bersenam merupakan hobi yang paling bagus buat yang kecil, muda, tua dan golongan kurang upaya...banyak tempat riadah disediakan, tapi adakah kita menggunakannya...TEPUK DADA TANYA SELERA...sekarang di pasaran berlamabak2 dengan produk kuruskan badan...tapi ingat!!!!!jgn mudah terpedaya tau terutamanya golongan WANITA----PEREMPUAN----REMAJA...golongan ini sellau ditipu dengan produk2 tersebut...bukan semua..tapi adalah sebahagian kot....
ikutlah saranan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA...bersenam 3 kali seminggu dalam masa 20-30minit sehari...dalam pejabat pun boleh bersenam apa...tapi sekarang semua nak cepat...parking kereta betul2 dekat dengan lif....malas nak nek tangga...walhal KEMENTERIAN KESIHATAN pernah mengadakan kempen JOM NAIK TANGGA....tapi, berapa sangat yang sedar untuk mengikuti kempen ni....saje je bagi contoh...(ni untuk ingatan bersama)...
~~JOM NAIK TANGGA~~
untuk keterangan lanjut leh je ke http://www.myhealth.gov.my/myhealth
Senaman
Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan.
Kurang Bersenam
Ianya boleh menyebabkan:-
- Kegemukan; 1 dalam 4 kanak-kanak Malaysia adalah gemuk
- Diabetes melitus Jenis 2
- Peningkatan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar
Faedah Bersenam
- Penambahbaikan kekuatan dan daya tahan otot
- Penambahbaikan ketegangan otot dan postur badan
- Membina tulang yang sihat
- Penambahbaikan kelenturan sendi
- Pengekalan mengawal berat badan
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, jantung dan angin ahmar.
- Mengurangkan tahap kebimbangan dan stres
- Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera
sama-sama lah kita memperuntukkan masa untuk aktiviti yang sihat...BADAN SIHAT, OTAK CERDAS.....jadi, ayuh lah semua warga malaysia mengubah gaya hidup anda!!!!kalu bukan sekarang bila lagi...
p/s: di mana sahaja anda boleh bersenam =)
hidup sihat tanpa penyakit yang serius....jadi anda bila lagi????
waha...hidup kak ila..cayala..hehe..bangga dr mirna baca entry nih
ReplyDeletemuahaha...bangga gak kot...tp x byk lah...
ReplyDelete