurrmmphhhh power..Sangat sennag untuk deal dan harga masih dalam budget saya lagi..

Vendor ini dipunyai oleh Ros atau saya selalu panggil dia Ejeck(Klik sini)..Dia sangat sennag untuk terima pendapat pelanggan dan juga gabungan idea bersama..Saya banyak berurusan melalui FB, mail dan SMS je..Ini kerna jarak yang jauh menjadi kekangan..Sempat bertemu vendor ni 2 kali je, itu pon semasa mahu deal pelamin mana yang saya suka dan bincang tema saya..Dan kali kedua adalah semasa seminggu sebelum majlis..Tengok hasil dan juga buat penambahan dan penolakan yang perlu *wahhh ayat* Saya hire ejeck untuk membuat pelamin, scallop sikit kat bilik tidur dan juga meja makan beradap..

Inilah hasil beliau denga tema Turqouise gelap+Putih..Maaf gambar bilik tidur dan meja beradap tak sempat nak snap *OP belum bagi, alasan*..Sangat2 ringkas (",)

~~keseluruhan pelamin tanpa pencahayaan lampu~~ *Pengantin terkedek2 buka suis, lupa nak gtau kat sesiapa*

~~Dengan pencahayaan lampu~~ *Abaikan perantin super gedix di situ*

P/S: Sesiapa B2B dari Terengganu bolelah contact Ejeck untuk quote harga..Harga memang mampu milik ^^

Thursday, June 14, 2012

~~MUA~~

                                                                     As salam Lovelies ^^

Tetiba terlebih rajin dan malas nak membaca report *jangan tiru habit saya*.. Alang2 review, jomlah kita mereviewkan MUA yang telah saya tempah pada bulan Disember 2011 yang lalu..Kakak ni sangat sibuk dan menepati citarasa pelanggannya..Hasilnya pon cantik..Nama beliau Kak Na..Sesiapa B2B dari Kuala Terengganu mesti kenal dengan Kak na ni, dia sangan femes da amor lah..Sebab itulah kena tempah seawal yang boleh..

Inilah hasil yang saya dapat dengan harga yang sangat berpatutan tau..Saya sangat2 suka dengan hasil beliau..Make up nikah dan sanding adalah bergabung kerna lepas akad nikah, terus tukar baju (",)



P/S: B2B dari Terengganu, cepat book kak na tau..*promosi tanpa bayaran*

~~Veil saya~~

As salam Lovelies ^^


Hai semua..Terutamanya yang membaca blog saya yang dah makin suram ni *bukan rajin tulis* B2B dan juga Ex-B2B..Bagaimana kehidupan anda semua sekarang *jawab dalam hati ye*..Tujuan menulis ni, hanya untuk membuat kenangan buat saya dan Mr T serta bakal anak2 kami di masa depan..Bukan tujuan untuk menunjuk atau bermegah..Kalau dah niat, memang DOSA tau..No..No..No..tak baik tau ~,~ Allah marah..

Hari ni, saya nak review my veil..Idea yang ringkas dan juga gabungan dari pembuat veil, iaitu Elyn.. Saya amat suka dengan hasilnya..Walaupun simple, tapi CANTIK tau (",) Elyn, ramai puji tau veil warna turqouise tu..*Clap..clap* to Elyn..

Cara pemakaian veil dan tudung pon, biasa2 aje..Idea sendiri juga..Awning pon yang RM10 je kat jalan TAR dan  TESCO Rawang..Banyak kali juga salah beli tone warna awning terutamanya warna turqouise tu..Ini kerna, nak dapat tone yang senada dengan warna kain tu..Walaupun agak lari sedikit, tapi setelah dilitupi dengan veil maka hasilnya amat GOJES *puji diri sendiri lagi* 

Inilah, hasil pemakaian tudung dan veil masa akad nikah dan sanding:

~~Pandangan depan~~ *Veil nikah*

~~Pandangan belakang~~

~~Veil sanding pandangan sisi~~ *maaf pandnagan belakang takde lagi buat masa ni*

 
P/S: Kualiti gambar kurang memuaskan. bukan dengan DSLR tapi ngn Hp je..

