Thursday, April 26, 2012

~~Borang diluluskan~~

                                                                    As salam Lovelies ^^

37 hari sebelum melangkah ke langkah itu..Insya-Allah (",) 

Tadi pagi call Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk mengetahui tentang status permohonan kahwin bagi pihak perempuan; jawapannya SUDAH..*hip2 hooray*..Borang permohonan telah diambil sendiri oleh jurunikah saya pada Selasa yang lalu..cepat dan pantas pulak..Di mana, semasa ayah saya submit ke Pejabat Agama mereka menyatakan perlu mengambil borang 10 Mei ok..sebulan dari tarikh submission (apa???1 bulan???) <-- Lama bukan??Sebenarnya mereka bagi dateline supaya kita tak tertunggu2 kot (agak2)..Tapi, dalam masa 2 minggu borang sudah disahkan..Aameen =_=

Insya-Allah, masa dan tempat akad nikah telah ditetapkan di teratak saya..Jadi, jemputlah warga B2B yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu untuk datang ke walimah saya..Iaitu 2 Jun 2012 bersamaan 12 Rejab 1433H (Sabtu)..Akad nikah jam 10.30 pagi dan pukul 2 sesi bergambar ala2 cinderella gitu (perahsantan) *saya tak sanding* sesiapa B2B yang mahu ke majlis saya *saya tahu jauh, tapi nak jemput jugak* bole lah tinggal alamat kat entri ni ye sayang2 semua ^^

MUA dan OP  dah tempah..harga masih di bawah kawalan saya *_* Tetapi saya tak buat outdoor..Dalam masa yang sama juga, baju nikah dan baju sesi bergambar telah siap..



P/S : Gambate ILA ^^

Wednesday, April 25, 2012

~~Hasil usaha saya~~

As salam Lovelies ^^

Apa khabar rakan blogger sekalian alam???Harap-harap sihat sentiasa..Insya-Allah..lama sangat2 tak jengah blog nih..sampai blogspot bertukar wajah; baru saya sedar..naif ^^..padan muka..perasaan malas nak berblog membuatkan saya malas untuk menulis..memang banyak benda nak disimpan di sini sebagai memori..

Ooohhhh tak ku sangka, lagi 38hari untuk ke langkah itu..Mission dah makin bagus, Alhamdulillah (",)

Di antara barang2 yang masih belum kelihatan sudah semestinya doorgift untuk tetamu..dah survey, Insya-Allah ada masa nak ke Nilai..budget pon tak banyak, yang simple tapi orang boleh buat kenangan instead of makanan..yang bahagian makanan cam appollo cake, gula2, lollipop daan jelly di merata2 ada..hanya perlu survey untuk dapat harga yang murah..saya kan bakal pengantin (insya-Allah) budget..duit masih diperlukan dengan lebih banyak selepas kahwin (sape setuju angkat ibu jari)..

Sekarang tengah mengDIY uncang dengan manik2..nanti tengoklah hasilnya..hehehehe :-) Baru je mula minggu ni..progression masih tidak memberangsangkan lagi..dengan bantuan SIL Mr T dan kanak2 riang..Terima kasih banyak2 Kak Ina (jasa yang sangat besar)..

Barang2 hantaran untuk Mr T 70% dah ada instead of buah-buahan, chocolate, cake dan juga Al-Quran (belum diambil lagi dengan supplier)..Bahagian saya pula Alhamdulillah dalam 70% dah setel instead of kain telekung dan barangan kemas untuk batal air sembahyang..target dah ada nak beli apa..coz masa cuti baru ni nak submit borang permohonan kahwin, dah survey kedai emas di sekitar pasar payang..harga masih dalam range dan outcome yang Alhamdulillah..tapi tatau lah kalau beli on May nanti camne..harap2 harga masih mampu milik =_= (Insya-Allah)..Dalam masa terdekat nak pergi jumpa Asyiq's Bridal untuk redeem hadiah contest ari tu..

