Sunday, November 7, 2010

...kelebihan bulan ZULHIJJAH...

salam bloggers...kabare semua??????saya berharap kalian sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat NYA...pada hari yang mulia ini (tetiba lak saya ni kan)...saja je...hari ni, saya nak berkongsi dengan anda tentang tajuk seperti di atas...

adakah anda sedia maklum tentang kelebihan bulan ZULHIJJAH...bukan hanya bulan RAMADHAN sahaja ada rahmat dan kelebihan...setiap bulan ISLAM mempunyai barakahnya...saya bukan lah dari golongan ulama' atau ilmuan bijak pandai..hanya manusia biasa aje..hanya ingin berkongsi ilmu (tetiba serius!!!!!!!!!)...

oleh itu, dia antara kelebihan-kelebihan pada bulan ini adalah:

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur.

Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat.

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

oleh yang demikian, ayuhlah kita mengimarahkan lagi bulan ZULHIJJAH ini dengan mengamalkan puasa sunat...Insya-Allah, moga apa yang disampaikan ini akan menjadikan panduan untuk kita semua.
(sumber; JAKIM)


p/s:jadi, bangun lah semua...selamat beramal...

No comments:

Post a Comment