Wednesday, June 13, 2012

~~WW~~



As salam Lovelies ^^

Hari ini, biar gambar2 yang menceriterakan kejadian 2 Jun 2012 ni (",)..Walaupun hanya 3 keping..hehehehe =)



             ~~Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz..2 Jun 2012 bersamaan 12 Rejab 1433 H~~

Friday, May 25, 2012

                                                              As salam Lovelies ^^

7 Hari ke Langkah itu...

Apa????7 hari lagi sebelum bertukar title (huwaaaaaaaaaa)..Dalam sedih ada gembira, dalam gembira ada takut..Macam2 ada..Tak dapat nak diungkapkan..Minggu terakhir di pejabat..Alhamdulillah ^_^ *tetiba sayu*
Waktu lunch tadi adalah sedikit celebration buat saya dan birthday girl officemate ^^ Ingatkan hanya birthday celebrtaion je, tapi tup2 untuk saya juga *_* Saya rasa DIHARGAI di sini..cukup sangat2..Bos pun memahami *terima kasih boss* Beserta ang pau yang UNEXPECTED akan dibagi (",) *Lompat bintang kegembiraan* Alhamdulillah dengan rezeki yang Engkau berikan

Persediaan fizikal dan mental belum 100% lagi..Sesampai je di kampung ahad ni, Insya-Allah nak ke SPA buat massage bagai sebelum meneruskan misi gubahan hantaran yang dah jatuh tunggang-langgang semalam dalam kereta..Dengan membungkus bahulu dan pack goodies untuk tetamu saya..Dengan kudrat yang ada, saya sanggup gagahi untuk tempuh semua itu ^^ GAMBATE ILA ~,~ *tepuk support sikit*

Alhamdulillah, Veil pon dah sampai semalam..sangat suka dengan kerja Elyn..Ikut apa yang kita nak..Hnataran pon dah amik semalam..Tetapi tak seperti yang dianggarkan *Kan hadiah free* Hasil pon so-so je..Terima jelah..Tatau nak ungkap apa..Bersyukurlah ILA, takyah nak susah fikir2 design camne lagi ^^


P/S: Malas nak double check, checklist..bole gitu???





Tuesday, May 22, 2012

~~Perasaan saya tika ini~~

                                                                  As salam Lovelies ^^

11 Hari lagi ke langkah itu...(tolak hari kejadian sama dengan 10 Hari)

Saya sangat STRESS..Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa =_= "





Monday, May 21, 2012

As salam Lovelies ^^

12 hari ke langkah itug...

Apakah perasaan yang hendak digambarkan bila hari yang dihitung sebelum ini berangka ratus2 hari telah bertukar kepada belas2 hari..Huwaaaaaaaa, saya dah mula takut, gelabah, nervous untuk ke langkah itu..Kebelakangan ni, banyak je masalah yang timbul..Gaduh, gaduh dan gaduh..huhhhhhh..Tatau nak kata apa..

Insya-Allah, sabtu ni akan pulang untuk ngadap pelamin, umah, bersih umah, pack doorgift bagai..Walaupun jasad di opis, tapi di kepala banyak kerja2 yang sedang dihitung nih...huwaaaaaaaaaaa =_="
Harap apa yang dirancang, Insya-Allah berjalan lancar hendaknya..Semalam Mr T call, gtau parents beliau ingin percepatkan masa untuk sanding..Walaupun tak sanding, hanya bergambar di pelamin..ahaks (",) Oleh itu, saya terpaksa cancel last minute dengan MUA untuk make up sanding..Hanya guna make up nikah untuk bersanding..Insya-Allah, pukul12@12.30pm saya akan bersanding..*malu wehhh* Takpelah, nak menjaga hati orang, kita terpaksa mengalah..Oleh itu, kami berdua sedaya upaya untuk memakai busana kedua sendiri..tengok jelah hasilnya nanti..