Borang permohonan still in progress dan tunggu turn untuk disahkan, juru nikah dah dapat dan Insya-Allah dah ada masa untuk "Aku terima nikahnya..."..*gediks di situ*Semoga dipermudahkan urusan..Aameen =)

Veil juga dalam progression dan semua material dah dihantar ke Elyn , katanya On May 13 akan siap, Insya-Allah..Mengharapkan outcome yang menarik dan simple..Elyn pula telah menutup tempahan..Manakala kad kahwin telah di design kan oleh FBIL saya..hasilnya sangat cantik tapi ringkas..printing kad hanya menggunakan kraft paper dan menunggu hasilnya dari X-B2B juga; Anis, sangat suka deal dengan dia (",) sesipa ingin mencari vendor printing kad bolelah dapatkan quotation dari dia..

Saya tak mengharapakan majlis yang besar dan gempak2 pon..hanya sekadar walimah yang ringkas, sederhan tapi mendapat barakah dan keberkatan dariNYA..Oleh itu, saya berharap kawan2 semua dapat datang (yang baca blog ni, kalau ada)..Hehehehe =)


P/S: Pada B2B on MAY and June, selamat membuat persiapan ye dear (",)..walaupun kadang2 stress, gaduh2..biasalah tu..
  * Buat SPA sendiri je..guna lulur binari..sangat wangi ok ~,~

XoXo

Thursday, March 29, 2012

~~Khamis banyak kata~~


As salam Lovelies ^^

Waduh2 lama bangat saya tidak mengupdate blog nih..nak kata sibuk, takdelah sibuk mana pon..Habis bersarang labah2 blog say nih..minggu ni minggu audit ISO..harap2 semuanya berjalan lancar dan cepat berlalu sabtu..(mode: tak sabar)..Hari ni, dapat MC sebab sakit tekak+kepala pening+sakit otot..tapi still kerja cam biasa nak handle audit =(




Apakah yang perlu dilakukan jika tinggal ini hari aje???Ya Allah, permudahlah urusan saya dan Mr T..bulan 4 baru bermulanya misi saya untuk mendesign dan menempah kad, hunting barang hantaran, fikirkan deco bilik tidur (DIY aje)--simple aje, nak cari bunga dan gabus untuk hiasan, cari lace untuk veil (akad nikah dan sanding), mencari doorgift bagai..huwaaaaaaaa..misi April perlu diteruskan..Mahu balik kampung submit borang permohonan kahwin dengan juru nikah..last minute semuanya..hasilnya pon akan last minute jua (",)

Harap2 sebelum balik bulan Mei nanti, semuanya dah dibereskan walaupun bukan 100%..saya mahu majlis yang simple tapi bermakna buat kami berdua..Insya-Allah..yang penting keredhaan dan rahmat dariNYA..Aameen ;p



P/S: Jangan tiru gaya saya..nanti sesak nafas..sekali harung nak habiskan duit..huwaaaaaaaaa :-(
: Saya rasa saya tak sempat berspa untuk majlis nanti..spa sendiri lah kat umah..

Monday, February 27, 2012

~~Dilema walaupun tak dilema~~

As salam Lovelies ^^

Kabare???saya sentiasa sihat dan Alhamdulillah agar kesihatan yang diberi ini akan berkekalan hendaknya..Aameen :-)

Walaupun cuti saya telah diluluskan oleh pihak pengurusan, tetapi saya takut untuk tinggalkan kerja-kerja saya selama 2MINGGU (suka dan sedih)..yang suka sebab cuti diluluskan dengan mudah; tetapi sedih bila tinggalkan kerja-kerja di pejabat..walaupun ketika saya bercuti audit ISO sudah habis (Insya-Allah)..nak handover kerja kepada orang yang kurang tahu pasal semua ni :-( Takut nanti, bila dah masuk kerja semua kerja separuh jalan..taknak lah camtu kan..harap2 dia pon buat kerja camne saya buat atau lebih baik lagi..hopefully ;-) *tak nak berharap sangat* Bukan pandang rendah, tapi faham2lah..saya pon bukan perfectionist..hik3 ^^

