Wednesday, December 16, 2009

::BERHATI2 LAH, JANGAN BERGOPOH GAPAH::

Apabila sikap ini ada pada manusia, maka akhir nya manusia dirundung penyesalan...Masyarakat Arab sampai menamakannya Ummum Nadamah yakni 'ibu segala penyesalan'....

Penyakit atau pun tabiat buruk tersebut kita namakannya kekalutan dan gopoh gapah...Bahasa Arab menyebut nya al-'Ajalah...penyakit rohaniah ini berpunca daripada kelemahan ima, kelemahan jiwa dan tipu daya syaitan yang akhirnya mendatangkan banyak masalah dan berakhir dengan penyesalan...

Dikatakan gejala-gejala al-'Ajalah ini semuanya berpunca daripada syaitan kecuali 5 perkara (kitab Qutuf Mukhtarah, bhg pertama, m/s68, tulisan al-Ustaz Abdullah bin yahya ali Yahya al-Ghamidi):
1) melayani, menyatuni dan memberi makan kepada tetamu apabila dia sudah sampai
2) mengurus dan menyelenggara jenazah apabila dia sudah meninggal dunia
3) mengahwinkan anak gadis apabila sampai masa dan cukup usianya
4) membayar hutang apabila sudah sampai tempohnya
5) bertaubat apabila berbuat dosa

Selain daripada 5 perkara ini, semuanya membawa kepada penyesalan...kenapa dah mengapa???Al-Ustaz 'Imad Mahdiy di dalam bukunya Lazhoh Min Fadhlik! m/s90 (terbitan Maktabah dar Ibnu Rajab) mencatatkan bahawa orang yang kalut dan gopoh-gapah seringkali bersikap:

a) bercakap (berkata-kata) sebelum ia mendalami dan memahami sesuatu perkara...men ckp sj...btul x tak btul belakang kira...fakta jgn tnyalah..akhirnya???

b) menjawab pertanyaan sebelum ia memahami benar-benar sesuatu persoklan dan pertanyaan yang diajukan...len yg d tnya, len yg d jwbnya...akhirnya???

c) bertindak sebelum hbis berfikir...maknanya tak fikir dan tak amik hirau fasal baik buruk natijah sesuatu perkara akhirnya...

d) membuat satu-satu keputusan penting sebelum hais merancang dan merencana..hsilnya, kerja tak siap dan tak sempurna...separuh masak dan sekerat jln..

e) memuji seseorg sblum d uji..rupanya yang dipuji itu sang pendusta atau pun pengkhianat

f) mengeji dan mencaci sblum meneliti...rupanya yang dikeji adalah insan yang baik hati dan tinggi budi...

Oleh itu, bertenanglah, berhati-hati rasionallah, mudah-mudahan terhindarlah kita semua daripada sindromm al-'Ajalah atau Ummum Nadamah...

p/s: sesama lah kita sebagai umat islam, saling mengigati antara satu sama len...

sumber : Amaluddin Mohd Napiah

No comments:

Post a Comment