Sebelum ni, pergerakan majlis adalah bersanding selepas zohor kerna zohor sekarang adalah cepat di tempat saya..Tetapi apakan daya..Turutkan jua..Malas nak gaduh walaupun dah EMO waktu diberitahu..sob3..musnah harapan..Alhamdulillah, Cikpuan S telah menyelamatkan keadaan dan beliau bermurah hati untuk meminjam set make up beliau kepada saya..terima kasih dear..Love u so much *hugs ketat2* Walaupun awak tak dapat hadir, saya faham keadaan awak..Nanti kita jumpa, once dah balik serdang..*belanja saya eh*

Doakan semoga apa yang dirancang dengan plan kedua, Insya-Allah akan berjaya dengan jayanya..Aameen ;-) B2B semua, anda perlu ada back up plan tau..jangan stick dengan yang satu aje..Kena tahu PRO dan CONS ye..


P/S: Agar dipermudahkan urusan saya..SENYUM ye ILA ~,~
 



Tuesday, May 15, 2012

~~Perasaan saya~~

                                                                As salam Lovelies ^^

18 Hari ke langkah itu...

Apakah perasaan B2B semua (Yang akan ke langkah itu, jika hari adalah semakin suntuk dan baki hanya belas2 hari je) tup2 dah nak habis satu minggu..Haiyakkkk..Nervous, Takut, Gementar semua perasaan bercampur baur kan..kan..kan..*sape setuju angkat ibu jari* Masa mula2 orang tanya, saya jawab ohhh lambat lagi..Begitu juga jawapan yang saya bagi dekat mak once dia tanya dah beli ke barang2 untuk diberikan kepada tetamu..Jawapan saya masih sama, masih awal lagi ^^ *sedarlah ila, jangan asyik mamai je*

Alhamdulillah, kebanyakan yang penting2 dah bereh..hanya tinggal benda2 kecil2 je..Harap2 macam itulah hendaknya..Balik kampung nanti, baru nak pack semua doorgift dalam goodies bag..Dan juga 3 dulang perlu DIY *Walaupun tangan saya tak kreatif* Apa boleh buat..Barang2 dah beli kat NIlai 3 hari tu..Bagi saya harga barang2 di Nilai 3 sama je dengan harga di sekitar Jalan TAR..Mungkin banyak kedai besar2 dan pilihan kot..Itulah yang seronok masuk keluar je..haisshhhh =_="

Semoga dipermudahkan urusan saya ye kawan2, begitu juga kesihatan saya dan keluarga serta keluarga Mr T..Semoga mendapat perlindungan dariNYA..Walaupun kadang2 saya give up dan down..Semua perasaan ada..haishhhhh !!!!!


P/S: Menghitung hari, detik, masa, saat, minit dan jam..Hahaha (",)

Friday, May 11, 2012

~~=_= "~~

As salam Loveliess ^^

22 hari ke Langkah Itu...

Saya sangat stress sekarang nih..dengan kuat makannya, doorgift belum survey lagi (Insya-Allah, esok nak ke Nilai) dan Myvi-an tercalar..sangat sedih sangat2..mood sangat down =_="

Dugaan buat saya..perlu banyak bersabar dan beristighfar..hanya DIA tahu dan hikmah yang tersembunyi..


Tuesday, May 8, 2012

~~Patutlan cantik~~

As salam Lovelies ^^

25 hari menuju ke langkah itu...

Wah3..Terpegun dan teruja kawan2, di mana busana yang dikenakan oleh Schawal masa malam berinai besar ditenun selama 6 bulan ye kawan2..Bukan 6 jam, 6 hari, 60 hari..Hahahahha..Fuhhh, patutlah cantik..Saya sangat suka ^^ Kain ini ditenun oleh pembuat songket yang termahsyur di Terengganu iaitu Atikah songket (Orang kampung saya)..Inilah busana yang diperkatakan oleh saya (^_^)..

~~Inilah rupa baju tersebut..kredit kepada Saiful Nang~~

Semua busana yang dikenakan oleh Schawal sangat cantik dan gojes di mata saya ^^ Tak seksi dan penuh sopan sekali..