**Semalam sudah booked untuk buat veil dengan elyn..sempat korek2 rahsia camne nak buat veil dengan betul..ilmu itu dikongsi..terima kasih banyak2 dear..harap2 menjadi untuk buat veil akad nikah sendiri^_^


P/S: Think +ve ajelah suhaila (",)..kalau tak susah..

Wednesday, February 22, 2012

~~Wordless Wednesday~~

As Salam Lovelies ^^

Tema warna untuk akad,Insya-Allah

~~Sekali harung~~

As salam Lovelies ^^

Lama sangat2 tidak menghiraukan blog saya ni..maaf ye semua (",)..banyak yang nak diceritakan..tetapi tunggu lah masa yang sesuai (cam ramai sangat follower)..hehehe..

Buat masa ni,persediaan masih ditakuk lama..Alhamdulillah,baju untuk majlis akad dan bergambar di pelamin sudah siap dan telah bergantungan di almari ~,~

Misi bulan ini diteruskan untuk menyiapkan veil..harap2 menjadi..untuk akad mahu bergabung buah fikiram dengan Mr T..tengok lah apa hasilnya nanti..ini kerana,lace baju akad cukup2 aje..sob3 ;-(((( kena gigih untuk match warna lah nampaknya..

Alhamdulillah,cuti kahwin saya telah diluluskan oleh big boss..oooyeyeye ;-)
Walaupun majlis ada lagi 111hari dari sekarang..hurrmmmmm..

Itu aje lah yang ingin ditulis pada diari ini..idea tak meluas di malam hari..ZzZzZ..

P/S: semoga apa yang dirancang Akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan..

Friday, February 10, 2012

~~Sampin~~

As salam Lovelies ^^


Wow!!!!!!Lama sangat2 tak update blog..hanya BW aje yang sempat sejak kebelakangan ni..ini adalah post pertama dalam bulan Februari..kasi warming up dulu dan tiup segala habuk yang sedebuk itu..Hai B2B (yang baca ajelah) bagaimana persiapan kalian semua???saya masih di takuk lama..takde perubahan lagi walaupun majlis akan berlasung dalam 4bulan lagi :-(

Tapi yang sukanya adalah, Insya-Allah baju kami dah hampir siap dan masalah yang berlaku ari tu telah ditangani dengan jayanya..suka :-) walaupun bajunya adalah simple sangat2 dan akan di pick up hari ahad ni..semangat nak kawen..kih3 ^^..taetapi, baju tuk solemnization belum siap lagi..haiyak..masih ada masa lagi lah suhaila (peringatan tuk diri) cuti raya cina baru2 ni dah booking vendor pelamin dan juga dah siap HIV test..suka buat kerja cepat2 (tetapi borang Mr T belum submit lagi)..

Malah, (ayat skema) masa cuti raya cina baru2 ni juga sempat survey sampin tenun dari Terengganu (memang org Ganu pon) dan double happy dapat harga yang berpatutan..sampin yang akan dipakai oleh Mr T semasa majlis akad nanti..Kalau saya tunjuk gambar sampin ni, mesti korang dapat agak kan warna apa untuk akad kami..Heheheh :-)



~~Ni bahagian atas~~


~~Ni bahagian tengah2~~

Haisshhhh, doorgift belum dapat dikenalpasti lagi apa yang perlu diberi kepada para tetamu..masih dalam pemikiran lagi..sekejap itu, sekejap ini..banyak gaklah dapat quotation harga dari vendor doorgift..sigh ~,~

P/s: Masih banyak yang pending..dengan kerja di opis selalu banyak kebelakangan ni..Gambate suhaila *_*