Wednesday, December 16, 2009

~~SHARING is CARING~~

RENUNGAN SEJENAK BERSAMA :



~~PEREMPUAN MUSLIMAH SEBAGAI TELADAN~~

1. Perempuan tidak guna kain yang nipis untuk
membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.
Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang
berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini
apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain,
lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya
dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi
yang baunya semerbak. Wangian sebegini
mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat
tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg
digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan
yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu
bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda
junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan
tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah
dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang
keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang
bercakap perkara yang keji adalah mereka yang
rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang
bercakap menggunakan perkataan yang buruk @
jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak
akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan
perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan
jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk
mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau
dengan kata lain mengumpat, memperkatakan
keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya
orang yang suka mengumpat baik lelaki atau
perempuan dia seolah-olah memakan daging
saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita
memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini
ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12.
surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga
segi, apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang
jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti melabuhkan
tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan
tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.
Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah
tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga
seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa
yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika
bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,
bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara
lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit
dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan
bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan
menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan
suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga
menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang
bercakap dengan gaya membujuk yang boleh
mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)
dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna
ayatnya lebih kurang begini "?.Maka janganlah
kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm
hatinya dan ucapkanlah perkataan yang
baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn
sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang
untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm
hati" adalah keinginan seorang lelaki utk
melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti
berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik
kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up
untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di
hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita
muslim (muslimah) kerana semestinya
kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti
dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin
keluar bekerja, dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan
pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek
sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika
bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.
atau Mengapa tidak pakai lipbalm sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-
jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk
memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian
yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang
lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan
biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan
menayangkannya tanpa sebarang perlindungan.
Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di
dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk
menjaga keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain
litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah
ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya
dengan cara yang terbaik..

P/S : SO KITA SEBAGAI POMPUAN SEHARUSNYA SEDAR BETAPA KITA INI MERUPAKAN SENJATA SYAITAN BAGI LELAKI....JADI, KENA BERHATI2 DI MANA BERADA....

No comments:

Post a Comment