P/S: Saya tak mampu..hanya mampu tengok je *_*

Monday, May 7, 2012

~~Masa makin suntuk~~

As salam Lovelies ^^

26 Hari menuju ke langkah itu...

Tetapi selepas ditolak, dibahagi, ditambah, didarab bagai saya hanya ada beberapa hari je lagi untuk menyiapkan semua kelengkapan untuk ke langkah itu..Ya Allah, sepantas kilat masa yang berlalu..hanya ada 3 hari yang betul2 untuk saya memfokuskan semua itu..aigoo ^^

Bayangkan, semalam sempat lagi bermovie dengan Mr T dan keluarga SIL dia..Menonton Avengers (best sangat2)..Nak tengok lagi sekali rasanya..Oohhh my !!!!!!!!Sabtu masa saya dipenuhi dnegan kerja-kerja di pejabat walaupun kerja dah makin surut dan akan bertimbun balik pada Julai (I'm guess) kerna September atau Oktober nanti audit lagi..lagi..lagi..begitulah rutin saya nih..

Minggu hujung bulan Mei, semestinya masa saya begitu padat dengan aktiviti2 membungkus doorgift dan pergi ke vendor pelamin untuk tengok the real dais for my walimah..Sata memang terlalu beri kepercayaan kepada vendor (walaupun dalam hati ada was2, takut tak dapat apa yang saya nak)..Harap2 menjadi..Aameen *_*
Malah, OP juga saya tak pernah berjumpa face to face..hanya ber SMS dan chat aje.. Begitu juga dengan MUA saya..(Harap2 mareka dapat kolabrasi dan realisasikan impian saya)..

Kasut pon dah beli..yeaayyyy..lepas majlis bole buat raya dan pergi opis..OHSEM =_=
Nak tanya, sesiapa tahu kat mana nak dapat dessert cup nih???? Sebab Sabtu ni nak ke Nilai..kalau ada kat sana, terus bole grab je..

~~Kredit Mr Google~~

Bunga tangan (mungkin fresh slower) belum lagi..saya di Selangor, nak tempah kat kampung sendiri kat Terengganu (jauh bukan)..banyak benda saya setel di sini aje..Kad pon dah diposkan ke kampung tadi..harap2 esok sampai..Ibu ayah nak distribute kat sedara mara dan orang kampung..Kad saya biasa2 aje..Guna kraft paper je =) Balik kerja hari Jumaat gigih pergi ke pos laju untuk pick up barang dan malam tuh kerah semua tenaga untuk melipat..tak banyak pon..Sebab weekend penuh dengan aktiviti *hahahaha*

~~Rupa paras kad yang DIY~~


P/S: Gambate Ila ^^

Saturday, May 5, 2012

~~Sangat MANIS Schawal~~

                                                         As salam Lovelies ^^

Semalam takde pon kan siaran langsung majlis pernikahan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari kan...kan..kan..Saya sangat suka tengok mereka..SWEET COUPLE gitu^^ (sape setuju, angkat tangan macam saya)..Semoga pasangan ini, akan berkekalan hingga hujung nyawa =)



~~untuk baca lanjut sila ke Beautifulnara ye kawan2~~


P/S: Menghitung hari (",)

Friday, May 4, 2012

~~Menghitung hari~~

As salam Lovelies ^^

28 Hari menuju ke Langkah Itu...

Ada orang tanya, apakah perasaan saya untuk ke langkah itu..honestly, saya cakap belum rasa apa2 kerana masih lambat walaupun hari sudah ke angka 20-an..Persiapan yang besar2 Alhamdulillah dah setel, tinggal yang kecik2 je..Harap2 itu begitulah..saya ni kadang2 careless ^^ Itu yang tak suka..Aigoo :_(

Mungkin dah masuk minggu2 last, saya dah start nervous nak buat itu ini..Oooyeah, bos bagi cuti bermula 26 mei..harap2 Jumaat malam dapat baliklah..tengok kepada driver lah..larat ke tak..kih3 =)
Balik ni, nak mencuci bilik, dekorasi bilik bagai..walaupun upah vendor untuk hias bilik..walhal, bilik kecik je..Nampak sangat saya ni M*L** kan..wahai diri, kuatkalah hati dan harap2 sihat sampai ke akhir majlis..Insya-Allah..begitu juga dengan semua ahli keluarga saya dan Mr T..Aameen =)

Saja je nak letak dalam diari ni teaser2 baju2..hahahaha (Baju tak vogue dan kelass pon)..hanya design biasa2 je *_* Tapi saya suka ^^

~~Insya-Allah, inilah baju yang akan dipakai oleh Mr T~~warna hitam putih..boleh g2 ;p
(Link)

~~Ini pulak baju kurung moden saya~~hitam putih lagi ;p
(Link)

 ~~Peace yo~~Jubah kot..:.Insya-Allah, masih hitam putih ;p

~~Uncang organza beli, manik2 tampal sendiri~~..best buat2 benda nih..dari kanak2 sampai orang dewasa tolong..:.Bibik yang banyak tolong:.

 Kebanyakan barang2 yang dibeli dan dibuat masih dalam range yang berpaptutan kot, walaupon terover budget dalam membeli kain baju kami..sob3 =( *Padan muka* Sendiri merana..mungkin baju2 saya dan Mr T akan dijual kepada vendor2 yang berminat..jika adalah kan..

 Ini pun dikira benda2 besar jugakkan..wooven bag, paper bag bagai dah dibeli..kat semua House kat GF (lupa nama kedai..ada je B2B yang pergi kedai nih)..Harga sangat reasonable dan murah2..masih dalam budget..masih mencari doorgift di bawah harga 70sen/unit..something like keychain.*ada sape2 tahu tak??*



P/S: Saya bukan nak menunjuk..hanya untuk diari dan kenangan saya saja..jangan salah faham ye ^^ *walaupun tak ramai yang baca blog saya*

Wednesday, May 2, 2012

~~30 Hari sebelum ke Langkah itu~~

                                                               As salam Lovelies ^^

Di bawah ini saya nyatakan checklist di saat2 genting gitu..hehehehe.."30 hari ke Langkah Itu"..
Checklist ni, saya copycat dari Dhiera..Jangan marah ye *_*



Tarikh / Tempat / Masa : 
- Nikah : 2 Jun 2012 (umah)-10.30 pagi
- Resepsi : 2 Jun 2012 (umah)
- Bertandang : 4 Jun 2012 (umah) - Tak buat besar-besaran pon..hanya makan2 kecik2 je ^^

Warna tema persalinan pengantin 

- Nikah : Pink Belacan
- Resepsi : Turqouise
- Bertandang : mungkin guna baju akad nikah

Hal-hal penting
- Duit hantaran  : Sudah ditetapkan oleh Mr T
- Tok kadi        : Pending (minggu ni balik sumbit)
- Hantaran (untuk saya) : 7 dulang (Mr T family's buat)
- Hantaran (untuk Mr T)  : 9 dulang (Dah bagi kat Asyiq's Bridal)

Kursus kahwin & dokumen penting
-
Kursus kahwin           : done
- HIV test                    : done
- Borang nikah             : Dah lulus..tunggu masa dan saat je..Insya-Allah jam 10.30am ^_^
- Borang Mr T         : done



Jumlah tetamu
- Resepsi       : Anggaran 800 tetamu


Jamuan
- Resepsi       : Masak sendiri. Consider done
- Bertandang : Katering
 (Family Mr T)


Menu
- Resepsi       : Consider done. Parents task
- Bertandang : Family Mr T




Kanopi
- Resepsi       : Ayah's task. Consider done
- Rewang      : Ayah's task. Consider done



Kad jemputan
- Resepsi      :  (Iwanis-Pixie studio) -Payment done-Insya-Allah, minggu ni dapat- (Mantan B2B)

Aturcara
- Nikah         : Ayah's task
- Resepsi       : Ayah's task
- Bertandang : Macam takde apa2 je =_="



Mekap
- Nikah         : Deposit –    Consider done
- Resepsi       : Deposit-     Consider done
- Bertandang : Consider done -kakak



Henna artist
Consider done by Vendor pelamin

Pelamin
- Resepsi       : Consider done by vendor - Ejeck


Persalinan pengantin
- Baju akad : Done
- Baju resepsi: Done
-Bertandang: Recycle baju akad nikah (mungkin tudung je yang berbeza sikit kot)


Family attire
- Resepsi       : Bebas (tak decide warna pon)- bolehlah kan..hehehehe ^^
- Bertandang : Bebas
(tak decide warna pon)- bolehlah kan..hehehehe ^^


Pengapit attire : 
- Perempuan : done
- Lelaki         :  Pending 


Hiasan hantaran
- Untuk saya : DIY by Mr T family
- Untuk Mr T     : Asyiq's Bridal


Official photographer (OP)
- Nikah    -Booked        }  Belum payment lagi, dah book
- Resepsi   -Booked   



Official Videographer (OV)
- Fadli (Mr T bro)


Doorgift
- Resepsi       : Dewasa = gula2, bahulu, kundur manis, muffin (VIP&kawan), telur (kakak)
                     : Kids      = Appolo cake & biscuits & Lollipop
- Penanggah  : Parents task

- doorgift still searching

Handbouquet
- Nikah         : Intan norazam
- Resepsi       : Pending



Hal lain-lain
- Penunjuk arah         : DIY
- Welcome signage    : Ordered Cheapcheap
- Bunga Manggar       : Dah beli



Penginapan
- Family lelaki : Consider done


Tambahan
- Dental : Pending
(Insya-Allah, minggu ni atau depan)


P/S: Semoga dipermudahkan urusan kami..Insya-Allah..Aameen *_*


Saturday, April 28, 2012

~~Itu saja~~

As salam Lovelies ^^

 35 hari untuk ke langkah itu......


P/S: Memerlukan persediaan fizikal dan mental yang kuat *_* Insya-Allah

Thursday, April 26, 2012

~~Borang diluluskan~~

                                                                    As salam Lovelies ^^

37 hari sebelum melangkah ke langkah itu..Insya-Allah (",) 

Tadi pagi call Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk mengetahui tentang status permohonan kahwin bagi pihak perempuan; jawapannya SUDAH..*hip2 hooray*..Borang permohonan telah diambil sendiri oleh jurunikah saya pada Selasa yang lalu..cepat dan pantas pulak..Di mana, semasa ayah saya submit ke Pejabat Agama mereka menyatakan perlu mengambil borang 10 Mei ok..sebulan dari tarikh submission (apa???1 bulan???) <-- Lama bukan??Sebenarnya mereka bagi dateline supaya kita tak tertunggu2 kot (agak2)..Tapi, dalam masa 2 minggu borang sudah disahkan..Aameen =_=

Insya-Allah, masa dan tempat akad nikah telah ditetapkan di teratak saya..Jadi, jemputlah warga B2B yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu untuk datang ke walimah saya..Iaitu 2 Jun 2012 bersamaan 12 Rejab 1433H (Sabtu)..Akad nikah jam 10.30 pagi dan pukul 2 sesi bergambar ala2 cinderella gitu (perahsantan) *saya tak sanding* sesiapa B2B yang mahu ke majlis saya *saya tahu jauh, tapi nak jemput jugak* bole lah tinggal alamat kat entri ni ye sayang2 semua ^^

MUA dan OP  dah tempah..harga masih di bawah kawalan saya *_* Tetapi saya tak buat outdoor..Dalam masa yang sama juga, baju nikah dan baju sesi bergambar telah siap..



P/S : Gambate ILA ^^

Wednesday, April 25, 2012

~~Hasil usaha saya~~

As salam Lovelies ^^

Apa khabar rakan blogger sekalian alam???Harap-harap sihat sentiasa..Insya-Allah..lama sangat2 tak jengah blog nih..sampai blogspot bertukar wajah; baru saya sedar..naif ^^..padan muka..perasaan malas nak berblog membuatkan saya malas untuk menulis..memang banyak benda nak disimpan di sini sebagai memori..

Ooohhhh tak ku sangka, lagi 38hari untuk ke langkah itu..Mission dah makin bagus, Alhamdulillah (",)

Di antara barang2 yang masih belum kelihatan sudah semestinya doorgift untuk tetamu..dah survey, Insya-Allah ada masa nak ke Nilai..budget pon tak banyak, yang simple tapi orang boleh buat kenangan instead of makanan..yang bahagian makanan cam appollo cake, gula2, lollipop daan jelly di merata2 ada..hanya perlu survey untuk dapat harga yang murah..saya kan bakal pengantin (insya-Allah) budget..duit masih diperlukan dengan lebih banyak selepas kahwin (sape setuju angkat ibu jari)..

Sekarang tengah mengDIY uncang dengan manik2..nanti tengoklah hasilnya..hehehehe :-) Baru je mula minggu ni..progression masih tidak memberangsangkan lagi..dengan bantuan SIL Mr T dan kanak2 riang..Terima kasih banyak2 Kak Ina (jasa yang sangat besar)..

Barang2 hantaran untuk Mr T 70% dah ada instead of buah-buahan, chocolate, cake dan juga Al-Quran (belum diambil lagi dengan supplier)..Bahagian saya pula Alhamdulillah dalam 70% dah setel instead of kain telekung dan barangan kemas untuk batal air sembahyang..target dah ada nak beli apa..coz masa cuti baru ni nak submit borang permohonan kahwin, dah survey kedai emas di sekitar pasar payang..harga masih dalam range dan outcome yang Alhamdulillah..tapi tatau lah kalau beli on May nanti camne..harap2 harga masih mampu milik =_= (Insya-Allah)..Dalam masa terdekat nak pergi jumpa Asyiq's Bridal untuk redeem hadiah contest ari tu..

Borang permohonan still in progress dan tunggu turn untuk disahkan, juru nikah dah dapat dan Insya-Allah dah ada masa untuk "Aku terima nikahnya..."..*gediks di situ*Semoga dipermudahkan urusan..Aameen =)

Veil juga dalam progression dan semua material dah dihantar ke Elyn , katanya On May 13 akan siap, Insya-Allah..Mengharapkan outcome yang menarik dan simple..Elyn pula telah menutup tempahan..Manakala kad kahwin telah di design kan oleh FBIL saya..hasilnya sangat cantik tapi ringkas..printing kad hanya menggunakan kraft paper dan menunggu hasilnya dari X-B2B juga; Anis, sangat suka deal dengan dia (",) sesipa ingin mencari vendor printing kad bolelah dapatkan quotation dari dia..

Saya tak mengharapakan majlis yang besar dan gempak2 pon..hanya sekadar walimah yang ringkas, sederhan tapi mendapat barakah dan keberkatan dariNYA..Oleh itu, saya berharap kawan2 semua dapat datang (yang baca blog ni, kalau ada)..Hehehehe =)


P/S: Pada B2B on MAY and June, selamat membuat persiapan ye dear (",)..walaupun kadang2 stress, gaduh2..biasalah tu..
  * Buat SPA sendiri je..guna lulur binari..sangat wangi ok ~,~

XoXo

Thursday, March 29, 2012

~~Khamis banyak kata~~


As salam Lovelies ^^

Waduh2 lama bangat saya tidak mengupdate blog nih..nak kata sibuk, takdelah sibuk mana pon..Habis bersarang labah2 blog say nih..minggu ni minggu audit ISO..harap2 semuanya berjalan lancar dan cepat berlalu sabtu..(mode: tak sabar)..Hari ni, dapat MC sebab sakit tekak+kepala pening+sakit otot..tapi still kerja cam biasa nak handle audit =(




Apakah yang perlu dilakukan jika tinggal ini hari aje???Ya Allah, permudahlah urusan saya dan Mr T..bulan 4 baru bermulanya misi saya untuk mendesign dan menempah kad, hunting barang hantaran, fikirkan deco bilik tidur (DIY aje)--simple aje, nak cari bunga dan gabus untuk hiasan, cari lace untuk veil (akad nikah dan sanding), mencari doorgift bagai..huwaaaaaaaa..misi April perlu diteruskan..Mahu balik kampung submit borang permohonan kahwin dengan juru nikah..last minute semuanya..hasilnya pon akan last minute jua (",)

Harap2 sebelum balik bulan Mei nanti, semuanya dah dibereskan walaupun bukan 100%..saya mahu majlis yang simple tapi bermakna buat kami berdua..Insya-Allah..yang penting keredhaan dan rahmat dariNYA..Aameen ;p



P/S: Jangan tiru gaya saya..nanti sesak nafas..sekali harung nak habiskan duit..huwaaaaaaaaa :-(
: Saya rasa saya tak sempat berspa untuk majlis nanti..spa sendiri lah kat umah..